Tuesday, May 31, 2011

Bila Menang Banyak Kerusi Masing-Masing Umpama 'Star'

Dalam satu program JELAS - Tawan Malaysia Pakatan Rakyat Selangor, saya lihat pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mungkin menganggap diri masing-masing bagai 'star'.

Agaknya, masing hendak berucap yang terakhir maka ketiga-tiga pemidato utama iaitu Speaker DUN Selangor Dato' Teng Chang Khim, MP Lembah Pantai Nurul Izzah dan MP Shah Alam Khalid Samad hadir selang 3 minit (anggaran), selepas jam telah melewati 11.10 malam.

Protokol pun main langgar. Meskipun saya semula jadinya membenci Teng Chang Khim, namun dari segi protokolnya, beliau telah dinafikan protokolnya sebagai orang no.3 dalam Selangor, selepas DYMM Sultan Selangor dan MB Selangor.

Sebaliknya, meskipun majlis berlangsung dalam negeri Selangor, Teng Chang Khim telah dilanggari kerana berucap dahulu daripada Nurul Izzah. Nampak sangat kedudukan Teng Chang Khim tidak dihormati.

Mungkin ada baiknya juga apabila masing-masing datang lewat dan akhirnya berucaplah mereka untuk tempoh lebih kurang 10 minit untuk setiap pemidato.

Harap-harap diteruskan perangai yang sebegitu supaya semakin mudah kerja-kerja BN!

No comments: