Mungkin kurang dari 70 hari kita akan menggunakan hak kita sebagai pengundi. PRU13 kini hanya menunggu masa untuk diumumkan oleh SPR, bergantung kepada pengumuman PM berhubung perkenan Diraja untuk membubarkan parlimen.
Antara perkara yang bakal menjadi sejarah kepada pilihanraya negara ialah kebenaran kepada warga negara Malaysia yang berada di luar negara untuk turut serta dala PRU13.
Yang pasti jika anda saja-saja menggatal di Hatyai kemudian cuba-cuba pula memohon untuk mengundi dari SPR, gerenti permohonan anda ditolak.
Walau apa pun alasan anda, SPR akan menolak permohonan tersebut. Bukan kerana kegatalan anda, tetapi faktor geografi tidak akan membenarkan berbuat demikian. SPR menetapkan syarat berikut kepada pengundi luar negara:-
Bagi maksud untuk memohon kemudahan mengundi melalui pos, warganegara Malaysia yang berada di luar negara perlu memenuhi syarat-syarat seperti yang berikut:Syarat-syarat lain berhubung dengan hak pengundi di luar negara, sila klik SINI.
- mestilah seorang pemilih berdaftar;
- pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia tidak kurang dari 30 hari dalam tempoh 5 tahun sebelum pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa;
SPR telah menetapkan syarat-syarat berkenaan bagi menunjukkan terdapat hubungan yang jelas di antara warganegara Malaysia dengan tanah airnya
- menetap di luar negara KECUALI bagi mereka yang tinggal di Selatan Thailand (wilayah Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun), Singapura, Brunei dan wilayahKalimantan Indonesia tidak layak diberikan kemudahan untuk mengundi melalui pos dan perlu balik mengundi pada hari pengundian dijalankan.
Banyak lagi maklumat terbaru yang disediakan oleh SPR di portal rasminya khusus untuk PRU13 di http://pru13.gov.my/.
No comments:
Post a Comment