Saturday, February 9, 2013

G7 Jadi 'Spy' Lembaga Disiplin UMNO Untuk Cegah Cah Keting Dalam PRU13


Presiden UMNO DS Najib telah mengumumkan salah seorang dari G7.

Dalam UMNO, G7 adalah istilah yang digunakan dikalangan mereka bagi merujuk kepada 7 orang ahli UMNO Bahagian yang dipilih dalam Mesyuarat Agong Tahunan Bahagian sebagai perwakilan bahagian berkenaan ke Perhimpunan Agong UMNO Malaysia.

7 orang perwakilan ini adalah tambahan kepada perwakilan automatik yang terdiri dari Ketua, Timbalan, Naib, Ketua-Ketua Sayap dan Setia Usaha Bahagian.

Najib dalam kenyataannya menyebut bahawa salah seorang dari G7 berkenaan akan dilantik sebagai mata dan telinga disamping melaporkan terus kepada Lembaga Disiplin berkenaan sebarang perbuatan sabotaj kepada  parti menjelang proses PRU13, dengan memberi keutamaan kepada dikalangan mereka yang tidak memegang jawatan dalam parti berkenaan.

Baca petikan NST di bawah,


Difahamkan bahawa tindakan disiplin akan diambil kepada mana-mana ahli yang mensabotaj parti semasa proses PRU13 itu berlansung. Langkah ini dilihat lebih baik, kerana dengan tindakan itu mereka yang terlibat dengan unsur-unsur sabotaj, tidak akan punya access kepada rahsia dan gerak kerja parti.

1 comment:

Gossip Rakyat said...

Assalamualaikum tuan. saya telah pun pautkan blog tuan ke blog saya. Mohon linkkan blog saya (eddyjugaks.blogspot.com - Gossip Rakyat) di blog tuan. Terima kasih ;)