Sebelum ini samada CIMB Bank mahupun Maybank menafikan kemungkinan penggabungan atau pengambil alihan RHB Capital Berhad, syarikat induk RBH Bank Bhd.
Malah mengikut sumber dalaman CIMB sendiri, pengurusan tertinggi mereka pernah menafikan keinginan mereka untuk samada bergabung mahu pun mengambil alih RHB. Sebaliknya, CIMB lebih fokus kepada pembesaran di peringkat rantau berbanding di dalam negara. Namun, rasanya itu adalah dalih untuk mengelakkan spekulasi semata-mata.
Namun dengan tawaran pelupusan 25% pegangan Abu Dhabi Commercial Bank didalam RHB Capital dan lampu hijau dari BNM kepada CIMB dan Maybank, maka penafian awal nampaknya tidak dapat diterima lagi.
Ditambah pula dengan kenyataan positif Khazanah Holdings Bhd [klik SINI] yang menguasai 28.6% dalam CIMB dengan sendirinya menunjukkan kemungkinan persaingan diantara CIMB dan Maybank dalam tawaran tersebut.
Adalah difahamkan penggabungan salah sebuah dari CIMB dan Maybank akan membentuk salah sebuah bank yang terbesar dari segi saiz aset di rantau ini. Malah difahamkan juga bahawa jika Maybank berjaya, mereka akan memintas DBS sebagai bank terbesar dalam nilai pasaran.
Sementara itu, CIMB juga tidak harus melepaskan peluang untuk mengambilalih kedudukan teratas Maybank dari segi saiz aset dalam carta bank-bank tempatan. [klik SINI]
Kemungkinan campurtangan kerajaan juga tidak dapat ditolak, memandangkan 45% pegangan RHB Capital dikuasai oleh EPF, sementara Maybank pula dikuasai oleh PNB dan CIMB mempunyai pengaruh Khazanah Holdings.
Dalam pada itu, kita tunggu komen pakar perbankan PAS Salahuddin Ayob dan pakar ekonomi PAS Mahfuz Omar terhadap exercise ini. Kesebokan mereka dalam pemilihan Naib Presiden PAS mendorong mereka terlepas pandang dalam hal ini (barangkali?).
Begitu juga, kita tunggu komen Penasihat Ekonomi RM1 Selangor atau pun jurucakap ekonomi PKR Rafizi Ramli.
1 comment:
ha..ha..ha..
3 eko tu pakar taik kucing..
Post a Comment