Friday, March 15, 2013

Khalid Ibrahim Naik Angin Di Batang Berjuntai


Pakatan Rakyat Selangor masih cuba sedaya upaya untuk menimbulkan keraguan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Semasa berucap di Persidangan Antarabangsa PRU13 anjuran Pejabat Ketua Pembangkang di Kuala Lumpur pada 4 & 5 Mac 2013, MB Selangor Khalid mendakwa bahawa di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bestari Jaya Utara - dahulu dikenali sebagai PDM Batang Berjuntai Utara mempunyai bilangan pengundi melebihi jumlah penduduk kawasan berkenaan.

Menurut Khalid, kawasan tersebut mempunyai 1,788 penduduk tetapi bilangan pengundi sejumlah 3,589.

Dalam menyangkal dakwaan tersebut, SPR memaklumkan bahawa ketika pertama kali Khalid bertanding di Ijok pada pilihanraya kecil Ijok 2007, bilangan pengundi telah pun mencecah 2,241 orang.

Seterusnya, pada PRU2008 Khalid telah menang di Ijok dan tidak pula dipertikaikan oleh Khalid.

Antara faktor pertambahan bilangan pengundi menurut SPR, adalah ekoran pertambahan 9 lokaliti berikutan dengan wujudnya taman perumahan baru di kawasan berkenaan. [Rujuk jawapan penuh SPR di SINI].

Dalam perkembangan yang lain, pada 14 Mac 2013 Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menolak permohonan MP DAP Klang Charles Santiago mendapatkan perintah mahkamah untuk pembersihan daftar pemilih oleh SPR.

Antara dakwaan yang dikemukan oleh MP berkenaan ialah wujudnya 62 pengundi menggunakan alamat yang sama di Jalan Papan (sekarang dikenali Lebuh Pendamar), Pandamaran. Dakwaan ini adalah sesuatu yang yang perlu diketahui, kerana ia mellibatkan 38 pengundi Melayu, 11 pengundi India dan 5 pengundi Cina, dengan klik SINI.

Seperti juga Khalid, Charles Santiago telah turut menang ketika daftar pemilih berkenaan digunapakai pada PRU2008.

Jelas bahawa, tindakan mereka mempertikai SPR adalah alasan awal menjelang berdepan dengan ambang kekalahan Pakatan Rakyat di Selangor.

Aksi Melampau Lelaki Berkepala Sulah


Saksikan lelaki berkepala sulah (foto di atas) yang jelas tidak ada rasa hormat kepada pegawai polis.


Aksi tersebut adalah sebahagian aksi para penyokong pembangkang yang hadir untuk memberi sokongan kepada Tian Chua di perkarangan mahkamah di Jalan Duta.

Cerita disebalik kejadian diperjelaskan di SINI.

Wednesday, March 13, 2013

Anugerahi Ilahi Terbaru Buat Wan Azizah


Rasanya Wan Azizah tidaklah menggunakan anugerah Ilahi keatas pengakuan yang dibuat oleh bapa Saiful Bukhari.

Namun, Keadilan Daily telah menggunakan istilah tersebut, sebagai merujuk kepada reaksi syukur Wan Azizah. (Rujuk petikan di bawah)


Sesungguhnya, sekali lagi ia bakal menjadi bahan tawa kerana sebelum ini Anwar telah pernah dianggap sebagai anugerah Ilahi oleh Wan Azizah.

Negara Tidak Bankrap Jika Bertukar Kerajaan - Kenyataan Bersifat Indikasi Sokongan Musa Hitam Kepada Pakatan Rakyat?


Bekas TPM Tun Musa Hitam berpandangan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan membawa kepada kebankrapan negara.

Baca kenyataan Musa di bawah yang dipetik Sinar Harian.


Alasan Musa mudah, masakan sesebuah kerajaan akan berbuat sesuatu yang memudaratkan negara kerana mereka tentunya akan berbuat sesuatu untuk mengekalkan pemerintahan mereka.

Saya tidak mahu mengulas panjang, cuma ingin menyatakan bahawa janji-janji yang ditaburkan oleh Pakatan Rakyat adalah terlalu sukar untuk dilaksanakan keseluruhannya.

Bankrap mungkin dapat dielakkan, namun hakikatnya pada masa yang sama janji akan tinggal janji tanpa sebarang perlaksanaan.

Mungkin Musa kini dalam kedudukan yang bersetuju kepada 'pertukaran regim', umpama hanya sekadar untuk menukar pasangan wanita?

Tuesday, March 12, 2013

Bila Bekas Anggota Pembelaan Anwar Ibrahim Menulis Dengan Penuh Kemarahan.................


