Menarik hujah-hujah penggulungan ketiga-tiga ahli panel yang terdiri dari Khairy Jamaludin, Nasruddin At-Tantawi dan Dr Asri.
Namun begitu, adalah tidak wajar bagi KJ untuk membedal generasi lama seolah-olah dilabelkan sebagai menolak percambahan ilmu. Percambahan ilmu dalam UMNO sebenarnya, berlaku proses demi proses dan bukannya turun sekali gus.
KJ nampak terarah untuk menggunakan kaedah berdebat, malah mengatakan sukar bagi pemimpin-pemimpin UMNO untuk berdebat dengan pemimpin-pemimpin PAS. Sebenarnya, berbeza antara debat dan wacana. Kalau setakat, wacana dalam dewan tetutup mungkin keadaan lebih terkawal, namun jika diadakan di dewan yang lebih besar atau pun tempat terbuka maka 'boo'lah yang sering kedengaran berbanding diam.
Bagi pemimpin terdahulu, mereka berpandangan bahawa debat hanya membuang masa kerana masing-masing pihak menganggap pandangan mereka sahajalah betul.
Dalam pada itu, bolehkah impian Nasruddin At-Tantawi terhadap perlaksanaan syariah Islam jika masih bersekongkol dengan DAP dan PKR? PAS sebenarnya bukan parti yang muda, sebaliknya telah menjangkau 60 tahun. Jika dari setiap generasi, proses tarbiyah baru hendak bermula, maka impian Nasruddin amat sukar untuk dicapai.
No comments:
Post a Comment