Friday, February 21, 2014

Chew Mei Fun Calon BN PRK Kajang Pernah Menangis Kerana Tak Suka Lelaki Terbabit Skandal


Datin Paduka Chew Mei Fun telah diumumkan oleh TS Muhyiddin Yassin sebagai calon BN menentang DS Anwar Ibrahim dalam PRK DUN Kajang.

Sedikit berkenaan Chew, beliau pernah meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita MCA Pusat, disamping jawatan Timbalan Menteri dan Senator yang disandangnya pada 8 April 2010, susulan dari kemenangan DS Chua Soi Lek sebagai Presiden MCA.

Chew secara berterus terang memberitahu yang beliau tidak menerima hakikat pembabitan Chua sebagai lelaki didalam video kontroversi pada 2007.

Sebagai seorang yang berprinsip, Chew menegaskan
“Sebagai ketua, menjadi tugas dan tanggungjawab saya untuk mempertahankan kesaksamaan gender dan menghormati hak kaum wanita.Status semasa parti secara langsung menjejaskan kepercayaan dan misi ini, jika kita sengaja menutup mata, orang ramai khususnya wanita akan kecewa dengan kita. Jika menerima pemimpin-pemimpin ini tanpa menyoal, pemimpin yang bukan model peranan teladan, ia akan membawa kepada mesej negatif khususnya kanak-kanak”
Dengan pendirian itu, Chew telah membuat keputusan melepaskan semua jawatan dalam politik dan kerajaan.

Selepas Chua melepaskan jawatan Presiden, Chew membuat keputusan kembali dalam kepimpinan tertinggi MCA dan akhirnya menang dalam pemilihan pada Disember 2013 lalu.

Sebagai orang yang berprisip, selayaknya Chew menentang Anwar, yang semula jadinya adalah seorang lelaki yang sentiasa diselubungi kontroversi.

1 comment:

Anonymous said...

Kepada ketua MCA Malaysia Datuk Seri Liow Tiong Lai,

Kami ingin memberitahu bahawa ketua cawangan MCA Gombak YIP KUM FOOK dan ketua pemuda MCA Gombak YIP JIUN HANN, nama mereka sangat kotor di masyarakat Cina sebab mereka halau Sami Buddha keluar dari BUDDHA KUIL SAMNAK SAMBODHI, 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya, kepong, Kuala Lumpur.

Untuk kemenangan pilihan kecil, Calon BN PRK DUN Kajang: Datin Paduka Chew Mei Fun, kami harap peminpin MCA dan parti komponen BN, jauhkan orang yang tersebut di atas. (Yip Kum Fook & Associate No. 2, B, Jln 53, Taman Desa Jaya, 52100 Kepong, Selangor)

Kalau tidak parti MCA tentu akan kalah dengan lincin

Sekian, Terima Kasih

SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES