Saturday, June 4, 2011

Hadi Awang Bakal Mati Di Pucuk Gara-Gara Piagam Bukit Bintang

Meskipun keseluruhan Piagam Bukit Bintang tidak menjadi kenyataan, namun hakikat penguasaan 4 orang dari 5 tokoh yang disebutkan telah menang dalam pemilihan PAS 2011.

Kecuali Husam Janapala, Mat Sabu, Din Pudu Raya dan Mahfuz Bean telah diduduk ditempat masing-masing. Husam yang dicalonkan oleh kawasan Bukit Bintang akhirnya, memenangi salah satu kerusi Naib Presiden setelah enggan memenuhi tuntutan Piagam Bukit Bintang.

Kedudukan Hadi kelihatan sebagai bakal mati di pucuk dan mungkinkah petanda akan berakhirnya kepimpinan ulama'? Para perwakilan PAS bagai menunggu masa untuk mengucapkan 'Selamat Jalan Ulama'!

Fatwa Dan Pendirian PAS Semakin Tidak Konsisten

Dulu-dulu difatwakan tidak boleh mengundi orang bukan Islam dan kini dicadangkan pula calon pilihanraya dikalangan orang bukan Islam.

Hukum Islam tidak berubah dan yang berubah ialah hukum PAS. Hal ini didorong atas alasan siyasah syariah!

KUALA LUMPUR 4 Jun — Seorang perwakilan Muktamar Tahunan Pas ke-57 hari ini mencadangkan agar parti itu meletakkan penyokong daripada kalangan bukan Islam sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang.

Perwakilan Pas Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, anggota Dewan Himpunan Penyokong Pas yang terdiri daripada masyarakat bukan Islam patut diberi peluang sebagai calon pilihan raya ke-13.

Beliau berkata, langkah itu dapat merealisasikan hasrat pimpinan pusat parti yang sebelum ini pernah menyuarakan keinginan untuk memberi peluang berkenaan selain meningkatkan peranan dewan itu dalam parti.

"Setidak-tidaknya di setiap negeri akan ada seorang anggota Dewan Himpunan Penyokong Pas yang bertanding dalam kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri,” katanya semasa membahaskan ucapan dasar presiden pada Muktamar Pas ke-57, di Taman Melewar hari ini. - Bernama/Utusan

Pasca Pemilihan PAS - Kawalan Ketat Untuk Penyokong Kelantan Dan Terengganu

Selepas orang Terengganu menang tanpa bertanding jawatan Presiden PAS dan kenyataan awal Mursyidul Am yang mengarahkan undi kepada orang Kelantan, kini PDRM Terengganu bersiap-sedia memberi kawalan ketat kepada para penyokong Kelantan dan Terengganu.

Tetapi ini bukan hal politik tetapi hal sukan.

KUALA TERENGGANU 4 Jun — Polis akan mempertingkatkan kawalan keselamatan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini ketika berlangsung perlawanan sengit menentukan juara Liga Super antara Terengganu dan Kelantan, Isnin ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa, berkata seramai 648 pegawai dan anggota polis daripada pelbagai unit termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) akan ditugaskan bagi mengawasi keadaan di luar dan di dalam stadium bagi memastikan tiada kekacauan berlaku.

Katanya, pemeriksaan rapi pada badan dan beg setiap penonton akan dilakukan di pintu masuk stadium bagi mengesan kemungkinan ada penyokong membawa masuk barangan berbahaya seperti senjata atau mercun.

"Saya menyeru penyokong kedua-dua pasukan supaya tidak menimbulkan sebarang provokasi yang boleh mencetuskan ketegangan dan pergaduhan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap penonton yang sengaja mencetuskan kekacauan sebelum, semasa atau selepas perlawanan itu. - Bernama/Utusan

Mazlan Anak Raih Undi Tertinggi & Khalid Samad Atasi Hasan Ali Untuk Kerusi AJK PAS Pusat

Mazlan Anak meraih undi tertinggi untuk kerusi AJK PAS Pusat.

Dalam pada itu, Khalid Samad tersengih-sengih bila mengatasi Dr Hasan Ali untuk kerusi yang sama.

Meski pun Dr Hasan kelihatan bakal terkucil tetapi tetapi melepasi 18 tempat untuk jawatan tersebut.
1) Mazlan Aliman (804)
2) Dr Mohd Hatta Md Ramli (765)
3) Datuk Kamarudin Jaafar (739)
4) Hanipa Maidin (735)
5) Datuk Seri Azizan Abdul Razak (721)
6) Dr Zulkefly Ahmad (702)
7) Dr Mujahid Yusof Rawa (651)
8) Khalid Samad (643)
9) Abdul Ghani shamsuddin (579)
10) Amiruddin Hamzah (576)
11) Abdul Wahid Endut (556)
12) Abu Bakar Chik (527)
13) Datuk Mohd Amar Abdullah (470)
14) Dr Siti Mariah Mahmud (445)
15) Datuk Mahfodz Mohamed (449)
16) Datuk Hassan Ali (437)
17) Abdul Ghani Abd Rahman (430)
18) Nuridah Salleh (416)

Keputusan penuh klik [SINI]

Hadi Awang Terjebak Ke Lubuk - Mat Sabu & Gang Sudah Kacip Dia

Mat Sabu menang Timbalan Presiden Pas. Keputusan seperti berikut
Mohd Sabu 424
Nasharuddin Mat Isa 224
Tuan Ibrahim Tuan Man 398
Nizar Lambai out lagi kali ini dan yang masuk memagari Hadi Awang ialah Salahuddin, Mahfuz dan Husam.

