Saturday, February 22, 2014
Sam Ketot Dimalukan Khalid Ibrahim Dengan Sampul Surat Berisi Wang
Hebat juga permainan Khalid Ibrahim mengenakan Ketua AMK Sam Ketot, melalui penyerahan sampul surat berisi wang, yang didakwa sebagai sebahagian wang gajinya, di atas pentas kempen Anwar Ibrahim dan di depan khalayak ramai.
Malah ada yang menjerit dari bawah, "cium tangan!" yang menyuruh Sam Ketot mencium tangan Khalid.
Tengok gaya nipis, habis kuat pun RM2,000.
Barangkali itulah nilai Sam Ketot.
Friday, February 21, 2014
Imam Masjid Bukit Lipat Kajang Sebak Baca Doa Selepas Solat Sunat Istisqa'
Hari ini penulis solat Jumaat di Masjid Ar-Rahimiah, Bukit Lipat Kajang, Klang.
Masjid ini pernah dilanda bajir pada awal pagi Jumaat 30 Mac 2012, hinggakan solat Jumaat terpaksa dilakukan di aras 2 masjid berkenaan (foto atas dan ceritanya di SINI).
Selesai solat Jumaat, para jemaah telah diminta untuk sama-sama melakukan solat sunat Istiqa', memohon hujan dari Allah s.w.t, berikutan musim kemarau yang melanda Selangor ketika ini. Penulis yang turut serta berjemaah, berasa begitu terkesan sekali apabila imam membacakan doa dengan begitu tawadhu', tadharru' dan tasmakun hingga kedengaran sebak dan tersekat-sekat dalam bacaannya.
Bagi penulis, ini adalah kali kedua dalam tempoh seminggu, setelah masjid kariah penulis lebih awal melaksanakan solat Istisqa' iaitu pada Jumaat minggu lepas.
Nampaknya itulah yang terdaya bagi kalangan rakyat Selangor, iaitu dengan memohon kepada Allah, apabila kerajaan PR Selangor dengan sengaja melengah-lengah projek Empangan Langat 2.
Dalam pada itu dipihak kafir DAP lain pula ceritanya. Contohnya Adun Balakong Eddie Ng Tien Chee (kawasan DUN yang berjiran dengan DUN Kajang yang DS Anwar Ibrahim bakal bertanding), tidak berdaya berusaha, malahan cuba pula memfitnah UMNO diatas krisis air yang berlaku di Selangor.
Agaknya, itulah tindakan terbaiknya dalam meringankan beban rakyat gara-gara krisis air ini.
Akhirnya Adun PR tersebut telah dikecam oleh rakyat atas kebodohannya, dan baca seterusnya di Rakyat News.
Chew Mei Fun Calon BN PRK Kajang Pernah Menangis Kerana Tak Suka Lelaki Terbabit Skandal
Datin Paduka Chew Mei Fun telah diumumkan oleh TS Muhyiddin Yassin sebagai calon BN menentang DS Anwar Ibrahim dalam PRK DUN Kajang.
Sedikit berkenaan Chew, beliau pernah meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita MCA Pusat, disamping jawatan Timbalan Menteri dan Senator yang disandangnya pada 8 April 2010, susulan dari kemenangan DS Chua Soi Lek sebagai Presiden MCA.
Chew secara berterus terang memberitahu yang beliau tidak menerima hakikat pembabitan Chua sebagai lelaki didalam video kontroversi pada 2007.
Sebagai seorang yang berprinsip, Chew menegaskan
“Sebagai ketua, menjadi tugas dan tanggungjawab saya untuk mempertahankan kesaksamaan gender dan menghormati hak kaum wanita.Status semasa parti secara langsung menjejaskan kepercayaan dan misi ini, jika kita sengaja menutup mata, orang ramai khususnya wanita akan kecewa dengan kita. Jika menerima pemimpin-pemimpin ini tanpa menyoal, pemimpin yang bukan model peranan teladan, ia akan membawa kepada mesej negatif khususnya kanak-kanak”Dengan pendirian itu, Chew telah membuat keputusan melepaskan semua jawatan dalam politik dan kerajaan.
Selepas Chua melepaskan jawatan Presiden, Chew membuat keputusan kembali dalam kepimpinan tertinggi MCA dan akhirnya menang dalam pemilihan pada Disember 2013 lalu.
Sebagai orang yang berprisip, selayaknya Chew menentang Anwar, yang semula jadinya adalah seorang lelaki yang sentiasa diselubungi kontroversi.
Thursday, February 20, 2014
Gelagat Pengundi DAP Balakong Bila Kekontangan Air - Anwar Tak Salah, Yang Salah Khalid Ibrahim
Kini telah lebih 10 hari kekontangan air di Balakong dan mengundang kepada demontrasi penduduk setempat.
Plakad yang terselindung di sebalik lelaki di atas sebenarnya berbunyi "Tropical Rain Forest Country - Why No Water?", yang ditujukan kepada pemegang konsesi air Selangor, Syabas. Hal ini mencerminkan seolah-olah mereka tidak menerima alasan penurunan paras air di empangan di musim kemarau.
Rumusan pakar selepas 'Krisis Air Selangor 1998', mencadangan pembinaan empangan mega dan telah pun diterima serta diluluskan oleh Kerajaan BN Selangor kerana menurut mereka bekalan air terawat di Selangor hanya dapat menampung permintaan sehingga 2014, jika bersandarkan fasiliti yang sedia ada. Namun, Kerajaan PR Selangor telah membekukan kelulusan berkenaan, dan sebaliknya menganggap pendapat pakar berkenaan tidak benar.
Akhirnya, Januari lalu MB Selangor TS Khalid Ibrahim telah mengumumkan penyerahan penstrukturan air Selangor diserahkan kepada kerajaan pusat.
Keputusan Khalid ini tidak digemari oleh kalangan dalaman PR, memandangkan mereka telah bertungkus lumus melalui demontrasi, perhimpunan, memorandum dan pelbagai ikhtiar lain untuk menidakkan keputusan awal kerajaan BN Selangor.
Dengan mencipta PRK Kajang oleh PKR dan meletakkan DS Anwar Ibrahim sebagai calon, dilihat sebagai proses untuk menurunkan Khalid dari kerusi MB.
Khalid kini didakwa telah dibeli, apabila berkompromi apabila berunding penyelesaian luar mahkamah berhubung hutang RM60 juta dengan Bank Islam.
Surat pembaca yang hanya dengan nama Pembaca Prihatin telah menulis dan disiarkan oleh bebera portal, seperti The Edge, Malaysia Chronicle dan termasuk Malaysikini;
I am getting particularly concerned that Malaysiakini continues to highlight on speculation about a water deal behind the Kajang Move while turning a blind eye to the disquiet in the market of what will be the most controversial out-of-court settlement between Khalid Ibrahim and Bank Islam.
So far, only a handful of online portals have covered the issue. Even then, it was not pursued with the same vigour that it should have been given the implication of the settlement.
Just to recap, The Edge Financial Daily had queried Khalid on the terms of the out-of-court settlement because rumour has it that Bank Islam withdrew a lawsuit against the Selangor menteri besar in exchange for a haircut to the tune of RM80 million. Khalid had once borrowed about RM60 million from Bank Islam to purchase shares and when the share price tumbled, he ended up owing that much (plus interest) to Bank Islam.
It is a common knowledge in banking circles that the out-of-court settlement is brokered by Rashid Manaf, who is well known for his connection as Daim Zainuddin’s former lawyer and Umno’s crony through Renong and other transactions.
What is perhaps not known is how Khalid had completely kept all discussions on the settlement from his lawyer, Malik Imtiaz, who was not in the know.
This took place at the most opportune time - after Selangor has announced that it was willing to surrender its water assets to the federal government and Khalid’s reticence in dealing with the manufactured race and religion issues in Selangor.
To the inquisitive mind of normal Malaysians, the series of developments is arguably highly suspicious and warrants a closer scrutiny especially on the part of Khalid, at least for the sake of transparency and integrity.
