Sunday, February 3, 2013

Isu Pemimpin DAP Selangor Bakal Sertai BN - Kemungkinan Besar Ia Adalah Pemimpin Melayu?

Semalam ADUN BN Sementa Dato' Abdul Rahman Palil mendakwa telah menerima SMS dari pemimpin DAP Selangor yang menyatakan hasrat untuk menyertai BN. [Laporan baca SINI]

Dari semakan terhadap senarai kepimpinan DAP Selangor, ada tercatat nama seorang Melayu yang namanya ialah Azman Haji Masri.

Azman sebelum ini adalah ahli PAS Kawasan Sungai Besar. Bila Azman dilantik sebagai salah seorang AJK DAP Selangor, ia telah memeranjat PAS. Malah blog Penyokong PAS, menyifatkan ramai ahli PAS yang urut dada dengan tindakan Azman dan DAP Selangor.

Sementara, blog RBF Online menyifatkan tindakan Azman menyertai DAP adalah manifestasi kekecewaannya yang tidak dilantik sebagai Ketua Kampung. Malah RBF mengandaikan betapa DAP telah mencuri ahli PAS untuk dijadikan pemimpin Melayu dalam organisasi DAP.


ADUN DAP Sekinchan telah melakukan tindakan politik yang dianggap untuk menghalang Azman dari merajuk dan menyertai BN.

Azman telah ditawarkan Ahli Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) dan telah diberi peluang menubuhkan cawangan DAP Kampung Seri Sentosa (majoriti keahlian Melayu) disamping diberi kepercayaan mengetuai cawangan tersebut (foto atas menunjukkan Azman menyerahkan borang keahlian kepada Lim Kit Siang).

Oleh kerana Azman sebelum ini adalah ahli PAS, tentunya sukar untuk menolak bahawa beberapa perkembangan terkini antara PAS dengan DAP, khususnya dalam penggunaan kalimah Allah, telah menyebabkan Azman tawar hati untuk meneruskan perjuangan dalam DAP.

Apatah lagi, dengan kawasan persekitaran luar bandar yang menjadi tempat tinggalnya, maka agak sukar bagi Azman untuk berdepan dengan orang-orang kampung yang menjadi anggota kejirananannya.

Mungkinkah Azman yang dimaksudkan oleh Rahman Palil?

1 comment:

ninja said...

Orang melayu yang menganggotai DAP adalah melayu paling bodoh dan paling bangsat kerana sanggup dilembukan komunis yang tersangat anti Melayu..........