Tahniah kepada yang menang.

Kickdefella Dijejaki LHDN, Husam Dijejaki SPRM?

Pendapatan tahunan yang belum disytiharkan berjumlah RM350,000 dan pengakuan terbuka Kickdefella pastinya mendorong LHDN menjejaki beliau.

Kalau gua memang tak berani beb.

Satu lagi ayat membunuh dari Kickdefella yang boleh menyebabkan Husam dijejaki SPRM ialah:-
"Saya berjumpa orang tengah ini di sebuah hotel dan dia memberitahu dalam akaun'ana' ada RM1 juta duit Datuk (Husam) (yang) baru 'clear' balak. Orang tengah itu kata saya boleh minta apa-apa kalau mahu,"
Baca keseluruhan kisahnya di Badut Rakyat.

Kemenangan YB Siti Zailah Dan Dr Siti Mariah Dicemari


Kemenangan Kumpulan Siti dicemari dengan irama blues.

Dalam perkembangan lain, kalaulah SPR buat seperti Abdul Halim Rahman, tidakkah cara pemilihan ini bakal dipertikaikan?

KUALA LUMPUR 3 Jun — Keputusan rasmi pemilihan jawatan bagi pucuk pimpinan Pas Pusat hanya akan diketahui pada pukul 10 pagi esok, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Datuk Abdul Halim Rahman.

Dalam taklimatnya, beliau berkata, pemilihan akan dilakukan bagi jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan anggota jawatankuasa kerja Pas Pusat bagi sesi 2011-2013.

Bagi jawatan Presiden, penyandangnya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menang tanpa bertanding bagi penggal kelima berturut-turut.

Abdul Halim berkata, proses pengundian yang berlangsung dari pukul 4 petang hingga 7 petang ini, melibatkan 1,077 perwakilan yang berdaftar dan layak mengundi. - Bernama/Utusan

Friday, June 3, 2011

Satu Lagi Taktik Nak Songlap Duit Kerajaan Negeri Selangor!

Sebelum ini UMNO On-Line telah mendedahkan Yayasan Selangor hampir bankrap, kini MB Selangor TS Khalid Ibrahim telah diberikan ilham oleh Pengurus Besar YS Ilham Marzuki, bagaimana cara nak cekau duit.
Khalid Ibrahim pula, menerima kajian dari YS dan seterusnya membuat keputusan untuk meletakkan seluruh tapak semaian dibawah YS.
Alasan Khalid dalam pengalihan tanggungjawab ini ialah,
Apa susah-susah nak bagi alasan? Cakap-cakap saja terang-terang, kalau hasil dimasukkan kedalam akaun PKPS, susah nak tarik keluar sebab ia badan berkanun. Sebaliknya, kalau dimasukkan ke YS, senang nak tarik keluar!

Habis cerita.

Sorry, Aku Tak Perasan Ada Budak PKR Kena Ketuk Ketampi


Sebenarnya aku baru tahu.

Tak berkesempatan membaca blog kengkawan. Kebanyakan posting aku diterbit mengikut schedule, dan terus buat kerja aku tanpa menjengah ke blog yang lain.

Terkejut beb, bila banyak blog laporkan ada budak PKR kena denda ketuk ketampi.

Walau pun realitinya bukan ketuk ketampi, tapi kalau dah kena buat tuntutan maaf 100 kali di twitter tu dah kira kena ketuk ketampilah. Bezanya di zaman moden ni dah tiada penderaan fizikal. Kalau mamat tu di zaman Labu Labi, sure kena ketuk ketampi!

Hadi Tangguh Penubuhan Negara Islam, Tumpu Negara Berkebajikan Atas Dekri Bersama DAP & PKR

Foto : The Star

Sah Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi wang mengisytiharkan penangguhan Negara Islam.

Dalam ucapan dasar Presiden PAS, Hadi memberi komitmen atas persefahaman bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

Kepimpinan Hadi kali ini, lebih menumpukan Negara Berkebajikan dan Islam diletakkan nombor 2. Keutamaan Hadi, ialah asalkan UMNO/BN tidak memerintah.

Kalau dah sama-sama dah sepakat hendak menumbangkan BN, ada ruangkah bagi PAS untuk mencilok dan menegakkan Negara Islam?

Jawapannya, PAS bukan gerakan Islam tetapi satu gerakan politik menggunakan Islam.

Bagi orang Melayu Islam, mana satu yang hendak dipilih antara pemerintah yang bertunjangkan pemimpin Islam dengan pemerintahan yang berasaskan sama rasa sama rata seperti Pakatan Rakyat?

Teng Chang Khim Dabik Dada, DAP Perjuangkan Kenaikan Elaun Guru KAFA Selangor - Cerita Sebenarnya Sila Baca Artikel Ini!!!

Dalam beberapa siri ceramah Pakatan Rakyat Selangor, baik TS Khalid Ibrahim, Dato' Teng Chang Khim mahupun Dr Siti Mariah Mahmud (Timbalan Dewan Muslimat PAS yang baru ditabalkan) senada malah seolah-olah diskripkan membawa cerita guru-guru KAFA telah dinaikkan elaun mereka kepada RM1,300 sebulan.

Memang diakui bahawa elaun guru KAFA telah dinaikkan. Namun begitu, mereka sengaja menyorokkan fakta yang kebanyakan dari rakyat biasa tidak tahu.

Di Selangor, bertaburan sekolah-sekolah rendah agama yang mengajar fardhu ain dan pengajian Al-Quran. Dalam pada itu, ramai yang tidak perasan seolah-olah semua sekolah agama tersebut adalah dibawah bantuan penuh kerajaan negeri.

Sebenarnya, hanya sekolah-sekolah yang pangkal namanya bermula dengan Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) sahaja yang sepenuhnya dibawah bantuan penuh kerajaan negeri Selangor.

Di bawah ialah petikan istilah dalam Perkhidmatan Pendidikan Isalam Negeri Selangor untuk pembaca lebih maklum:-

10. SRA

SRA merupakan singkatan Sekolah Rendah Agama. SRA ditadbir sepenuhnya oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor melalui Bahagian Pendidikan Islam. Guru Besarnya adalah terdiri daripada PPPLD DGA 32 dan PPPLD DGA 29. Badan bukan kerajaan yang berfungsi di SRA ialah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) .

11. SRAI

SRAI merupakan singkatan Sekolah Rendah Agama Integrasi . SRAI ditadbir sepenuhnya oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor melalui Bahagian Pendidikan Islam dan mula beroperasi pada tahun 2000. Guru Besarnya adalah terdiri daripada PPPLD DGA 32 dan PPPLD DGA 29. Badan bukan kerajaan yang berfungsi di SRAI ialah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) . SRAI menggabungkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Pendidikan Islam JAIS yang beroperasi mulai jam 7.30 pagi hingga jam 5.30 petang.

12. KAFAI

KAFAI merupakan singkatan Kelas Al Quran dan Fardhu Ain Integrasi . Sekolah ini pada asasnya merupakan Sekolah Agama Rakyat dan ditukar kepada KAFAI sebagai penyelarasan untuk bantuan perkapita dari pihak JAKIM dan memenuhi keperluan peraturan-peraturan Sekolah-Sekolah Islam 1998 pindaan 2001. KAFAI tidak ditadbir oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor. Pihak Jabatan hanya menyediakan tenaga pengajar berdasarkan permohonan di samping melantik ketua guru untuk menguruskan sekolah. KAFAI adalah di bawah tanggungjawab Jawatankuasa Pembangunan KAFA atau Lembaga Pengelola KAFA berkenaan. KAFAI dipengerusikan oleh individu yang dilantik dari kalangan ibubapa/penjaga atau individu lain yang dilantik sebagai ketua taman jika KAFAI berkenaan ditubuhkan di taman perumahan dan KAFAI dipengerusikan oleh Nazir Masjid atau mana-mana jawatan tertinggi di masjid jika dibina di kawasan masjid.


Keseluruhan istilah boleh rujuk di SINI.

Di mana-mana ceramah Pakatan Rakyat tidak pernah pun menyebut adanya bantuan dari kerajaan persekutuan dalam menampung kekurangan SRA dan SRAI di seluruh Selangor, melalui penubuhan KAFAI. Tanpa wujudnya KAFAI melalui bantuan kerajaaan persekutuan, mampukah Selangor menyediakan SRA dan SRAI yang mencukupi demi keperluannya di seluruh negeri?

Berbalik kepada hal elaun guru KAFA, sebenar di KAFAI dulu peruntukannya adalah 50:50 iaitu dari Kerajaan Negeri dan JAKIM dan elaun asal berjumlah RM1,000. Berkuatkuasa 1 Januari 2011 dan melalui Bajet 2011 yang diumumkan oleh PM di Dewan Rakyat, di KAFAI yang elaun guru KAFA adalah dalam kedudukan RM500 ditampung oleh Kerajaan Negeri dan RM800 oleh JAKIM, lalu membentuk jumlah RM1,300, iaitu kenaikan RM300.

