Friday, March 15, 2013

Khalid Ibrahim Naik Angin Di Batang Berjuntai


Pakatan Rakyat Selangor masih cuba sedaya upaya untuk menimbulkan keraguan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Semasa berucap di Persidangan Antarabangsa PRU13 anjuran Pejabat Ketua Pembangkang di Kuala Lumpur pada 4 & 5 Mac 2013, MB Selangor Khalid mendakwa bahawa di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bestari Jaya Utara - dahulu dikenali sebagai PDM Batang Berjuntai Utara mempunyai bilangan pengundi melebihi jumlah penduduk kawasan berkenaan.

Menurut Khalid, kawasan tersebut mempunyai 1,788 penduduk tetapi bilangan pengundi sejumlah 3,589.

Dalam menyangkal dakwaan tersebut, SPR memaklumkan bahawa ketika pertama kali Khalid bertanding di Ijok pada pilihanraya kecil Ijok 2007, bilangan pengundi telah pun mencecah 2,241 orang.

Seterusnya, pada PRU2008 Khalid telah menang di Ijok dan tidak pula dipertikaikan oleh Khalid.

Antara faktor pertambahan bilangan pengundi menurut SPR, adalah ekoran pertambahan 9 lokaliti berikutan dengan wujudnya taman perumahan baru di kawasan berkenaan. [Rujuk jawapan penuh SPR di SINI].

Dalam perkembangan yang lain, pada 14 Mac 2013 Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menolak permohonan MP DAP Klang Charles Santiago mendapatkan perintah mahkamah untuk pembersihan daftar pemilih oleh SPR.

Antara dakwaan yang dikemukan oleh MP berkenaan ialah wujudnya 62 pengundi menggunakan alamat yang sama di Jalan Papan (sekarang dikenali Lebuh Pendamar), Pandamaran. Dakwaan ini adalah sesuatu yang yang perlu diketahui, kerana ia mellibatkan 38 pengundi Melayu, 11 pengundi India dan 5 pengundi Cina, dengan klik SINI.

Seperti juga Khalid, Charles Santiago telah turut menang ketika daftar pemilih berkenaan digunapakai pada PRU2008.

Jelas bahawa, tindakan mereka mempertikai SPR adalah alasan awal menjelang berdepan dengan ambang kekalahan Pakatan Rakyat di Selangor.

1 comment:

Anonymous said...

Kenapa mereka TIDAK MAHU BERFIKIR???

Manusia hidup berpindah-randah sejak zaman nabi Adam lagi, jika tidak tidaklah manusia hidup melata dimukabumi ni.

Contohnya saya sendiri. Saya mendaftar sebagai pengundi di sebuah negeri. Bertahun-tahun saya tinggal di sana. Kemudian saya berpindah ke negeri lain kerana berpindah kerja tapi kerana saya tidak berniat utk tinggal lama, maka saya tidak menukar pusat mengundi. Bila PRU, ada peluang saya akan balik utk mengundi, kalau takda peluang tak dapatlah.

Kemudian saya pindah lagi kenegeri lain pula dan kali ni utk menetap. Tapi dek kesibukan, saya tak tukar pusat mengundi. Tahun 2008, saya pulang utk buang undi.

So... adakah salah SPR jika jumlah pengundi di pusat mengundi saya tu lebih ramai drp jumlah penduduk?

Dan adakah salah SPR bila penduduk di kawasan saya tinggal sekarang lebih ramai daripada jumlah pengundi?

(Akhirnya saya dah buat permohonan tukar pusat mengundi bulan 12 baru-baru ni tp kerana nama saya belum digazetkan, PRU13 nanti saya masih perlu pulang ke pusat mengundi yg lama. )

Kalau takdirnya banjir masa PRU nanti, pun salah SPR kut...