When The Edge Financial Daily put this question to Khalid, he was quoted as dismissively saying that it was his private transaction that has nothing to do with the state or the party.
When Haris Ibrahim began to publish the issue on his blog, I feel obliged to write to online portals because for the sake of transparency and integrity, Khalid and Bank Islam need to explain what are the basis and terms of the settlement.
Let the people decide for themselves whether there was any deal involved as it is necessary to clear the air immediately. Otherwise, rumours that Kajang Move was initiated because Khalid has been compromised will continue to become the talk of the town.
Which is why I think it is only fair that online portals likeMalaysiakini and others pursue the matter more vigorously than it pursues the hypothetical speculation of alleged deal on the water deal.
I understand that Khalid’s image is good in the eyes of the public. To safeguard that image, he must be subjected to a public scrutiny to explain, especially when a broker closely linked to Umno such as Rashid Manaf is involved.
I now await to see whether Malaysiakini, The Malaysian Insider, The Malaymail Online, The Malaysian Chronicle, fz.com, The Heat, FreeMalaysiaToday and others will run the story.
If they do not (at which I would not be surprised), perhaps the bigger problem remains the biased media, whichever side they support.Ini bermakna, kem Anwar sedang menekan Khalid untuk memberi laluan kepada Anwar.
Khusus kepada isu air yang dihadapi sekarang, ia tidak akan ada kesudahan dan penderitaan akan terus dihadapi oleh rakyat Selangor.
Anwar Menduga Kecerdikan Pengundi DUN Kajang Melalui 7 Isu Setempat
Pengundi-pengundi di kawasan DUN Kajang sewajarnya berfikir dengan bijaksana dalam membuat keputusan samada menerima atau menolak DS Anwar Ibrahim sebagai Adun mereka.
Dengan pelbagai teori politik peringkat nasional dihujahkan oleh Anwar sepanjang pra-kempen PRK Kajang sebelum ini, akhirnya para pengundi Kajang disuakan pula dengan '7 Keutamaan Kajang' yang mengkhususkan kepada permasalahan setempat.
Dengan 4 daripadanya adalah melibat pihak berkuasa tempatan (Majlis Perbandaran Kajang), iaitu isu-isu pengurusan peniaga dan penjaja kecil, kesesakan lalulintas, perkhidmatan MPKj dan kebersihan serta pengurusan sampah, adalah isu-isu yang boleh diselesaikan tanpa tanpa perlu menabalkan Anwar sebagai Adun Kajang.
Apakah Anwar menganggap dirinya sebagai pemimpin dari langit yang boleh menyelesaikan masalah-masalah tersebut, mengatasi MB Selangor TS Khalid Ibrahim berserta 10 anggota Exco dibawahnya?
Begitu juga dengan isu bantuan keluarga miskin, ia sepatutnya tidak menjadi isu kerana Kerajaan Selangor telah pun masuk ke fasa kedua program 'Merakyatkan Ekonomi Selangor'.
Kesimpulannya, '7 Keutamaan Kajang' yang dikemukakan oleh Anwar itu lebih menjurus kepada penonjolan imej yang kononnya dirinya adalah memahami dengan isu-isu setempat. Walhal, jika Kerajaan PR Selangor benar-benar serius, ia boleh diselesaikan pada hari ini jua.
Kewarasan dan kebijaksanaan pengundi Kajang adalah amat penting, supaya tidak terpedaya dengan ketokohan Anwar. Cukup dengan apa yang terjadi di kawasan DUN Pelabuhan Klang yang berwakil rakyatkan Khalid Ibrahim, tetapi penyelesaian terhadap isu-isu setempat tidak menampakkan sebarang impak besar.
Mungkin Khalid menjadikan alasan dirinya sebok dengan tugasan sebagai MB, namun ia tidak mustahil pula akan berlaku pada Anwar yang umum sedia maklum bahawa beliau adalah Ketua Pembangkang dan tokoh peringkat nasional. Lantas, apakah beliau boleh fokus kepada isu-isu di Kajang?