Apabila berlaku kenaikan elaun guru di KAFAI, maka dalam keadaan suka atau tidak, kerajaan negeri Selangor dengan berlagaknya di sidang DUN awal tahun 2011 telah meluluskan kenaikan guru-guru KAFA di SRA selaras dengan kenaikan elaun di KAFAI menjadi RM1,300. Bagi tujuan menunjuk-nujuk kepada rakyat maka telah diarahkan ADUN DAP Sekinchan Ng Sue Lim untuk mengusulkan di sidang DUN kenaikan kepada RM1,300 untuk guru-guru KAFA di sekolah milik penuh kerajaan negeri.

Persoalannya, apakah kalau PM tidak menaikkan RM300 untuk guru-guru di KAFAI maka elaun guru-guru SRA juga akan naik? Disamping itu, jika bantuan sebanyak RM800 tidak disumbangkan oleh JAKIM bagi setiap guru, bermakna elaun guru di KAFAI cuma di paras RM500.

Sekarang ini, Teng Chang Khim menjaja cerita ke sana-sini, kononnya Ng Sue Limlah yang mencadangkan kenaikan elaun guru KAFA di Selangor. Habis tu Dr Hasan Ali, Dr Halimah Ali, Iskandar Samad dan lain-lain lagi tu tunggulkah?

Tali Pinggang Keledar Belakang Percuma? Cepat Pasang Sebelum Penguatkuasaan 1 Jan 2012

Saya sendiri tidak sedar adanya tawaran pemasangan tali pinggang keledar belakang percuma dari Proton dan Perodua.

Sempatkah untuk memasang tali pinggang menjelang penguatkuasaan pada 1 Januari 2012. Kebetulan saya mempunyai sebuah Perodua Kancil model 2000, saya amat berharap PRU13 bakal berlangsung awal tahun depan. Kot-kot boleh dapat lanjutan penguatkuasaan 6 bulan berikutnya.

SEREMBAN: Some 451,000 owners of Proton and Perodua cars have yet to fix rear seat belts for their vehicles, although they have less than six months to do so.

"We are not going to allow any extensions after this as we have given them three-year grace period," Road Safety Department director-generalDatuk Suret Singh said after launching a Road Safety campaign here.

The rear seat belt requirement is compulsory for cars registered from Jan 1, 1995 onwards.

Although the Government had given Proton and Peroduo owners a grace period of three years from Jan 1, 2009 to have the rear safety belts fixed for free, only some 191,000 have taken up the offer.

Suret it was unfortunate they have yet to do so despite efforts by the Government to allow them to have it installed for free.

This is also despite repeated warnings that rear seat passengers caught not wearing a seat belt from Jan 1 next year will be slapped with a RM300 fine.

The Government had asked Proton and Perodua to install the seat belts for free before the law was enforced.

He said these car owners will have to get the rear seat belts fixed themselves if they did not take up the offer by Dec 31, and this could cost between RM50 and RM300 depending on the model.

Suret said studies have also shown that those wearing seat belts faced a 50% less risk of injuries or deaths in an accident against those who don't. [The Star]

Muktamar PAS 2011 Bakal Terakhir Bagi Hadi Awang & Nik Aziz

Bagi Presiden dan Mursyidul Am PAS mungkin sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada kerusi masing-masing, dalam pemilihan yang akan datang.

Logiknya adalah fakta umur.

Namun dengan kemenangan Nik Abduh Nik Aziz sebagai Timbalan Ketua Dewan Pemuda dan kejayaan tempat ke7 oleh Mohd Khalil Abdul Hadi untuk kerusi AJK maka bapa masing-masing boleh tersenyum lebar.

Tahniah kepada Nik Abduh dan Mohd Khalil. Bertuah kamu berdua kerana orang PAS tidak cop kamu sebagai kronisme!

Thursday, June 2, 2011

KJ Bedal Pemimpin UMNO Takut Berdebat Dengan Pemimpin Pembangkang?


Menarik hujah-hujah penggulungan ketiga-tiga ahli panel yang terdiri dari Khairy Jamaludin, Nasruddin At-Tantawi dan Dr Asri.

Namun begitu, adalah tidak wajar bagi KJ untuk membedal generasi lama seolah-olah dilabelkan sebagai menolak percambahan ilmu. Percambahan ilmu dalam UMNO sebenarnya, berlaku proses demi proses dan bukannya turun sekali gus.

KJ nampak terarah untuk menggunakan kaedah berdebat, malah mengatakan sukar bagi pemimpin-pemimpin UMNO untuk berdebat dengan pemimpin-pemimpin PAS. Sebenarnya, berbeza antara debat dan wacana. Kalau setakat, wacana dalam dewan tetutup mungkin keadaan lebih terkawal, namun jika diadakan di dewan yang lebih besar atau pun tempat terbuka maka 'boo'lah yang sering kedengaran berbanding diam.

Bagi pemimpin terdahulu, mereka berpandangan bahawa debat hanya membuang masa kerana masing-masing pihak menganggap pandangan mereka sahajalah betul.

Dalam pada itu, bolehkah impian Nasruddin At-Tantawi terhadap perlaksanaan syariah Islam jika masih bersekongkol dengan DAP dan PKR? PAS sebenarnya bukan parti yang muda, sebaliknya telah menjangkau 60 tahun. Jika dari setiap generasi, proses tarbiyah baru hendak bermula, maka impian Nasruddin amat sukar untuk dicapai.

Dewan Ulama' PAS Dodoikan Anwar Untuk Lena Yang Panjang

Anwar sudah boleh tidur lena kot?


Bagi PAS, apa yang tak baik semua BN, maka termasuklah hal-hal moral generasi muda juga dikaitkan dengan BN.

Kalau baik sangat Pakatan Rakyat, mengapa timbul petisyen Khalid Samad yang membantah Konsert MTV World Stage di Shah Alam?

Pengarah Urusan UDA Holdings Letak Jawatan


Perletakan jawatan Pengarah Urusan UDA Holdings menjadi tanya, malah menjadikan keadaan semakin berserabut.

Adakah ada kaitan dengan perkara INI?

KUALA LUMPUR 1 Jun – UDA Holdings Bhd. (UDA) yang sedang menerima ‘serangan’ bertubi-tubi daripada pelbagai pihak, hari ini digemparkan pula dengan peletakan jawatan Pengarah Urusannya, Datuk Jaafar Abu Hassan selepas enam tahun menerajui agensi itu. [Utusan Malaysia]

Isu Penjualan Tanah UDA Di Jalan Sultan Ismail: Mutiara Goodyear Syarikat Bumiputera Atau Mamak?

"Selain itu, pihak UDA Holdings juga sudah menjalankan kajian terhadap syarikat Mutiara Goodyear Bhd, dan mendapati statusnya adalah sebagai sebuah syarikat bumiputera,” - Nur Jazlan Mohamed
Berikut adalah hasil dari carian yang telah dibuat oleh Akar Umbi untuk tatapan pembaca.


A PARTNERSHIP FOR SUCCESS
Mutiara Goodyear Development Berhad came into being as a result of a joint partnership between Goodyear Management Group and Harun Faudzar Group, following a series of acquisitions and joint ventures.

Our history began with the corporatization of Pembangunan Bandar Mutiara Sdn Bhd (PBMSB), which served to create the foundation of present day Mutiara as well as act as a springboard for future expansion.

Back in the 1990s, PBMSB targeted MIT Holdings Berhad as a potential take-over for its property development activities. In 1996, a restructuring of the company saw to it that PBMSB's property projects were injected into MIT Holdings Berhad and became part of its business activities.

In May 2001, the Securities Commission approved the final restructuring proposal and transfer of the listing status of MIT Holdings Berhad from the Bumiputera Stock Exchange to the Main Board of Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE).

KOMEN AKAR UMBI : TAK ADA KOMEN SEBAB TAK KENAL MEREKA YANG DISEBUT NAMANYA DALAM HASIL CARIAN TERSEBUT DAN TAK TAHU APA ITU BISNES & POLITIK!

Penangan Timun Eropah Boleh Menyebabkan Ceret Beret Berdarah!

German authorities have warned consumers to avoid eating cucumbers, lettuces and tomatoes and have ordered some products removed from store shelves. [The Star]
Eropah sendiri pun sudah tidak yakin dengan timunnya sendiri. Kini mereka disaran menjauhi dari memakan timun.

Dalam perkembangan yang sama, Ketua Pengarah Kesihatan menasihatkan mereka yang pernah ke Eropah bermula 1 Mei 2011 dan mempunyai simptom ceret-beret berdarah supaya mendapatkan pemeriksaan perubatan di pusat keihatan yang berdekatan.

Dahsyat sungguh penangan timun Eropah, hingga boleh mengakibatkan ceret beret berdarah!

Wednesday, June 1, 2011

Dewan Pemuda PAS Akan Anugerah Khalid Ibrahim Sebagai "Bapa Hiburan Selangor"


Sudah dijangka, Kerajaan Negeri Selangor tidak akan tunduk dengan tuntutan Dewan Pemuda PAS Selangor agar Konsert MTV World Stage dibatalkan.

MB Selangor dalam kenyataannya bahawa kerajaaan tetap dengan pendirian untuk meneruskan konsert yang telah dirancang awal tersebut.

Pemuda PAS harus berikan gelaran kepada Khalid Ibrahim sebagai "Bapa Hiburan Selangor"!

Konsert MTV World Stage diteruskan

01/06/2011 8:42pm

SHAH ALAM 1 Jun — Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tiada sebarang masalah berhubung penganjuran Konsert MTV World Stage di i-City di sini, pada 24 Julai, kerana kelulusan mengenainya telah dibuat sejak awal tahun lepas.

