Presiden UMNO DS Najib telah mengumumkan salah seorang dari G7.
Dalam UMNO, G7 adalah istilah yang digunakan dikalangan mereka bagi merujuk kepada 7 orang ahli UMNO Bahagian yang dipilih dalam Mesyuarat Agong Tahunan Bahagian sebagai perwakilan bahagian berkenaan ke Perhimpunan Agong UMNO Malaysia.
7 orang perwakilan ini adalah tambahan kepada perwakilan automatik yang terdiri dari Ketua, Timbalan, Naib, Ketua-Ketua Sayap dan Setia Usaha Bahagian.
Najib dalam kenyataannya menyebut bahawa salah seorang dari G7 berkenaan akan dilantik sebagai mata dan telinga disamping melaporkan terus kepada Lembaga Disiplin berkenaan sebarang perbuatan sabotaj kepada parti menjelang proses PRU13, dengan memberi keutamaan kepada dikalangan mereka yang tidak memegang jawatan dalam parti berkenaan.
Difahamkan bahawa tindakan disiplin akan diambil kepada mana-mana ahli yang mensabotaj parti semasa proses PRU13 itu berlansung. Langkah ini dilihat lebih baik, kerana dengan tindakan itu mereka yang terlibat dengan unsur-unsur sabotaj, tidak akan punya access kepada rahsia dan gerak kerja parti.
Salam Jumaat buat semua pengunjung-pengunjung dan penyokong Blog MIK, semoga dapat meluangkan sedikit masa untuk mentelaah kupasan air tangan seorang Blogger menjelang Pilihanraya Umum ke 13 [PRU 13].
Tahun 2013 sudah pasti akan berlangsungnya PRU 13. Berbeza dengan tahun lepas, ramalan demi ramalan dibuat untuk membaca apa yang ada dalam kotak pemikiran YAB Datuk Sri Najib, Perdana Menteri Malaysia. Ada tekaan mengatakan Jun, ada yang meneka selepas Syawal, ada juga yang meneka Najib akan biarkan sehingga penggal terakhir tamat….
Yang pastinya tahun ini PRU 13 akan berlaku, maka berakhirlah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional [BN] yang mendapat mandat pada tanggal 8 Mac 2008. Pada saat dan ketika itu, BN hanya mendapat 140 kerusi Parlimen manakala Pakatan Pembangkang membuat kejutan dengan membariskan seramai 82 Ahli Parlimen untuk masuk ke Dewan Rakyat.
BN bukan sahaja hilang kuasa majoriti 2/3 malah turut kehilangan kuasa memerintah lima [5] negeri iaitu Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan masih gagal mendapatkan kerajaan negeri Kelantan….
Cuma nasib agak malang buat Pakatan Pembangkang apabila mereka terpaksa melepaskan kerajaan negeri Perak setelah 3 orang ADUN bertindak meninggalkan Pakatan dan menjadi wakil rakyat Bebas menyokong BN. Dengan itu, BN kembali berkuasa secara teknikal dan bukannya mandat rakyat dinegeri Perak.
Bahang Tsunami Mac 2008 dilihat masih berterusan, masih menggenggam sokongan rakyat apabila BN semakin longlai dan tewas pada setiap Pilihanraya kecil yang diadakan….
Bermula dengan Permatang Pauh, kemudiannya Parlimen Kuala Terengganu, Parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau kesemuanya disapu bersih oleh calon calon Pakatan Pembangkang. BN hanya berjaya menang di DUN Batang Ai sahaja ketika itu….
Pakatan meneruskan kemenangan di Manek Urai dan Penanti sebelum BN mula meraih kemenangan pertama dengan kepimpinan Perdana Menteri yang baru YAB Datuk Sri Najib menyaksikan BN menang pada PRK DUN Bagan Pinang dalam Parlimen Teluk Kemang.
Bermula dari situ, BN terus mengorak langkah mencipta satu demi satu kemenangan di DUN Galas, Parlimen Hulu Selangor, Parlimen Batu Sapi, DUN Tenang, DUN Kerdau dan DUN Merlimau. BN hanya tewas sekali iaitu Parlimen Sibu…
Kemenangan 7 kali berturut-turut BN diteruskan dengan berjaya memenangi Pilihanraya Negeri Sarawak pada bulan April 2011.
