Kenangan Penulis bersama Anwar 1998 |
Salam Jumaat buat semua pengunjung-pengunjung dan penyokong Blog MIK, semoga dapat meluangkan sedikit masa untuk mentelaah kupasan air tangan seorang Blogger menjelang Pilihanraya Umum ke 13 [PRU 13].
Tahun 2013 sudah pasti akan berlangsungnya PRU 13. Berbeza dengan tahun lepas, ramalan demi ramalan dibuat untuk membaca apa yang ada dalam kotak pemikiran YAB Datuk Sri Najib, Perdana Menteri Malaysia. Ada tekaan mengatakan Jun, ada yang meneka selepas Syawal, ada juga yang meneka Najib akan biarkan sehingga penggal terakhir tamat….
Yang pastinya tahun ini PRU 13 akan berlaku, maka berakhirlah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional [BN] yang mendapat mandat pada tanggal 8 Mac 2008. Pada saat dan ketika itu, BN hanya mendapat 140 kerusi Parlimen manakala Pakatan Pembangkang membuat kejutan dengan membariskan seramai 82 Ahli Parlimen untuk masuk ke Dewan Rakyat.
BN bukan sahaja hilang kuasa majoriti 2/3 malah turut kehilangan kuasa memerintah lima [5] negeri iaitu Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan masih gagal mendapatkan kerajaan negeri Kelantan….
Cuma nasib agak malang buat Pakatan Pembangkang apabila mereka terpaksa melepaskan kerajaan negeri Perak setelah 3 orang ADUN bertindak meninggalkan Pakatan dan menjadi wakil rakyat Bebas menyokong BN. Dengan itu, BN kembali berkuasa secara teknikal dan bukannya mandat rakyat dinegeri Perak.
Bahang Tsunami Mac 2008 dilihat masih berterusan, masih menggenggam sokongan rakyat apabila BN semakin longlai dan tewas pada setiap Pilihanraya kecil yang diadakan….
Bermula dengan Permatang Pauh, kemudiannya Parlimen Kuala Terengganu, Parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau kesemuanya disapu bersih oleh calon calon Pakatan Pembangkang. BN hanya berjaya menang di DUN Batang Ai sahaja ketika itu….
Pakatan meneruskan kemenangan di Manek Urai dan Penanti sebelum BN mula meraih kemenangan pertama dengan kepimpinan Perdana Menteri yang baru YAB Datuk Sri Najib menyaksikan BN menang pada PRK DUN Bagan Pinang dalam Parlimen Teluk Kemang.
Bermula dari situ, BN terus mengorak langkah mencipta satu demi satu kemenangan di DUN Galas, Parlimen Hulu Selangor, Parlimen Batu Sapi, DUN Tenang, DUN Kerdau dan DUN Merlimau. BN hanya tewas sekali iaitu Parlimen Sibu…
Kemenangan 7 kali berturut-turut BN diteruskan dengan berjaya memenangi Pilihanraya Negeri Sarawak pada bulan April 2011.
Selesai sudah kita membicarakan mengenai “score card” kedua-duanya iaitu BN dan Pakatan Pembangkang, membuat penilaian mereka menerusi keputusan PRK dan Pilihanraya Negeri Sarawak… Nampaknya seimbang, “balance” diatas kertas.
Namun hakikatnya adalah mengenai sikap porla pengundi sudah ketara dirumuskan bahawa undi kaum cina sudah tidak lagi memihak kepada BN… Semakin pudar, dan mereka secara terang-terang mentafsirkan menerusi kertas undi.
Sebagai contoh, walaupun BN menang di Tenang, namun undi dari pengundi cina di pekan Labis memihak kepada calon Pakatan. Begitu juga kisahnya pada PRK Parlimen Hulu Selangor, kemenangan Yb Kamalanathan tidak mendapat sokongan padu undi cina…
Paling ketara adalah keputusan Pilihanraya Negeri Sarawak, lihat sahaja kemenangan bergaya mana mana calon DAP disana..! Majoriti mereka sangat besar…
Seperti diduga, penyertaan kaum cina menyertai demonstrasi jalanan semakin galak dan ianya dapat dilihat pada Perhimpunan Haram Bersih 3.0 yang diadakan pada 28 April 2012, lihatdisini
Persoalannya sekarang, apakah akan terjadi sekiranya BN tewas pada PRU ke 13 nanti, menyaksikan Datuk Sri Najib menjadi Ketua Pembangkang dan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri yang baru…?
Iya, sudah pasti kita semua mengucap panjang sambil melafazkan “Na’uzubillah Minzalik..” mintak Ya Allah kau jauhkanlah perkara ini berlaku…!
Andaikata Pakatan Pembangkang berjaya memenangi 112 kerusi dan BN hanya mampu menang 110 kerusi Parlimen, maka mimpi ngeri kita menjadi kenyataan….
Dengan berat hati kita akan menyaksikan bertahtalah jawatan Perdana Menteri sepertimana yang selalu diidam-idamkan oleh Anwar Ibrahim selama ini.
Kita jangan lupa pada peristiwa yang pernah berlaku di Pulau Pinang sebaik sahaja Koh Tsu Koon terpaksa serahkan kuasa kerajaan negeri kepada Lim Guan Eng. Maksudnya disini ialah, siapakah tetamu luar negara yang berkunjung ke Pulau Pinang ketika itu…?
Pada bulan Jun 2009, Lee Kuan Yew telah dibawa oleh Guan Eng melihat Pulau Pinang dari pejabatnya sendiri…
Lee Kuan Yew, adalah Menteri Mentor Singapura, beliau juga merupakan mantan Perdana Menteri Singapura dari tahun 1959 sehinnga 1990, suatu tempoh yang sangat lama 31 tahun….
Malah sehingga ke hari ini Kuan Yew boleh dianggap lebih “Supreme” dari segala kuasa kerana jawatannya sebagai Minister Mentor Of Singapore.
Beliau adalah pengasas parti People ‘s Action Party, iaitu sebuah parti tak ubah seperti “ayah” kepada parti DAP. Apabila Singapura dipisahkan dari Malaysia pada tahun 1965, maka kuncu kuncu PAP telah menubuhkan DAP untuk meneruskan agenda mereka di tanahair kita ini.
Berikut adalah petikan daripada Wikipedia mengenai Lee Kuan Yew;
Pada 16 September 1963, Singapura menjadi sebahagian Persekutuan Malaysia. Bagaimanapun, kesatuan ini singkat kerana berhadapan masalah perpaduan.Kerajaan Pusat Malaysia, diperintah oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), yang bimbang dengan kemasukan Singapura kerana majoriti Cina dan cabaran politik PAPdi Malaysia.Lee secara terbuka menentang dasar bumiputera dan melaungkan slogan "Malaysian Malaysia". Slogan ini menentang dominasi bangsa Melayu. Hubungan PAP-UMNO semakin tegang. Beberapa pemimpin UMNO mahu Lee ditangkap di bawah ISA. Jika beliau ditangkap, pro komunis akan lebih berkuasa.Pada tahun 21 Julai 1964 rusuhan kaum berlaku di Kallang Gasworks, di mana 23 orang terbunuh dan ratusan cedera ,Orang Cina dan orang Melayu beramuk.Puncanya sebiji botol dilemparkan kepada satu perarakan Maulidur Rasul
Sudah terpadamkah kemarahan Lee Kuan Yew apabila Singapura disingkirkan dari Malaysia..? Apakah masih ada dendam dilubuk hatinya…?
Bolehkah ditafsirkan kemenangan DAP menawan Pulau Pinang ini dilihat sebagai langkah awal untuk membawa balik Singapura kedalam Malaysia…? Iya, proses seterusnya adalah menawan Putrajaya…!
Mantan Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin pernah menulis betapa curiganya beliau melihat kunjungan Kuan Yew ke pejabat Guan Eng…;
Bagi saya apa saja yang datang dari pemimpin negara pulau itu, tidak pernah jujur terhadap Malaysia. Kuan Yew kekal 'duri dalam daging' bukan saja dalam politik kita tetapi juga seluruh Nusantara Melayu.Kedatangannya secara tergesa-gesa 'melawat' Pulau Pinang dan Kelantan sebaik saja PR melakar kejayaan besar dalam sejarah PRU Malaya/Malaysia pada 2008, sudah cukup memberi gambaran betapa hajat besar Kuan Yew untuk 'menelan' negara ini tidak pernah kunjung padam.Beliau nampak impian besarnya kembali menyemarak apabila parti anak didiknya DAP menguasai Pulau Pinang dan Selangor serta Perak.Mungkin mustahil untuk menakluk secara fizikal, tetapi menguasai politik dan ekonomi sudah cukup meletakkan Malaysia di bawah 'jajahan' mereka yang nyata kian terdesak dengan keluasan pulau yang tidak mampu lagi menampung keghairahan dan impian politik Kuan Yew yang kini diwarisi anaknya, Hsien Loong.
Lihat kembali petikan Wikipedia Lee Kuan Yew yang disiarkan diatas tadi…..
Kuan Yew secara terbuka menentang dasar Bumiputera…, ada rusuhan berlaku di Singapura dipercayai puncanya apabila orang cina baling botol ke arah perakakan Maulidur Rasul…
Di Pulau Pinang sebaik sahaja DAP memerintah, kenyataan pertama Lim Guan Eng ialah mahu menghapuskan Dasar Ekonomi Baru…, Ketua Menteri Pulau Pinang ini juga tidak membenarkan sambutan Maulidur Rasul di Pulau Pinang….
Nampak atau tidak…? Apakah ini berlaku secara kebetulan sahaja atau sememangnya inilah dia sikap chauvanist pimpinan parti DAP dan PAP…?
Kembali kepada persoalan awal tadi…, apakah akan berlaku sekiranya Pakatan Pembangkang berjaya menawan Putrajaya dengan memenangi 112 kerusi dan BN diumumkan tewas setelah hanya berjaya mendapat 110 kerusi pada PRU ke 13…?
JOM kita lihat apa yang tertera dibawah ini….!
Iya inilah dia Perkara 2 Perlembagaan Persekutuan.
Tidak mustahil Anwar Ibrahim yang selama ini menjadi Pak Sanggup “samiqna wa ataqna” kepada apa sahaja kemahuan DAP akan menggunakan Perkara 2 Perlembagaan Persekutuan ini…
Perkara 2 Perlembagaan Persekutuan ialah mengenai – Penerimaan Masuk Wilayah Wilayah Baru ke Dalam Persekutuan
Sangat jelas dalam 2. [a] menerima masuk Negeri negeri lain ke dalam Persekutuan.
Tidak perlu kuasa majoriti 2/3, ianya tidak perlu perkenan DYMM Yang Dipertuan Agong…! Bermakna Anwar, Guan Eng boleh bawa masuk semula Singapura kedalam Persekutuan Malaysia. Berita paling menggembirakan Lee Kuan Yew kerana selesai sudah masalah pembekalan air untuk mereka disana….
Tetapi yang paling gembira adalah kesemua pimpinan DAP kerana dengan kemasukan Singapura ini, bilangan kerusi Parlimen akan bertambah lagi. Di negara Singapura mereka ada 87 kerusi Parlimen, dan hampir 90% adalah wakil PAP.
Bayangkanlah…, sekiranya ada 78 kerusi akan ditambahkan kepada Pakatan maka kesemuanya akan berjumlah 190 kerusi. Secara automatik, Pakatan memiliki 2/3 majoriti kerajaan.
Apa akan jadi pada penggunaan Kalimah Allah…? Masih bolehkah azan berkumandang dimasjid masjid seperti sekarang ini…?
Apakah Pengerusi GLC gergasi seperti Petronas, TNB masih dikalangan bumiputera..??
Siapakah yang akan menjadi Menteri Kewangan, Menteri MITI, Menteri Dalam Negeri, Menteri Pertahanan…??
Apakah ada harapan untuk BN menang semula pada PRU ke 14 nanti…? Mampukah BN kembali bertahta sebagai kerajaan di negara Malaysia…?
Saya sayangkan kerajaan BN yang sedia ada, saya amat yakin dengan kepimpinan serta ketokohan YAB Datuk Sri Najib sebagai Perdana Menteri kita.
Saya tidak sanggup melihat masa depan anak anak dan cucu cicit kita hancur semata mata kita tidak bersungguh-sungguh memastikan BN menang pada PRU ke 13 ini.
Ayuh…! Marilah kita bersama sama membanting tulang, bekerja kuat untuk pastikan Pakatan tidak akan berpeluang menawan kerajaan Putrajaya, kasihanilah segala kerja kuat Najib yang sememangnya mahukan kemenangan buat BN, buat kita semua…
Airmata darah bercampur keringat…, bumi dipijak milik orang. Nenek moyang kaya raya, tergadai seluruh harta benda.
Warisan berkurun lamanya.., hasil mengalir ketangan yang lain, kita kan merintih sendiri…!!
Sekian dahulu, nukilan dari seorang Blogger – Blog MIK
(Penulis adalah antara pengikut awal Gerakan Reformasi 1998 dan pernah memegang jawatan-jawatan utama di peringkat cabang dan negeri KeAdilan (PKR) di Selangor)
4 comments:
Salam tuan. Mohon paut blog kami yang baru ini,
http://parlimensembrongp153.blogspot.com/
Salam perjuangan dan terima kasih.
org melayu kene bersatu...tiada cara lain..
sumbat peliwat dlm penjara, rampas harta dia yg berbilion...
Terima kasih kerana mendedahkan tentang Perkara 2 Perlembagaan Negara.
Saya tak sangka sama sekali (dan saya yakin majoriti orang Melayu juga) bahawa implikasi begitu besar menanti Malaysia jika orang Melayu tersilap percaturan.
Harap para ahli UMNO akan highlight perkara ini setiap hari dan sebarkan seluas-luasnya.
Saya di lahirkan di Singapura. Saya ingin komen sewaktu perarakan Maulidur Rasul dari Padang Esplanade menuju Geylang perarakan melalui Kallang Road. Bila sampai di depan Kallang Gasworks ada deretan kedai dan diwaktu perarakan melalui kedai kopitiam Cina sekumpulan pemuda geng Cina dan India sedang minum arak di tingkat atas loteng kedai. Dari berita yang saya dengar sewaktu saya muda , geng pemuda Cina telah mencabar geng India secara SPONTAN kalau berani lempar botol arak kearah perarakan. Geng pemuda India bila di cabar tanpa berfikir waras disebabkan pengaruh alkohol terus membaling botol arak dan tepat kena peserta perarakan yang mereka sangkakan di lakukan oleh geng pemuda Cina sebab botol arak datang dari kedai kopi Cina. Bayangkan botol yang dibaling adalah botol mengandungi arak dan mencemarkan kesucian perarakan agama dan beberapa peserta Melayu naik berang ingatkan geng pemuda Cina yang lakukan maka terjadi pergaduhan yang amat dasyat sehingga merebak dengan cepat sampai ke Geylang.
Jadi berita mengatakan ianya di mulakan oleh seorang Melayu tidak betul dan tidak masuk akal. Melayu Islam walau dalam keadaan apa pun tidak akan melakukan perkara keji ini apatah lagi dalam hari menyambut Maulidur Rasul.
Berita yang di tuduhkan ke orang Melayu yang mulakan pergaduhan juga tidak masuk akal sebab dalam kemuncak kesibukan mengadakan perarakan dengan peserta semua peringkat tua muda lelaki dan perempuan yang mengambil bahagian dalam perarakan apakah mereka dengan sengaja mencetuskan pergaduhan ini?
Pemerintah Singapura pada waktu itu dengan sewenang wenang nya mengalihkan perhatian dan dengan mudah menuduh bahawa orang Melayu yang mulakan pergaduhan sedangkan hakikat sebenar nya kes ini di adu dombakan oleh geng Cina ke geng India dan akibat nya mencetuskan pergaduhan kaum yang tidak di sangkakan dan menyalahkan Melayu.
Kes ini harus di perbetulkan oleh pihak pengkaji sejarah.
Post a Comment