Wednesday, February 19, 2014
Mengejutkan - Anwar Boleh Jadi Teleng Bila Soal Selidik Rafizi Hasilkan Dapatan Hanya 26% Sokong 'Kajang Move'
Setelah hasil dapatan soal selidik yang dilakukan oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli terhadap penerimaan awam keatas 'Kajang Move' dikeluarkan, beliau cuba mengelirukan angka dengan memberi penekanan cuma 17% sahaja yang menentang. Tambah Rafizi lagi, itu pun adalah responden yang merupakan penyokong tegar BN.
Rafizi mendakwa 83% responden menyokong 'Kajang Move'.
Namun sebenarnya 83% tersebut adalah mengikut pecahan berikut:-
- 21% responden tertanya-tanya mahu tahu apakah calon yang baru boleh lakukan untuk Dun mereka (bermaksud keraguan terhadap Anwar);
- 26 peratus menganggap tidak memberi kesan kepada mereka (yang mungkin bermaksud, "ada aku kisah?"); dan
- 26 peratus lagi menyokong tindakan itu
Tuesday, February 18, 2014
Senjata Yang Bakal Mandikan Ketakburan Anwar & Khalid Ibrahim
Objek di atas sudah menjadi tugu kenangan krisis air di Selangor pada tahun 1998. Ia adalah pili gergasi yang berfungsi mengisi air ke dalam lori-lori tangki untuk diagihkan kepada rakyat Selangor.
Meskipun telah hampir 16 tahun berlalu, pili gergasi ini yang masih berdiri megah hingga ke hari ini mungkin sekali lagi akan digunakan, jika paras air di empangan seluruh Selangor terus menurun.
Air pili yang mengalir di rumah penulis, ketika artikel ini ditulis adalah begitu pelahan, malah mungkin laju lagi kencing Anwar Ibrahim dan Khalid Ibrahim.
Meskipun kerajaan BN sebelum PRU12 telah menerima pandangan pakar, bahawa bekalan air di Selangor hanya mampu bertahan sehingga 2014 dan mereka telah pun meluluskan pembinaan Empangan Langat 2, tetapi dek ketakburan Anwar dan Khalid, kerajaan PR Selangor telah tidak mengeluarkan development order untuk projek berkenaan.
Kebetulan kita telah pun berada di tahun 2014 dan kemarau pun telah bermula di Selangor, rasanya elok benar kita mandikan Anwar sempena PRK Kajang menggunakan pili gergasi di atas.
Siapa Penipu - Anwar Ibrahim Atau Khalid Ibrahim?
Bak kata Mursyidul Am TIBAI, Muhammad Zahid Md Arip, hanya ketika tidur sahaja Anwar tidak berbohong, yang bermaksud kehidupan Anwar penuh dengan pembohongan.
Contohnya, kehadiran Anwar di majlis perjumpaan MB Selangor dengan penyokong-penyokong pasukan bolasepak Selangor, didakwa olehnya adalah atas jemputan MB Khalid Ibrahim.
Walhal ramai yang mendengar sendiri soalan dari salah seorang yang hadir di majlis berkenaan kepada Khalid samada Anwar dijemput ke majlis berkenaan dan ia dinafikan oleh Khalid. [Baca SINI]
Dengan kejayaan Khalid mengumpulkan penyokong-penyokong Selangor, menjadikan Anwar begitu teruja untuk mengadakan perjumpaan yang kedua di Kajang hujung minggu ini.
\
Soalnya sekarang, sanggupkah Dr Ahmad Yunus (Exco Sukan merangkap Adun PAS Sijangkang) untuk menjadi kaldai tunggangan Anwar dalam mengumpulkan para penyokong Selangor untuk bertemu Anwar di Kajang?
Perlu diingat bahawa Ahmad Yunus adalah tulang belakang dalam mengumpulkan kelompok penyokong-penyokong Selangor dalam perjumpaan dengan MB Selangor. Namun kehadiran mereka adalah atas tanda sokongan kepada pasukan Liga M Selangor dan bukan atas sokongan politik kepada Pakatan Rakyat.
