Friday, February 21, 2014

Imam Masjid Bukit Lipat Kajang Sebak Baca Doa Selepas Solat Sunat Istisqa'


Hari ini penulis solat Jumaat di Masjid Ar-Rahimiah, Bukit Lipat Kajang, Klang.

Masjid ini pernah dilanda bajir pada awal pagi Jumaat 30 Mac 2012, hinggakan solat Jumaat terpaksa dilakukan di aras 2 masjid berkenaan (foto atas dan ceritanya di SINI).

Selesai solat Jumaat, para jemaah telah diminta untuk sama-sama melakukan solat sunat Istiqa', memohon hujan dari Allah s.w.t, berikutan musim kemarau yang melanda Selangor ketika ini. Penulis yang turut serta berjemaah, berasa begitu terkesan sekali apabila imam membacakan doa dengan begitu tawadhu', tadharru' dan tasmakun hingga kedengaran sebak dan tersekat-sekat dalam bacaannya.

Bagi penulis, ini adalah kali kedua dalam tempoh seminggu, setelah masjid kariah penulis lebih awal melaksanakan solat Istisqa' iaitu pada Jumaat minggu lepas.

Nampaknya itulah yang terdaya bagi kalangan rakyat Selangor, iaitu dengan memohon kepada Allah, apabila kerajaan PR Selangor dengan sengaja melengah-lengah projek Empangan Langat 2.

Dalam pada itu dipihak kafir DAP lain pula ceritanya. Contohnya Adun Balakong Eddie Ng Tien Chee (kawasan DUN yang berjiran dengan DUN Kajang yang DS Anwar Ibrahim bakal bertanding), tidak berdaya berusaha, malahan cuba pula memfitnah UMNO diatas krisis air yang berlaku di Selangor.


Agaknya, itulah tindakan terbaiknya dalam meringankan beban rakyat gara-gara krisis air ini.

Akhirnya Adun PR tersebut telah dikecam oleh rakyat atas kebodohannya, dan baca seterusnya di Rakyat News.

5 comments:

Anonymous said...

Dah tertimpa bala / ujian pun masih nak menabur fitnah. Itukah hasil berkawan dgn .... ?

hangkedee said...

Pas barua daPIG

Anonymous said...

Tuan..saya rasa di Sarawak ni kurang berlaku musibah seperti tu sebab salah satu kandungan doa dalam setiap khutbah Jumaat ialah "ya Allah hindarkan kami dari bencana seperti banjir besar, kemarau panjang & wabak penyakit" . Ini tidak ada dlm doa khutbah di Negeri Sembilan tmpt asal saya.

org Johor said...

Kat Johor pun ada doa dijauhkan dr bala bencana, hidup satu padu, dilindungi dr musuh dan penderhaka. Kat Johor jugak sekolah agama lbh menyeluruh utk semua anak anak org Islam. Aku rasa elok negeri negeri lain mencontohinya.

manjung said...

Alhamdulillah kami kat Manjung Perak ni dah 2 hari hujan. Seronok rasanya dapat tengok hujan.