Friday, August 26, 2011

Bloger Pro-PR Semakin Sedar Kelembapan Pakatan Rakyat

Blogger pro-Pakatan Rakyat kini bimbang dengan tindak tanduk pucuk pimpinan mereka yang pada pandangan mereka sendiri, begitu ketinggalan dan lembab berbanding BN.

Berikut diperturukan petikan ulasan Kelab Greenboc:-
Demikian Nazri yang berkepala batu bercakap bagipihak kerajaan yang telah dua kali memuktamadkan keputusan mengenai nisbah wakil panel di dalam jawatankuasa Khas Parlimen. Kali pertama ialah pada pertengahan bulan Ogos: Boleh baca: Nazri Memuktamadkan PSC, Rakyat Boleh Memuktamadkan BERSIH 3.0 Diteruskan

Sedangkan Pakatan Rakyat atau BERSIH belum memuktamadkan sebarang keputusan. Masih bermain-main dengan perkatan "mungkin", "kalau", "jika" dan seumpamanya.

Rentak permainan politik sudah semakin cepat mutakhir ini sedangkan GB lihat PR belum dapat mengikut tempo, masih dengan "dondang sayang" dan terhegeh-hegeh membuat keputusan.

Keputusan muktamad akan dibuat pada Oktober nanti, kata Datuk Seri Anwar, sedangkan pihak BN sudah pun membuat dan menyatakan keputusan muktamadnya sekarang.

GB lihat disinilah kelemahan asas PR. Samada PAS PKR atau DAP. Suka melengah-lengahkan (procrastinate) dan akhirnya melopong sendiri.

Seperti contoh isu gereja. PAS membuat keputusan untuk bertemu dengan dua-dua pihak, JAIS dan pihak gereja. Masa diambil selepas keputusan jawatankuasa tertinggi PAS dibuat dengan surat dibuat oleh Setiasaha Agong mengambil masa sampai seminggu lamanya. Sedang GB sudah berpesansebelumnya. Petikan:

Kita harap ia TIDAK TERLALU LEWAT sebelum isunya berjaya dimanipulasi dan dieksploitasikan musuh.

Sekarang pun dah wujud tanda-tanda besar ianya telah dimanipulasikan sedemikian rupa oleh media massa arus perdana.


Apa yang GB khuatiri menjadi kenyataan akhirnya. Pihak tertentu berjaya menyucuk jarum kepada kedua-dua pihak, JAIS dan GEREJA supaya "menolak" atau "menangguhkan" pertemuan dengan PAS. Akhirnya PAS juga yang melopong!

Keputusan telah dibuat, apa perlu lagi beri ruang untuk syaitan bergerak dicelah-celahan rekahan saf? Tidak perlu lagi terhegeh-hegeh. Inilah kaedah politik semasa, kerana ini era teknologi maklumat, ini zaman serba cepat serba pantas. Ini bukan lagi zaman mesin taip buruk, bukan lagi zaman untuk pak-pak tua jadi politikus, ini bukan lagi zaman bersilat pulut untuk memperbanyakkan bunga sebelum menerpa musuh.

Apabila pimpinan PAS telah buat keputusan untuk menemui JAIS dan Gereja,sepatutnya semua ahli mensyuarat berdiri berbaiah dan terus bergerak ke pejabat kedua-dua pihak. Tanpa lengah tanpa press conference.

GB tak nampak PR boleh berjaya dengan corak permainannya masih tidak berubah. Maaf cakap, kegagalan PR ke Putrajaya dulu adalah disebabkan penyakit PROCRASTINATION ini yang menyebabkan musuh mengambil peluang bertindak dua kali lebih pantas untuk mengatasi perencanaan PR. Dibawa lari wakil rakyatnya ke Jepun. Musnah segala impian PR.

Agaknya pihak pimpinan PR tak baca Art Of War Sun Tzu. Kalau baca pun hanya sebagai bahan penglipur lara bukan untuk menjadi strategist dalam politik semasa.

Tatkala ini pun momentum BERSIH 2.0 dah sejuk. Diperburukkan lagi isu gereja. PR masih lagi begitukah? Rakyat dah mula sangap semula.

GB pesan: Buat keputusan sekarang, kalau tak mahu dipermainkan lagi oleh BN, LANCARKAN BERSIH 3.0 SEGERA!
Seperkara lagi yang buat para blogger pro PR kehilangan kata-kata ialah kenyataan dalam video di bawah,

Thursday, August 25, 2011

Nazir Tun Razak Lebih Rela Najib Tidak Jadi PM?

Foto di atas bukanlah sebarang foto. Sebaliknya, ia membawa erti yang begitu tersirat untuk perhatian bukan sahaja untuk kita semua penyokong BN, rakyat jelata tetapi khusus untuk CEO CIMB Dato' Nazir Tun Razak dan juga PM Dato' Seri Najib Tun Razak.

Foto di atas dipetik dari blog 1 Mai Tomyam. Berselindung disebalik, program tanggungjawab sosial korporat, yang terserlah disebalik yang tersirat ialah pembukaan ruang kepada dua tokoh pembangkang di Petaling Jaya mendapatkan political mileage di premis CIMB.

Entri kali ini adalah sambungan dari yang sebelumnya, SINI.

Cuba perhatikan 3 watak dalam gambar di atas, bermula dengan Freddie Acho Bian, Pengarah Wilayah 2 CIMB yang paling kanan. Dua orang yang paling hampir dengan Freddie (sebelah kanan beliau) ialah masing-masing ADUN Kg Tunku Lau Weng San (DAP) dan MP Kelana Jaya Low Gow-Burne (PKR).

Melalui carian yang dibuat oleh Akar Umbi, maka terjumpa di SINI dan mendedahkan bahawa Freddie Acho Bian merupakan adik kepada Baru Bian, orang kuat PKR Sarawak.

Persoalannya, apakah penyertaan 2 orang wakil rakyat Pakatan Rakyat di premis CIMB sesuatu yang dirancang atau kebetulan?

Kalau Wilayah 2 CIMB melibatkan kawasan-kawasan di Selangor, tidakkah PM yang kebetulan Pengerusi Perhubungan Selangor khuatir dengan transaksi-transaksi perbankan (akaun UMNO kebanyakan ada di cawangan-cawangan CIMB) semasa PRU13 kelak diketahui oleh agen pembangkang berkenaan?

Melainkan Nazir tidak mahu lagi melihat Najib duduk sebagai PM, maka Nazir tidak perlu mengambil sebarang tindakan!

Wednesday, August 24, 2011

Najib Tidak Perlu Terlalu Emosi!


Barangkali zaman sekarang, tanggung jawab politik tidak penting apatah lagi kepada bangsanya sendiri. Yang mustahak kepada pengurusan tertinggi ialah target, KPI dan keuntungan.

Barangkali juga, zaman sekarang bukan masanya untuk beremosi. Negara tergadai atau terjual tidak mengapa, asal diri sendiri dapat hidup senang. Perlu apa untuk kita mempedulikan, apa yang akan berlaku pada masa depan. Yang penting agaknya, kedudukan dan kehidupan kita pada hari ini. Tentang masa depan generasi bangsa dizaman akan datang, agaknya patut mereka sendiri kendalikan.

Sahabat saya blogger MIK, mengajukan persoalan "Apakah maksud sebenar duri dalam daging?" dan memetik artikel dari MyKMU.Net.

Artikel tersebut telah mengkisarkan CIMB Bank Berhad, yang kini adalah antara bank utama di Malaysia dan sedang mempersiapkan langkah mereka untuk menjadi antara bank terbesar di rantau ini.

Menyingkap kembali sejarah kewujudan CIMB hari ini, mungkin ramai yang tidak pernah mendengar nama-nama Ban Chiang Bank (Sarawak) dan Pertanian Baring Sanwa Multinational Bhd.

Pada 1979, Ban Chiang Bank telah dibeli oleh Fleet Group (sayap pelaburan UMNO) dan dinamakan semula sebagai Bank Of Commerce (BOC). Pada tahun 1991, BOC mengambilalih United Asian Bank (UAB) dan keseluruhan cawangan-cawangan UAB diserap menjadi BOC.

Dalam pada itu, sebagai meluaskan sayapnya dalam perbankan saudagar (merchant bank), BOC telah mengambilalih Pertanian Baring Sanwa dan dinamakan semula sebagai Commerce International Merchant Bank (CIMB) pada tahun 1986.

Sejarah keseluruhan CIMB Bank Berhad boleh dibaca di SINI.

Saya ingin menambah satu lagi soalan disamping yang telah diajukan oleh blogger MIK, "apakah teraju yang memimpin CIMB telah lupa sejarah?".

Jangan terperanjat kalau dikatakan bahawa CIMB telah memberi political mileage kepada wakil-wakil rakyat pembangkang. Kalau tak percaya, anda boleh baca di SINI.

Sumber Foto : 1 MAI TOMYAM