Beliau berkata, konsert itu akan diadakan di ruang yang memang dikhaskan untuk aktiviti antarabangsa dalam usaha untuk mempromosikan Shah Alam di pentas dunia.

"Pihak penganjur dan i-City sendiri memberikan jaminan konsert itu akan diadakan dalam suasana terkawal tanpa alkohol, dadah dan rokok selain pemakaian artis yang beradab,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri Selangor, di sini hari ini. - Bernama/Utusan

Din Pudu Raya dan Mahfuz Sebok Berkempen Hingga Tak Perasan RHB Bank Bakal Diambil Alih




Sebelum ini samada CIMB Bank mahupun Maybank menafikan kemungkinan penggabungan atau pengambil alihan RHB Capital Berhad, syarikat induk RBH Bank Bhd.

Malah mengikut sumber dalaman CIMB sendiri, pengurusan tertinggi mereka pernah menafikan keinginan mereka untuk samada bergabung mahu pun mengambil alih RHB. Sebaliknya, CIMB lebih fokus kepada pembesaran di peringkat rantau berbanding di dalam negara. Namun, rasanya itu adalah dalih untuk mengelakkan spekulasi semata-mata.

Namun dengan tawaran pelupusan 25% pegangan Abu Dhabi Commercial Bank didalam RHB Capital dan lampu hijau dari BNM kepada CIMB dan Maybank, maka penafian awal nampaknya tidak dapat diterima lagi.

Ditambah pula dengan kenyataan positif Khazanah Holdings Bhd [klik SINI] yang menguasai 28.6% dalam CIMB dengan sendirinya menunjukkan kemungkinan persaingan diantara CIMB dan Maybank dalam tawaran tersebut.
Adalah difahamkan penggabungan salah sebuah dari CIMB dan Maybank akan membentuk salah sebuah bank yang terbesar dari segi saiz aset di rantau ini. Malah difahamkan juga bahawa jika Maybank berjaya, mereka akan memintas DBS sebagai bank terbesar dalam nilai pasaran.

Sementara itu, CIMB juga tidak harus melepaskan peluang untuk mengambilalih kedudukan teratas Maybank dari segi saiz aset dalam carta bank-bank tempatan. [klik SINI]

Kemungkinan campurtangan kerajaan juga tidak dapat ditolak, memandangkan 45% pegangan RHB Capital dikuasai oleh EPF, sementara Maybank pula dikuasai oleh PNB dan CIMB mempunyai pengaruh Khazanah Holdings.

Dalam pada itu, kita tunggu komen pakar perbankan PAS Salahuddin Ayob dan pakar ekonomi PAS Mahfuz Omar terhadap exercise ini. Kesebokan mereka dalam pemilihan Naib Presiden PAS mendorong mereka terlepas pandang dalam hal ini (barangkali?).

Begitu juga, kita tunggu komen Penasihat Ekonomi RM1 Selangor atau pun jurucakap ekonomi PKR Rafizi Ramli.

Mampukah Muktamar PAS 2011 Membuktikan Mereka Bukan Kuda Tunggangan PKR & DAP?

Berikut disiarkan e-mel dari seorang insan yang mengharapkan PAS dapat memintas PKR dan DAP, sebagai imam dalam jamaah Pakatan Rakyat:-


Muktamar Pas ke-57 akan membuka tirainya bersamaan dengan hari pembukaan Rejab 1432H. Bagi ahli mahupun penyokong PAS semuanya bertumpu ke Markaz Tarbiah PAS Taman Melewar untuk mendengar, berbahas, menerima amanat dan memilih pucuk pimpinan. Taman Melewar yang kembali menjadi tuan rumah persidangan kali ini seakan ada nostalgia yang ingin dibangkitkan dari perjuangan panjang PAS dalam sejarah politik tanahair. Mesti ada sesuatu yang istimewa kenapa Taman Melewar dipilih. Tentunya soalan ini akan terjawab pada 3-5 Jun 2011.

Kehangatan Muktamar PAS kali ini sudah pasti tertumpu kepada pemilihan pucuk pimpinan PAS dan ucapan dasar Presiden. Seperti lazimnya Presiden akan meletakkan semula landasan PAS untuk tempoh satu tahun yang akan datang atau lebih tepat sehingga PRU 13. Tidak dapat tidak, Dato’ Seri Presiden hendaklah memberi amanat yang jelas tentang halatuju semasa politik PAS sekaligus menjawab pelbagai keresahan rakyat terhadap isu-isu politik yang sedang melanda politik Malaysia akhir-akhir ini.

Sebagai parti orang Melayu dan Islam, sudah tentu muktamar ini amat signifikan bagi politik orang Melayu. Sejauh manakah kebersediaan PAS dalam Pakatan Rakyat? Ucapan dasar Presiden PAS hendaklah menjelaskan perkara tersebut. Adakah PAS mahu sekadar terus mengekori PKR dan DAP atau berani menawarkan peranan kepimpinan yang lebih besar dalam PR menjelang pilihanraya ke-13, yang boleh diadakan bila-bila masa dalam 24 bulan yang akan datang.

Penyokong PR kecewa kerana prestasi kepimpinan Ketua Umum PKR jatuh merudum, sesuatu yang tidak boleh dinafikan. Kegagalan untuk mengambil aleh tampuk pemerintahan yang dilaungkan oleh beliau akan beres tibanya tanggal 16 September 2008, kejatuhan PR di Perak, 14 Adun/Ahli Parlimen keluar PR, perpecahan anggota PKR sejak pemilihan parti dan tentu paling sukar adalah isu moral di samping kes sodomi Saiful Bukhari yang sedang berjalan. Samada Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersalah atau tidak, biarlah mahkamah dan teknologi memutuskan tetapi persepsi negatif terhadap kepimpinan beliau telah menular.

Implikasi video seks yang didakwa membabitkan beliau mesti ditangani. Yang nyata, orang Melayu berpecah penerimaannya. Sebahagian percaya dan sebahagian lagi sebaliknya. Untuk Anwar keluar dari isu video seks ini sudah tentu menuntut masa panjang melainkan beliau benar-benar berjaya membuktikan secara objektif dan muktamad yang video itu palsu sama sekali.

24 bulan bukanlah tempoh panjang untuk membuat persiapan pilihanraya. Perlu diakui bahawa UMNO dan BN bukanlah tunggul kayu. Pilihanraya Sarawak baru-baru ini membuktikan bahawa masih banyak yang diperlukan oleh PR jika benar-benar mahu mengalahkan BN. PR mesti bergerak sebagai gabungan politik yang benar-benar mantap. Justeru, sebagai sebuah parti yang berusia 60 tahun berbekalkan rekod kesetiaan wakil-wakil rakyat dari PAS serta kebolehan mentadbir di Kelantan dan Kedah, maka tidakkah PAS berani untuk meminta ruang memimpin, dengan peranan yang lebih besar menjelang PRU 13? Sekaligus PAS membuktikan hubungan dengan PKR dan DAP bukan sebagai kuda tunggangan tetapi sekutu rapat yang diyakini oleh semua kaum.

Rakyat mual dengan dengan persekitaran politik yang sedia ada. Mereka mahu perubahan. Rakyat Malaysia tak kira bangsa dan agama menaruh harapan besar kepada PAS untuk mencana dan memimpin perubahan. PAS tidak harus menghampakan harapan rakyat dan wajib memimpin mereka ke arah perubahan.

Akhir kata, “Selamat Bersidang” kepada semua peserta muktamar.


Abdul Aziz Anon
31 Mei 2011

Mana Satu Yang Bakal Dipilih Hata Wahari? Berpolitik, Jual Nasi Lemak Atau Petition Writer?

Hata Wahari kini bukan lagi wartawan dan bukan lagi Presiden NUJ. Bagi dirinya, dia adalah orang perjuangan. Kini dia sedang menimbangkan untuk berpolitik. [Baca SINI]

Sebelum ini, tersenyum girang Hata Wahari mempersenda Utusan Malaysia yang pernah menjadi majikannya. Walhal, di Utusanlah ia memperolehi rezeki dari Allah s.w.t.

Persendaan dan ketawa lebar Hata, secara langsung menonjolkan sikap takaburnya pada rezeki Allah, iaitu nasi lemak yang dibungkus dengan akhbar Utusan Malaysia.

Kalau rezekinya ditarik oleh Allah s.w.t kemungkinan dia akan terus-terusan menjamah nasi lemak bungkus.

Selain berpolitik, Hata boleh memilih untuk menjual nasi lemak di Jalan Chan Sow Lin.

Atau, Hata boleh juga memilih untuk menjadi wartawan bebas dengan membuka meja di Jalan Chan Sow Lin kerana kerjaya petition writer sudah semakin pupus. Sebagai seorang yang berpengalaman, mungkin artikelnya laris untuk siaran dikebanyakan akhbar di negara ini.

Ini bukan bertujuan untuk menghina Hata. Sebaliknya, atas gara-gara ketakburan dirinya sendiri, yang hilang jawatan dalam kerjaya dan juga kesatuan yang dianggotainya.

Jika Anda Wanita Lewat 50an, Mulai Hari Ini Jangan Makan Timun

Jika anda seorang wanita dan telah melewati umur 50, berhati-hatilah dan jauhi dari memakan timun. Di Eropah bakteria E.coli merebak melalui timun dan telah menyebabkan kematian.

STOCKHOLM 31 Mei - Wanita berusia 50-an yang dijangkiti bakteria E.coli di Jerman meninggal dunia ketika menerima rawatan di sebuah hospital di Sweden hari ini.