Selesai sudah kita membicarakan mengenai “score card” kedua-duanya iaitu BN dan Pakatan Pembangkang, membuat penilaian mereka menerusi keputusan PRK dan Pilihanraya Negeri Sarawak… Nampaknya seimbang, “balance” diatas kertas.
Namun hakikatnya adalah mengenai sikap porla pengundi sudah ketara dirumuskan bahawa undi kaum cina sudah tidak lagi memihak kepada BN… Semakin pudar, dan mereka secara terang-terang mentafsirkan menerusi kertas undi.
Sebagai contoh, walaupun BN menang di Tenang, namun undi dari pengundi cina di pekan Labis memihak kepada calon Pakatan. Begitu juga kisahnya pada PRK Parlimen Hulu Selangor, kemenangan Yb Kamalanathan tidak mendapat sokongan padu undi cina…
Paling ketara adalah keputusan Pilihanraya Negeri Sarawak, lihat sahaja kemenangan bergaya mana mana calon DAP disana..! Majoriti mereka sangat besar…
Seperti diduga, penyertaan kaum cina menyertai demonstrasi jalanan semakin galak dan ianya dapat dilihat pada Perhimpunan Haram Bersih 3.0 yang diadakan pada 28 April 2012, lihatdisini
Persoalannya sekarang, apakah akan terjadi sekiranya BN tewas pada PRU ke 13 nanti, menyaksikan Datuk Sri Najib menjadi Ketua Pembangkang dan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri yang baru…?
Iya, sudah pasti kita semua mengucap panjang sambil melafazkan “Na’uzubillah Minzalik..” mintak Ya Allah kau jauhkanlah perkara ini berlaku…!
Andaikata Pakatan Pembangkang berjaya memenangi 112 kerusi dan BN hanya mampu menang 110 kerusi Parlimen, maka mimpi ngeri kita menjadi kenyataan….
Dengan berat hati kita akan menyaksikan bertahtalah jawatan Perdana Menteri sepertimana yang selalu diidam-idamkan oleh Anwar Ibrahim selama ini.
Kita jangan lupa pada peristiwa yang pernah berlaku di Pulau Pinang sebaik sahaja Koh Tsu Koon terpaksa serahkan kuasa kerajaan negeri kepada Lim Guan Eng. Maksudnya disini ialah, siapakah tetamu luar negara yang berkunjung ke Pulau Pinang ketika itu…?
Pada bulan Jun 2009, Lee Kuan Yew telah dibawa oleh Guan Eng melihat Pulau Pinang dari pejabatnya sendiri…
Lee Kuan Yew, adalah Menteri Mentor Singapura, beliau juga merupakan mantan Perdana Menteri Singapura dari tahun 1959 sehinnga 1990, suatu tempoh yang sangat lama 31 tahun….
Malah sehingga ke hari ini Kuan Yew boleh dianggap lebih “Supreme” dari segala kuasa kerana jawatannya sebagai Minister Mentor Of Singapore.
Beliau adalah pengasas parti People ‘s Action Party, iaitu sebuah parti tak ubah seperti “ayah” kepada parti DAP. Apabila Singapura dipisahkan dari Malaysia pada tahun 1965, maka kuncu kuncu PAP telah menubuhkan DAP untuk meneruskan agenda mereka di tanahair kita ini.
Berikut adalah petikan daripada Wikipedia mengenai Lee Kuan Yew;
Pada 16 September1963, Singapura menjadi sebahagian Persekutuan Malaysia. Bagaimanapun, kesatuan ini singkat kerana berhadapan masalah perpaduan.
Lee secara terbuka menentang dasar bumiputera dan melaungkan slogan "Malaysian Malaysia". Slogan ini menentang dominasi bangsa Melayu. Hubungan PAP-UMNO semakin tegang. Beberapa pemimpin UMNO mahu Lee ditangkap di bawah ISA. Jika beliau ditangkap, pro komunis akan lebih berkuasa.
Pada tahun 21 Julai 1964 rusuhan kaum berlaku di Kallang Gasworks, di mana 23 orang terbunuh dan ratusan cedera ,Orang Cina dan orang Melayu beramuk.Puncanya sebiji botol dilemparkan kepada satu perarakan Maulidur Rasul
Sudah terpadamkah kemarahan Lee Kuan Yew apabila Singapura disingkirkan dari Malaysia..? Apakah masih ada dendam dilubuk hatinya…?
Bolehkah ditafsirkan kemenangan DAP menawan Pulau Pinang ini dilihat sebagai langkah awal untuk membawa balik Singapura kedalam Malaysia…? Iya, proses seterusnya adalah menawan Putrajaya…!
Mantan Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin pernah menulis betapa curiganya beliau melihat kunjungan Kuan Yew ke pejabat Guan Eng…;
Bagi saya apa saja yang datang dari pemimpin negara pulau itu, tidak pernah jujur terhadap Malaysia. Kuan Yew kekal 'duri dalam daging' bukan saja dalam politik kita tetapi juga seluruh Nusantara Melayu.
Kedatangannya secara tergesa-gesa 'melawat' Pulau Pinang dan Kelantan sebaik saja PR melakar kejayaan besar dalam sejarah PRU Malaya/Malaysia pada 2008, sudah cukup memberi gambaran betapa hajat besar Kuan Yew untuk 'menelan' negara ini tidak pernah kunjung padam.
Beliau nampak impian besarnya kembali menyemarak apabila parti anak didiknya DAP menguasai Pulau Pinang dan Selangor serta Perak.
Mungkin mustahil untuk menakluk secara fizikal, tetapi menguasai politik dan ekonomi sudah cukup meletakkan Malaysia di bawah 'jajahan' mereka yang nyata kian terdesak dengan keluasan pulau yang tidak mampu lagi menampung keghairahan dan impian politik Kuan Yew yang kini diwarisi anaknya, Hsien Loong.
Lihat kembali petikan Wikipedia Lee Kuan Yew yang disiarkan diatas tadi…..
Kuan Yew secara terbuka menentang dasar Bumiputera…, ada rusuhan berlaku di Singapura dipercayai puncanya apabila orang cina baling botol ke arah perakakan Maulidur Rasul…
Di Pulau Pinang sebaik sahaja DAP memerintah, kenyataan pertama Lim Guan Eng ialah mahu menghapuskan Dasar Ekonomi Baru…, Ketua Menteri Pulau Pinang ini juga tidak membenarkan sambutan Maulidur Rasul di Pulau Pinang….
Nampak atau tidak…? Apakah ini berlaku secara kebetulan sahaja atau sememangnya inilah dia sikap chauvanist pimpinan parti DAP dan PAP…?
Kembali kepada persoalan awal tadi…, apakah akan berlaku sekiranya Pakatan Pembangkang berjaya menawan Putrajaya dengan memenangi 112 kerusi dan BN diumumkan tewas setelah hanya berjaya mendapat 110 kerusi pada PRU ke 13…?
JOM kita lihat apa yang tertera dibawah ini….!
Iya inilah dia Perkara 2 Perlembagaan Persekutuan.
Tidak mustahil Anwar Ibrahim yang selama ini menjadi Pak Sanggup “samiqna wa ataqna” kepada apa sahaja kemahuan DAP akan menggunakan Perkara 2 Perlembagaan Persekutuan ini…
Perkara 2 Perlembagaan Persekutuan ialah mengenai – Penerimaan Masuk Wilayah Wilayah Baru ke Dalam Persekutuan
Sangat jelas dalam 2. [a] menerima masuk Negeri negeri lain ke dalam Persekutuan.
Tidak perlu kuasa majoriti 2/3, ianya tidak perlu perkenan DYMM Yang Dipertuan Agong…! Bermakna Anwar, Guan Eng boleh bawa masuk semula Singapura kedalam Persekutuan Malaysia. Berita paling menggembirakan Lee Kuan Yew kerana selesai sudah masalah pembekalan air untuk mereka disana….
Tetapi yang paling gembira adalah kesemua pimpinan DAP kerana dengan kemasukan Singapura ini, bilangan kerusi Parlimen akan bertambah lagi. Di negara Singapura mereka ada 87 kerusi Parlimen, dan hampir 90% adalah wakil PAP.
