Protes demi protes terhadap perlantikan Pegawai & AJK Masjid Selangor dihebahkan kepada media oleh anak-anak kariah.
Hari ini ada 2 piket dan sidang media difahamkan berlangsung selepas solat Jumaat.
Masing-masing adalah di Masjid Al-Husna, Bandar Sunway dan di Masjid Al-Muttaqin, Seri Kembangan gara-gara perlantikan yang dibuat tidak berdasarkan undi popular pencalonan di kariah masing-masing.
Hakikat yang diperlu diambil perhatian oleh Exco Agama Islam Selangor yang disandang oleh Khalid Ibrahim ialah orang-orang Pakatan Rakyat kalah di majoriti masjid seluruh negeri dan ia adalah hint kepada kepudaran populariti Pakatan Rakyat. Banyak lagi masjid yang mengalami kes yang serupa, cuma ia tidak dihebahkan kep-ada media.
Hanya penipuan Khalid sahaja yang dapat menyelamatkan mereka yang pro Pakatan Rakyat memperolehi jawatan-jawatanyang diumumkan tanpa mengambilkira suasana dan persekitaran anak-anak kariah setempat.
Baca SINI bagaimana Khalid menyusun perlantikan jawatan-jawatan utama seperti Nazir dan Imam.
No comments:
Post a Comment