Salah seorang bekas anggota pasukan pembelaan Anwar Ibrahim dalam perbicaraan Kes Liwat II telah menghantar e-mel yang mengimbas kembali kes tersebut, disamping memberi pandangannya terhadap kes berkenaan.

Dengan penuh kemarahan beliau menulis dan meluahkan kebosanannya terhadap gelagat Anwar dalam menonjolkan permohonan maaf bapa mangsa liwat, Azlan Mohd Lazim yang ternyata helah pembersihan imej Ketua Pembangkang berkenaan.

Baca selanjutnya di AIDC.

Azmin Hampir Dilantik Ketuai BPR?


Terkejut juga bila mendapat khabar yang Azmin pernah hampir dilantik mengetuai BPR (sekarang dikenali sebagai SPRM).

PKR Tampilkan Warga Emas Sebagai Model Nafi Liwat Terbaru


Perhatikan model nafi liwat terbaru yang ditampilkan oleh PKR.

Sambil mengepakkan tangan, warga emas berusia 60 tahun Azlan Mohd Lazim diapit oleh Setiausaha Agong dan MPT PKR diperkenalkan kepada para wartawan.

Azlan ketika diasak dengan soalan oleh para wartawan, menjawab yang beliau tidak akan bersumpah laknat untuk mempertahankan kenyataannya berhubung dakwaan konspirasi liwat terhadap anaknya, kerana sememangnya telah diatur oleh kepimpinan PKR untuk berbuat demikian.

Monday, March 11, 2013

Poster Terbaru Nurul Izzah Di Lembah Pantai - Bertemakan "You Do Not Need.........."


Poster terbaru Nurul Izzah ditampilkan dengan the "You do not need........".

Terpulang kepada anda untuk melengkapkan ayat di atas.

Misalnya, you do not need to reelect me (Nurul Izzah) in Lembah Pantai, atau apa saja yang anda fikirkan sesuai.

Sunday, March 10, 2013

Bekas Setiausaha Diplomasi Sulit (Antarabangsa) Anwar Ibrahim Mohon Perlindungan Polis


Bila bekas Setiausaha Diplomasi Sulit (Antarabangsa) Anwar Ibrahim memohon perlindungan polis,dengan mendakwa mendapat ancaman dari kumpulan tertentu, bermakna bahawa sahih beliau sendiri yang telah menulis surat kepada Presiden PAS seperti yang didedahkan oleh Raja Petra Kamarudin (RPK) di Malaysia Today. [Surat berkenaan boleh dilihat di SINI.]

Mohd Fareez Kamal Intidzam dalam keyataannya (selepas membuat laporan polis di IPD Dang Wangi) yang di petik dari Utusan, memberitahu,
"Saya percaya surat ini telah menimbulkan rasa kurang senang dan kemarahan kepada pihak tertentu terutamanya kepada penyokong parti dan Presiden sendiri. 
"Seperti yang saya nyatakan dalam surat itu juga, Puan Presiden sendiri iaitu Wan Azizah sangat cemburu dengan hubungan rapat antara saya dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim,"
Dengan kenyataan tersebut maka betullah telahan umum bahawa surat yang bertulisan tangan tersebut adalah bertujuan untuk membuktikan ketulenan surat berkenaan.

Lelaki Misteri Berjubah Putih Datang Nak Ambil Anwar Pulang


Ketika DS Anwar Ibrahim berucap di Majlis Sambutan 5 Tahun Pentadbiran Negeri Selangor oleh Pakatan Rakyat, tanpa disedarinya ada seorang lelaki terpacak seorang diri.

Mungkinkah kehadirannya menunggu Anwar untuk dibawa pulang?

Foto asal gambar ini ada di blog Cucu Tok Selampit.

Blog berkenaan melaporkan hanya sekitar 2,000 hingga 3,000 orang sahaja yang hadir di majlis sambutan berkenaan.

Hal ini sudah dijangka, kerana pada sebelah petang dan di pentas yang sama, MB Selangor TS Khalid Ibrahim dan 2 orang lagi Exco Kerajaan Negeri (Rodziah Ismail dan Dr J. Xavier) serta Speaker DUN Dato' Teng Chang Khim bagai berkomplot mengkhianati program yang dihadiri Anwar.

Sebanyak 5,600 tiket Liga M Selangor Lwn Johor DT telah diagihkan di lokasi berkenaan, walhal kedua-dua acara berlangsung pada waktu yang serentak.


Perhatikan betapa cerianya pemimpin-pemimpin kanan Kerajaan Negeri Selangor (foto atas), hanya beberapa jam sebelum kehadiran Anwar di pentas berkenaan, bagai merestui kalau Anwar dijemput pulang oleh lelaki misteri berjubah putih berkenaan!