Apatah lagi perjumpaan hujung minggu ini adalah untuk politik Anwar, maka apa perlunya penyokong-penyokong Selangor perlu hadir di majlis berkenaan?
Monday, February 17, 2014
Azmin Ali 0 - 330 Khalid Ibrahim
Perkembangan poll MB Selangor pilihan rakyat anjuran blog The Unspinners setakat 1.45pm, Azmin Ali kekal tanpa sebarang undi, berbanding TS Khalid Ibrahim meraih 330 undi.
Agak memeranjatkan, calon PRK Kajang DS Anwar Ibrahim yang disebut-sebut sebagai bakal menggantikan Khalid sebagai MB sekadar meraih 7 undi, dibelakang bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman dengan 10 undi. Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad sekadar mendapat 6 undi.
Walau bagai mana pun, 45 peratus dari jumlah undian lebih cenderung mahukan selain dari calon-calon yang dinamakan oleh blog berkenaan.
Sunday, February 16, 2014
PRK Kajang Semakin Lawak - Zaid Ibrahim Lawan Anwar Ibrahim Demi Selamatkan Khalid Ibrahim
Foto hiasan dipetik dari Wikipedia di atas adalah rakaman aksi pelakon komedi terkenal perfileman Melayu, arwah Ibrahim Pendek bersama Burl Ives dalam filem keluaran Hollywood tahun 1962, 'Spiral Road'.
Selepas pernah terhibur dengan aksi-aksi lucu Ibrahim Pendek dalam perfileman Melayu, PRK Kajang yang bakal berlangsung pada 23 Mac depan, akan menjadi bahan tawa rakyat Malaysia dengan gelagat aksi anak-anak 'IBRAHIM'.
Zaid Ibrahim akan menentang Anwar Ibrahim, demi mempertahankan mandat rakyat kepada Khalid Ibrahim.
Pengumumun Zaid untuk turut serta dalam PRK Kajang yang dilaporkan oleh Berita Harian, menyebut bahawa beliau (Zaid) membawa misi politik sihat dan menentang politik liar amalan Anwar.
Kelakar.
Khalid Samad Seleweng Keputusan Majlis Syura Ulamak PAS
Dari apa yang dipertontonkan dalam Muzakarah - Kalimah Allah : Dari Sudut Perundangan antara Ketua Perhubungan UMNO Selangor DS Noh Omar dengan AJK PAS Pusat YB Khalid Samad oleh MobTV, jelas sekali bahawa Khalid telah menyelewengkan keputusan Majlis Syura Ulamak PAS berhubung penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
Baca kenyataan Majlis Syura Ulamak, khususnya dalam petak yang bergaris merah di bawah.
Selepas didesak oleh Noh samada beliau bersetuju dengan 'God' (dalam Bible) diterjemah sebagai 'Allah' dalam Bahasa Melayu, Khalid akhirnya mengaku "Saya tak setuju".
Pandangan Khalid yang didasari oleh keputusan Majlis Syura Ulamak PAS bertarikh 13/1/2013, mengatakan bahawa kalimah Allah adalah kalimah luar biasa yang merujuk sebutan untuk yang paling tinggi dan terjemahan 'God' kepada Allah adalah membawa maksud yang tidak tepat.
Walau bagai mana pun tambah Khalid ( yang mendakwa ia adalah pandangan Mursyidul Am PAS TG Nik Aziz), "Tetapi kalau dia (bukan Islam terjemah 'God' sebagai Allah dalam Bahasa Melayu), kita tak boleh halang. Itu hak dia".
Kenyataan itu jelas menunjukkan bahawa Khalid telah memberikan memutar belit kenyataan asal yang bukan sahaja boleh mengelirukan ahli-ahli PAS, malahan seluruh umat Islam di negara ini.
Tidakkah Khalid sedar ayat yang berbunyi, "Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah," dalam kenyataan dalam petak bergarisan merah di atas? Apakah bentuk pencegahan di pihak PAS selain dari dalam bentuk perundangan?
Subscribe to:
Posts (Atom)