Friday, June 3, 2011

Teng Chang Khim Dabik Dada, DAP Perjuangkan Kenaikan Elaun Guru KAFA Selangor - Cerita Sebenarnya Sila Baca Artikel Ini!!!

Dalam beberapa siri ceramah Pakatan Rakyat Selangor, baik TS Khalid Ibrahim, Dato' Teng Chang Khim mahupun Dr Siti Mariah Mahmud (Timbalan Dewan Muslimat PAS yang baru ditabalkan) senada malah seolah-olah diskripkan membawa cerita guru-guru KAFA telah dinaikkan elaun mereka kepada RM1,300 sebulan.

Memang diakui bahawa elaun guru KAFA telah dinaikkan. Namun begitu, mereka sengaja menyorokkan fakta yang kebanyakan dari rakyat biasa tidak tahu.

Di Selangor, bertaburan sekolah-sekolah rendah agama yang mengajar fardhu ain dan pengajian Al-Quran. Dalam pada itu, ramai yang tidak perasan seolah-olah semua sekolah agama tersebut adalah dibawah bantuan penuh kerajaan negeri.

Sebenarnya, hanya sekolah-sekolah yang pangkal namanya bermula dengan Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) sahaja yang sepenuhnya dibawah bantuan penuh kerajaan negeri Selangor.

Di bawah ialah petikan istilah dalam Perkhidmatan Pendidikan Isalam Negeri Selangor untuk pembaca lebih maklum:-

10. SRA

SRA merupakan singkatan Sekolah Rendah Agama. SRA ditadbir sepenuhnya oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor melalui Bahagian Pendidikan Islam. Guru Besarnya adalah terdiri daripada PPPLD DGA 32 dan PPPLD DGA 29. Badan bukan kerajaan yang berfungsi di SRA ialah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) .

11. SRAI

SRAI merupakan singkatan Sekolah Rendah Agama Integrasi . SRAI ditadbir sepenuhnya oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor melalui Bahagian Pendidikan Islam dan mula beroperasi pada tahun 2000. Guru Besarnya adalah terdiri daripada PPPLD DGA 32 dan PPPLD DGA 29. Badan bukan kerajaan yang berfungsi di SRAI ialah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) . SRAI menggabungkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Pendidikan Islam JAIS yang beroperasi mulai jam 7.30 pagi hingga jam 5.30 petang.

12. KAFAI

KAFAI merupakan singkatan Kelas Al Quran dan Fardhu Ain Integrasi . Sekolah ini pada asasnya merupakan Sekolah Agama Rakyat dan ditukar kepada KAFAI sebagai penyelarasan untuk bantuan perkapita dari pihak JAKIM dan memenuhi keperluan peraturan-peraturan Sekolah-Sekolah Islam 1998 pindaan 2001. KAFAI tidak ditadbir oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor. Pihak Jabatan hanya menyediakan tenaga pengajar berdasarkan permohonan di samping melantik ketua guru untuk menguruskan sekolah. KAFAI adalah di bawah tanggungjawab Jawatankuasa Pembangunan KAFA atau Lembaga Pengelola KAFA berkenaan. KAFAI dipengerusikan oleh individu yang dilantik dari kalangan ibubapa/penjaga atau individu lain yang dilantik sebagai ketua taman jika KAFAI berkenaan ditubuhkan di taman perumahan dan KAFAI dipengerusikan oleh Nazir Masjid atau mana-mana jawatan tertinggi di masjid jika dibina di kawasan masjid.


Keseluruhan istilah boleh rujuk di SINI.

Di mana-mana ceramah Pakatan Rakyat tidak pernah pun menyebut adanya bantuan dari kerajaan persekutuan dalam menampung kekurangan SRA dan SRAI di seluruh Selangor, melalui penubuhan KAFAI. Tanpa wujudnya KAFAI melalui bantuan kerajaaan persekutuan, mampukah Selangor menyediakan SRA dan SRAI yang mencukupi demi keperluannya di seluruh negeri?

Berbalik kepada hal elaun guru KAFA, sebenar di KAFAI dulu peruntukannya adalah 50:50 iaitu dari Kerajaan Negeri dan JAKIM dan elaun asal berjumlah RM1,000. Berkuatkuasa 1 Januari 2011 dan melalui Bajet 2011 yang diumumkan oleh PM di Dewan Rakyat, di KAFAI yang elaun guru KAFA adalah dalam kedudukan RM500 ditampung oleh Kerajaan Negeri dan RM800 oleh JAKIM, lalu membentuk jumlah RM1,300, iaitu kenaikan RM300.

Apabila berlaku kenaikan elaun guru di KAFAI, maka dalam keadaan suka atau tidak, kerajaan negeri Selangor dengan berlagaknya di sidang DUN awal tahun 2011 telah meluluskan kenaikan guru-guru KAFA di SRA selaras dengan kenaikan elaun di KAFAI menjadi RM1,300. Bagi tujuan menunjuk-nujuk kepada rakyat maka telah diarahkan ADUN DAP Sekinchan Ng Sue Lim untuk mengusulkan di sidang DUN kenaikan kepada RM1,300 untuk guru-guru KAFA di sekolah milik penuh kerajaan negeri.

Persoalannya, apakah kalau PM tidak menaikkan RM300 untuk guru-guru di KAFAI maka elaun guru-guru SRA juga akan naik? Disamping itu, jika bantuan sebanyak RM800 tidak disumbangkan oleh JAKIM bagi setiap guru, bermakna elaun guru di KAFAI cuma di paras RM500.

Sekarang ini, Teng Chang Khim menjaja cerita ke sana-sini, kononnya Ng Sue Limlah yang mencadangkan kenaikan elaun guru KAFA di Selangor. Habis tu Dr Hasan Ali, Dr Halimah Ali, Iskandar Samad dan lain-lain lagi tu tunggulkah?

1 comment:

Anonymous said...

Dengar Nik ajis nie mau menangis air mata darah nie, puak2 tue lak yg prihatin kat cikgu KAFA nie, yang ada orang kita nie tunggul la gamaknya...