Bayangkanlah…, sekiranya ada 78 kerusi akan ditambahkan kepada Pakatan maka kesemuanya akan berjumlah 190 kerusi. Secara automatik, Pakatan memiliki 2/3 majoriti kerajaan.
Apa akan jadi pada penggunaan Kalimah Allah…? Masih bolehkah azan berkumandang dimasjid masjid seperti sekarang ini…?
Apakah Pengerusi GLC gergasi seperti Petronas, TNB masih dikalangan bumiputera..??
Siapakah yang akan menjadi Menteri Kewangan, Menteri MITI, Menteri Dalam Negeri, Menteri Pertahanan…??
Apakah ada harapan untuk BN menang semula pada PRU ke 14 nanti…? Mampukah BN kembali bertahta sebagai kerajaan di negara Malaysia…?
Saya sayangkan kerajaan BN yang sedia ada, saya amat yakin dengan kepimpinan serta ketokohan YAB Datuk Sri Najib sebagai Perdana Menteri kita.
Saya tidak sanggup melihat masa depan anak anak dan cucu cicit kita hancur semata mata kita tidak bersungguh-sungguh memastikan BN menang pada PRU ke 13 ini.
Ayuh…! Marilah kita bersama sama membanting tulang, bekerja kuat untuk pastikan Pakatan tidak akan berpeluang menawan kerajaan Putrajaya, kasihanilah segala kerja kuat Najib yang sememangnya mahukan kemenangan buat BN, buat kita semua…
Airmata darah bercampur keringat…, bumi dipijak milik orang. Nenek moyang kaya raya, tergadai seluruh harta benda.
Warisan berkurun lamanya.., hasil mengalir ketangan yang lain, kita kan merintih sendiri…!!
Sekian dahulu, nukilan dari seorang Blogger – Blog MIK
(Penulis adalah antara pengikut awal Gerakan Reformasi 1998 dan pernah memegang jawatan-jawatan utama di peringkat cabang dan negeri KeAdilan (PKR) di Selangor)
Satu-satunya dikalangan calon yang menang tanpa bertanding dalam PRU12 mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusinya.
ADUN BN Sementa Dato' Abdul Rahman Palil yang menang kerusi DUN berkenaan tanpa bertanding, menjadi ADUN kedua di Selangor selepas ADUN BN Sg Air Tawar Dato' Raja Ideris yang mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi mereka.
"Saya memang telah menawarkan diri untuk tidak bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya kali ini tetapi jika ditawarkan bertanding kerusi Parlimen, saya akan terima.
"Kalau tidak ditawarkan pun (kerusi Parlimen) saya tidak kecil hati,'' kata beliau kepada UTUSAN.
GEORGETOWN: Pegawai Khas kepada Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Jafrei Nordin mengumumkan perletakan jawatan sebentar tadi selepas kecewa dengan sikap jahat dan rasis Ronnie Liu dan DAP.
Pengumuman itu dibuat tepat jam 10.40 pagi di hadapan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng.
2 beranak ini merupakan pengedar video Anwar Ibrahim. Mereka ialah Loh Mui Fah (kanan) dan Loh Gwo Burne (kiri).
Sebelum PRU12 mereka mengedar video sensasi 'Correct Correct Correct' Anwar Ibrahim yang memaparkan pelakon utama lawyer V.T Lingam yang kononnya mendedahkan korupsi dalam kehakiman.
Malangnya, kebanyakan rakyat Malaysia percaya kewujudan korupsi namun mereka lebih menyalahkan pihak berkuasa kehakiman berbanding menyalahkan pemberi rasuah.
Walhal, andai kita berfikiran rasional maka kita akan menyalahkan kedua-dua belah pihak iaitu pemberi dan penerima rasuah.
Firman Allah,
Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta orang-orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). (Surah al Baqarah : 188)
dan hadis,
Rasulullah SAW melaknat orang yang memberi rasuah, dan penerima rasuah.
(Ibnu Hibban, Shahih Ibnu Hibban, Muhammad bin Hibban bin Ahmad Abu Hatim at Tamimi, cet Mu’assasah ar Risalah Beirut 1414 H, tahqiq keluarga Arnauth, no. 5076, bah. 11, ms 467)
Kejayaan video pusingan pertama telah diberi ruang oleh Anwar Ibrahim kepada Gwo Burne sehingga menjadi MPK PKR Kelana Jaya. Namun akhirnya menjadi MP yang paling tak perform dalam sejarah Malaysia.
Terkini, 2 beranak ini cuba menarik perhatian Anwar dengan klip video terbaru.
Apa motif mereka mendedahkan klip video berkenaan?
Pada saya ia lebih kepada menunjukkan keangkuhan betapa wang adalah segala-galanya bagi mereka. Mereka menganggap bahawa dengan wang impian boleh dibeli. Mereka adalah dari keluarga yang kaya raya, tetapi punya masalah keluarga dalam hal perebutan harta. [Baca SINI].
Juga baca keputusan penghakiman [klik SINI] sebagai bukti kedurjanaan mereka yang seboleh-bolehnya mengharap penghakiman memihak kepada mereka. Jadi tidak hairanlah mereka mencari ruang di sana sini dan dengan sanggup berhabis menjanjikan habuan kepada para hakim.
Kedua-dua mereka sewajarnya ditolak bersandarkan dalil nas dan hadis di atas.
Bak bapa ayam dan anak ayam jantan yang berkokok, tetapi ekor masing-masing bergelumang tahi.
Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P. Ramasamy mendakwa anaknya Sri Vaitheki, 25 tidak pernah mendaftar sebagai pemilih, namun didapati telah ada dalam senarai pemilih di Semenyih.
Sementara itu pembantu Ramasamy di pejabat Timbalan Ketua Menteri Edriana Kaur turut mendakwa iparnya, 29 turut berada dalam senarai pemilih meskipun tidak pernah mendaftar [baca laporan SINI].
Tidak lain dakwaan dari mereka adalah lebih kepada untuk menimbulkan keraguan dalam senarai pemilih SPR. Itu sebab boss dan pembantu hanya berani dan boleh dedah dikalangan ahli keluarga sendiri.
Namun begitu, dari suatu sudut dalaman DAP sendiri, sudah sampailah masanya untuk Lim Guan Eng untuk menggugur Ramasamy sebagai calon dalam menghadapi PRU13. Baik Ramasamy mahu pun pembantunya telah gagal untuk mendaftarkan ahli keluarga sendiri sebagai pemilih. Walhal, pada masa yang sama mereka inilah kelak yang akan menjadi 'orang yang muka tak malu' untuk merayu undi dari orang lain untuk memenangkan mereka.
Come on Ramasamy! Jangan jadi TKM kalau gagal pujuk anak jadi pemilih.
Berbalik kepada isu yang dibangkitkan oleh Ramasamy, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yussof dalam responsnya disiarkan oleh Malaysiakini memberitahu bahawa pendaftaran Vaitheki adalah melalui parti politik. Seterusnya, beliau berjanji untuk memberikan maklumat apabila hasil semakan diperolehi.
Saya amat berterima kasih kepada SPR jika dapat memenuhi permintaaan Ramasamy untuk mengeluarkan nama anak perempuannya dari senarai. Sekurang-kurangnya dapatlah mengurangkan undi untuk PR di DUN Semenyih dan kawasan parlimen Hulu Langat.
Kalau BR1M yang bernilai RM500 dianggap sebagai tidak membantu mobilisasi sosial oleh Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli, baucer Jom Shopping Kerajaan Negeri Selangor yang cuma bernilai RM100.
Perlu diingat, pada Jun 2012 dua orang anggota PKR Cabang Kapar telah kantoi dengan penyelewengan baucer berkenaan yang berjumlah hampir RM6,000.
Hakikatnya nilai RM500 itu adalah suatu yang subjektif nilainya. Ia akan menjadi amaun yang bermakna samada secara lansung atau tidak lansung kepada penerima dan anggota keluarganya.
Jika tidak, masakan baucer-baucer yang bernilai RM100 setiap satu dipalau oleh 2 orang anggota PKR yang bernama Mohd Bakir Abdul Wahab dan Mohamed Amkah Ahmad dan seterusnya menafikan kepada mereka yang berhak.
Mungkin kurang dari 70 hari kita akan menggunakan hak kita sebagai pengundi. PRU13 kini hanya menunggu masa untuk diumumkan oleh SPR, bergantung kepada pengumuman PM berhubung perkenan Diraja untuk membubarkan parlimen.
Antara perkara yang bakal menjadi sejarah kepada pilihanraya negara ialah kebenaran kepada warga negara Malaysia yang berada di luar negara untuk turut serta dala PRU13.
Yang pasti jika anda saja-saja menggatal di Hatyai kemudian cuba-cuba pula memohon untuk mengundi dari SPR, gerenti permohonan anda ditolak.
Walau apa pun alasan anda, SPR akan menolak permohonan tersebut. Bukan kerana kegatalan anda, tetapi faktor geografi tidak akan membenarkan berbuat demikian. SPR menetapkan syarat berikut kepada pengundi luar negara:-
Bagi maksud untuk memohon kemudahan mengundi melalui pos,
warganegara Malaysia yang berada di luar negara perlu memenuhi
syarat-syarat seperti yang berikut:
mestilah seorang pemilih berdaftar;
pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia tidak
kurang dari 30 hari dalam tempoh 5 tahun sebelum
pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang
sedang berkuat kuasa;
menetap di luar negara KECUALI bagi mereka yang tinggal
di Selatan Thailand (wilayah Narathiwat, Pattani, Yala,
Songkhla dan Satun), Singapura, Brunei dan wilayahKalimantan Indonesia tidak layak diberikan kemudahan
untuk mengundi melalui pos dan perlu balik mengundi
pada hari pengundian dijalankan.
SPR telah menetapkan syarat-syarat berkenaan bagi menunjukkan
terdapat hubungan yang jelas di antara warganegara Malaysia dengan
tanah airnya
Syarat-syarat lain berhubung dengan hak pengundi di luar negara, sila klik SINI.
Banyak lagi maklumat terbaru yang disediakan oleh SPR di portal rasminya khusus untuk PRU13 di http://pru13.gov.my/.
33 tahun lalu, seorang wanita yang berkerjaya sebagai doktor gigi pernah mendapat perhatian media apabila terlibat kahwin lari bersama kekasihnya.
Beliau ialah Dato' Seri Dr Wan Azizah yang kini adalah isteri kepada Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Bernikah pada 28 Februari 1980 dengan berwali hakim di Pulau Pinang, Wan Azizah telah menimbulkan kemarahan dari bapanya.
Mengimbas kembali peristiwa berkenaan, Mufti PerakTan Sri Harussani yang ketika itu menjadi Kadi Besar Pulau Pinang mencerita detik tersebut kepada Utusan, antara lain kandungannya adalah;
"Bercerita lebih lanjut, Harussani juga mengakui yang beliau turut terlibat dalam pernikahan Anwar dan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika bertugas sebagai Kadi Besar di Pulau Pinang.
Harussani berkata, berdasarkan kuasa yang ada padanya pada masa itu, beliau telah membenarkan Anwar dan Wan Azizah dinikahkan atas wali hakim setelah bapa Wan Azizah tidak bersetuju dengan perkahwinan itu."
Selepas 33 tahun berlalu, Wan Azizah akhirnya mendapat "Anugerah Khas Siti Khadijah" dari ABIM.
Bagaimana pun penganugerahan ini telah dipertikaikan kerana ia membabitkan nama isteri Rasulullah.
Klik SINI untuk membaca fakta yang dipertikaikan tersebut.
Sebelum ini beliau dikatakan menggelupur untuk mempertahankan kedudukan yang bergaji bulanan yang agak lumayan yang mencecah RM40,000 sebulan bila menjelang tarikh tamat kontraknya pada 31 Januari 2013 lalu. [Baca SINI]
Akhirnya, beliau berjaya juga mendapat penyambung kontrak perjawatan namun dengan terma yang jarang berlaku kepada seseorang CEO mana-mana organisasi.
Khabarnya terma pembaharuan kontrak adalah 'week to week basis'.
Apakah tindakan ini disebabkan Khalid Ibrahim tidak yakin pembaharuan mandat rakyat kepada Pakatan Rakyat pada PRU13 kelak?