Wanita berkenaan menjadi mangsa pertama meninggal dunia di luar Jerman selepas dijangkiti bakteria yang terdapat pada sayur timun. - AFP/Utusan

Tuesday, May 31, 2011

Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor Akan Berunding Dengan Hishamuddin?

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor dalam suatu kenyataannya, dengan tegas membantah Konsert "MTV World Stage Live In Malaysia 2011".

Ketuanya, Hasbullah Ridzwan dukacita dengan kelulusan yang diberikan oleh Dato' Bandar Shah Alam dan meminta MB Selangor dan Jemaah Exco mengambil tanggung jawab terhadap usaha mencalarkan imej Selangor. [Malaysia Today]

Komen Akar Umbi : Jika Hasbullah Ridzwan benar mahu menghalang konsert tersebut, apakata kalau Hasbullah mencadangkan kepada Menteri KDN agar menguatkuasakan peraturan imigresyen, bagi menghalang kemasukan artis-artis luar berkenaan. Gerenti dipersetujui kot?

Hata Hawari Hilang Semua Lantaran Mencacai Bagi Pihak Pakatan Rakyat

The Malaysian Insider melaporkan Hata Wahari telah meletakkan jawatan sebagai Presiden NUJ. [Laporan SINI]

Mungkinkah, apabila dipecat Hata tidak mendapat tawaran dari mana-mana akhbar, maka dengan sendirinya status beliau sebagai wartawan gugur?

Dalam masa yang sama manakah Utusan Rakyat yang kononnya akan diterbitkan?

Kesian Hata, tersingkir tanpa satu pun akhbar sudi untuk mengambilnya bekerja. Ternyata silap Hata juga, majikan sepatutnya menjadi rakan dan bukannya musuh. Kalau asyik menyerang majikan, masakan dapat membantu majikan meluaskan perniagaannya.

Mahkamah Telah Sahkan Pakatan Rakyat Gila Kuasa

Apabila dikatakan Pakatan Rakyat gila kuasa, maka melentinglah pemimpin-pemimpinnya. Kini, melalui keputusan mahkamah, secara langsung mengesahkan wujud tindakan diluar batasan bidang kuasa (ultra vires) di pihak mereka.

SHAH ALAM 31 Mei — Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa saman yang memerintahkan peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun hadir pada perbicaraan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan (JKHK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor untuk menjawab tuduhan menghina Dewan adalah terbatal kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Hakim Datuk Zaleha Yusof juga memutuskan saman yang diterima Mohd Hafarizam pada 12 April lepas adalah ultra vires (melanggari batasan undang-undang) dan bercanggah dengan undang-undang. - [Bernama/Utusan]

Persaingan Jawatan Utama Dewan Muslimat PAS Pusat - Percubaan Rampas Kuasa Oleh Wakil-Wakil Rakyat?

Menariknya pertembungan jawatan-jawatan utama yang melibat Ketua dan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, seolah-olah suatu percubaan mereka yang bergelar YB untuk menyingkirkan mereka yang bukan YB.

Bagi jawatan Ketua DMPP, penyandang jawatan Nuridah Mohd Salleh akan ditentang oleh Timbalannya sendiri, MP Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusoff.

Sementara bagi jawatan Timbalan Ketua, Wan Hasrina Wan Hasan akan bersaing dengan MP Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud. Seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena antara Wan Hasrina dengan Dr Mariah kerana kedua-dua dari Selangor. Tambahan pula, Wan Hasarina ialah Ketua Dewan Muslimat Selangor dan penyertaan Dr Mariah seolah-olah mendedahkan ada yang tidak kena dalam Dewan Muslimat Selangor.

Bila Menang Banyak Kerusi Masing-Masing Umpama 'Star'

Dalam satu program JELAS - Tawan Malaysia Pakatan Rakyat Selangor, saya lihat pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mungkin menganggap diri masing-masing bagai 'star'.

Agaknya, masing hendak berucap yang terakhir maka ketiga-tiga pemidato utama iaitu Speaker DUN Selangor Dato' Teng Chang Khim, MP Lembah Pantai Nurul Izzah dan MP Shah Alam Khalid Samad hadir selang 3 minit (anggaran), selepas jam telah melewati 11.10 malam.

Protokol pun main langgar. Meskipun saya semula jadinya membenci Teng Chang Khim, namun dari segi protokolnya, beliau telah dinafikan protokolnya sebagai orang no.3 dalam Selangor, selepas DYMM Sultan Selangor dan MB Selangor.

Sebaliknya, meskipun majlis berlangsung dalam negeri Selangor, Teng Chang Khim telah dilanggari kerana berucap dahulu daripada Nurul Izzah. Nampak sangat kedudukan Teng Chang Khim tidak dihormati.

Mungkin ada baiknya juga apabila masing-masing datang lewat dan akhirnya berucaplah mereka untuk tempoh lebih kurang 10 minit untuk setiap pemidato.

Harap-harap diteruskan perangai yang sebegitu supaya semakin mudah kerja-kerja BN!