Kalau nak dikira dari segi etika, DAP lebih tidak beretika apabila merompak hasil karya Psy Gangnam sebagai bahan kempen politiknya.
Tanpa mengeluar sesen wang pun untuk membayar hasil karya Psy, DAP telah melakukan plagiat terhadap karyanya.
Tanggal 11 Februari 2013 sememangnya agak dinantikan oleh golongan muda memandangkan pada tarikh itu penyanyi Korea yang sedang menjadi kegilaan ramai, Park Jae-Sang ataupun Psy akan turut hadir memeriahkan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang.
Majlis yang akan dilangsung di padang Sekolah Tinggi Han Chiang, Pulau Pinang itu dijangkakan akan disertai oleh lebih 60,000 orang. Turut serta ialah Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan para pemimpin BN Negeri dan Pusat.
Kehadiran Psy ke Malaysia yang julung kalinya ini tentunya memberi impak positif yang tersendiri terutama sekali dalam meningkatkan profil negara dalam menyuntik nilai tambah bagi industri perlancongan.
Kesediaan penyanyi popular Korea itu menyertai majlis yang dianjurkan BN itu, walau berbayar secara sah bagaimanapun tidak disenangi ramai pemimpin PR khususnya dari DAP yang menimbulkan persoalan mengenai kos perbelanjaan yang kononnya terpaksa ditanggung oleh Kerajaan Pusat untuk dibayar kepada artis K-Pop itu.
Mereka melemparkan tuduhan kononnya kedatangan superstar dari Korea itu telah menyebabkan sejumlah RM3 juta wang rakyat lebur begitu sahaja semata-mata untuk satu lagu Oppa Gangnam Style. Satu tuduhan yang agak jauh tersasar, bermotif politik dan berniat untuk mengelirukan orang ramai.
Walhal realiti sebenarnya samada Kerajaan Pusat ataupun BN sendiri tidak menggunakan wang rakyat untuk dibayar kepada Psy.
Sebaliknya segala kos perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat swasta, Mega Ultimate termasuklah bayaran RM2.3 juta bayaran kepada penyanyi terkemuka itu untuk tampil memeriahkan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina.
Jika penampilan Psy memeriahkan rumah terbuka Tahun Baru Cina ini dikatakan satu pembaziran, kenapa tidak para pemimpin PR mencemuh tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang pada akhir tahun lepas yang terang-terangan membelanjakan sejumlah RM3 juta wang rakyat untuk menjayakan konsert hiburan di Batu Feringgi?
Malah dalam konsert hiburan anjuran kerajaan DAP Pulau Pinang itu yang menampilkan beberapa orang artis Korea juga turut mendapat kerjasama syarikat arak, peliknya tiada pula walau seorang pun pimpinan PR berani mempersoalkannya.
Hatta dikalangan penyokong dan pemimpin PAS sendiri tidak pula sibuk mahu bercakap soal moral dan akhlak muda-mudi sekalipun tahu konsert anjuran Kerajaan DAP Pulau Pinang itu turut dijayakan oleh syarikat arak.
Double standard agaknya.
Persoalan penting untuk dijawab oleh PR, mengapa kelihatan begitu takut dengan kesediaan Psy menyertai majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina itu? Atau PR terlalu bimbang kehadiran ramai muda mudi keturunan Cina kelak bakal menjejaskan pengaruh DAP di negeri itu?
Sepatutnya pemimpin PR tidak perlu berasa cuak atau takut dengan kemunculan Psy di majlis tersebut, lebih-lebih lagi di saat masyarakat Cina bakal meraikan perayaan Tahun Baru Cina.
Kecuali, PR terutama sekali DAP sedang dilanda kebimbangan yang artis popular Korea itu akan membuat pengumuman penting yakni menyaman mereka gara-gara tindakan mengubah suai lagu Oppa Gangnam Style tanpa kebenaran untuk tujuan kempen politik parti itu.
Sekiranya itu sebabnya, memang ada asaslah untuk pemimpin DAP dan PR berasa gundah gelana dan kita rakyat jelata pun boleh tumpang memahaminya.
Saya menganggap bahawa kenyataan ini merupakan strategi Khalid untuk menjatuhkan kredibiliti Dr Hasan.
Complicated sangatkah sistem perakaunan negeri, hingga Khalid menghamburkan perkataan demikian?
Masakan sebodoh itu Hasan yang memiliki sarjana dalam pentadbiran awam dari Pittsburgh University hingga tidak belajar subjek perakaunan semasa menyelesaikan program sarjananya di sana?
Sesungguhnya Khalid sendiri dalam ketakutan kerana porfolio infrastruktur dipegang oleh Hasan sepanjang perkhidmatannya bersama kerajaan PR Selangor. Malah rakyat Selangor sendiri boleh menyaksikan betapa tiadanya projek penurapan jalan di Selangor. Sebaliknya, yang ada hanyalah projek penampalan jalan raya!
Terkini dari FMT melaporkan MB Selangor TS Khalid Ibrahim gagal dalam permohonannya di mahkamah tinggi.
SHAH ALAM: Permohonan Kerajaan Negeri Selangor,Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) untuk membatalkan saman 711 pengguna air terhadap mereka ditolak Mahkamah Tinggi di sini pagi tadi.
Hakim Datuk Hashim Hamzah membuat keputusan itu selepas mendengar hujah kedua-dua pihak pagi tadi.
Kumpulan itu adalah kumpulan pertama pengguna air Selangor yang mengambil tindakan undang-undang pada September lalu kerana gagal memberikan bekalan air percuma bagi 20 meter padu pertama seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum 2008 Pakatan Rakyat.
Nik Aziz mungkin ibarat meletakkan dirinya mengatasi peraturan.
Dengan meletakkan dirinya demikian, maka beliau bebas membuat keputusan. Sebelum ini, Nik Aziz mengumumkan pemecatan keahlian Nasharuddin Mat Isa. [Baca SINI].
Oleh kerana pengumumannya telah mendahului Presiden PAS, maka amat sukar bagi Hadi Awang untuk menjelaskan keadaan. Namun Hadi juga punya maruah. Lantas, beliau mengumumkan Nasharuddin masih kekal sebagai ahli.
Semalam ADUN BN Sementa Dato' Abdul Rahman Palil mendakwa telah menerima SMS dari pemimpin DAP Selangor yang menyatakan hasrat untuk menyertai BN. [Laporan baca SINI]
Dari semakan terhadap senarai kepimpinan DAP Selangor, ada tercatat nama seorang Melayu yang namanya ialah Azman Haji Masri.
Azman sebelum ini adalah ahli PAS Kawasan Sungai Besar. Bila Azman dilantik sebagai salah seorang AJK DAP Selangor, ia telah memeranjat PAS. Malah blog Penyokong PAS, menyifatkan ramai ahli PAS yang urut dada dengan tindakan Azman dan DAP Selangor.
Sementara, blog RBF Online menyifatkan tindakan Azman menyertai DAP adalah manifestasi kekecewaannya yang tidak dilantik sebagai Ketua Kampung. Malah RBF mengandaikan betapa DAP telah mencuri ahli PAS untuk dijadikan pemimpin Melayu dalam organisasi DAP.
ADUN DAP Sekinchan telah melakukan tindakan politik yang dianggap untuk menghalang Azman dari merajuk dan menyertai BN.
Azman telah ditawarkan Ahli Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) dan telah diberi peluang menubuhkan cawangan DAP Kampung Seri Sentosa (majoriti keahlian Melayu) disamping diberi kepercayaan mengetuai cawangan tersebut (foto atas menunjukkan Azman menyerahkan borang keahlian kepada Lim Kit Siang).
Oleh kerana Azman sebelum ini adalah ahli PAS, tentunya sukar untuk menolak bahawa beberapa perkembangan terkini antara PAS dengan DAP, khususnya dalam penggunaan kalimah Allah, telah menyebabkan Azman tawar hati untuk meneruskan perjuangan dalam DAP.
Apatah lagi, dengan kawasan persekitaran luar bandar yang menjadi tempat tinggalnya, maka agak sukar bagi Azman untuk berdepan dengan orang-orang kampung yang menjadi anggota kejirananannya.
Mungkinkah Azman yang dimaksudkan oleh Rahman Palil?