Friday, November 8, 2013

Dengan Terutusnya Surat Dari Doha, Mat Sabu Semakin Selesa Untuk Diterima Sebagai Ulamak Dalam PAS


Kenyataan media oleh Tuan Ibrahim Tuan Man semalam, dengan sendiri menguatkan penerimaan Mat Sabu sebagai ulamak dalam PAS.

Jika sebelum ini Nik Aziz Nik Mat menyifatkan semua anggota kepimpinan PAS sebagai ulamak, dan ditambah dengan penarikan diri Tuan Ibrahim dari persaingan untuk jawatan Timbalan Presiden PAS maka dengan sendiri mengesahkan teori tersebut.

Melalui kenyataannya yang diutus dari Doha, Tuan Ibrahim mengumumkan hanya bertanding untuk jawatan Naib Presiden. Beliau memberi alasan jawatan Timbalan Presiden itu adalah sangat besar dan di luar kemampuannya untuk memikul, disamping melihat beberapa nama lain yang lebih layak darinya.

Dengan dabikan dada sebagai pendokong harakah Islam di Malaysia, PAS dan Tuan Ibrahim tentunya memahami betapa kemusnahan yang menunggu jika jemaah yang bukan ahli (pakar) dipilih dalam memimpin harakah tersebut.

Mungkin Tuan Ibrahim telah memikirkan semasak-masaknya yang Mat Sabu lebih ahli berbanding dirinya untuk jawatan No. 2 dalam PAS. Atau sekadar keputusan itu didorong oleh tahaluf siyasi?

Thursday, November 7, 2013

Tanggal 2 Julai Pemimpin Tinggi PAS Dimalukan Jentera Propaganda Partinya Sendiri


Tidak dapat dipastikan samada disengajakan atau tidak.

Namun, apabila anda menonton rakaman video diakhir artikel ini, anda dapat menilai sendiri tahap pengetahuan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Kuala Krai.

Sebelum anda menonton video berkenaan, suka kami memberikan beberapa fakta berkenaan Lebuhraya Rakyat Kota Bahru - Kuala Krai.


Melihat kepada papan tanda projek, ia jelas menunjukkan ia adalah milik Kerajaan Negeri Kelantan yang ditadbir oleh PAS.

Projek lebuhraya ini dirancang oleh Kerajaan PAS menjelang PRU13 atas konsep wakaf, melalui pungutan sumbangan dari rakyat negeri tersebut.

Projek yang bermula pada 1 Januari 2013, akan siap mengikut jadual asal pada 31 Disember 2013. Malangnya, kontraktor Dae Hanguru Infra telah menarik diri dan Kerajaan PAS pasca PRU13 telah melantik konsultan Ecobound Sdn Bhd untuk menyediakan laporan terperinci berkenaan keseluruhan projek berkenaan.

Keputusan kerajaan baru PAS tersebut telah menimbulkan kemarahan Husam Musa, yang kini terkeluar dari anggota pentadbiran negeri Kelantan. [Baca SINI]

Dalam pada itu, fasa 1 untuk projek tersebut telah mendapat bantuan Kerajaan Persekutuan BN yang melibatkan pakej jarak sejauh kira-kira tujuh kilometer membabitkan laluan dari Pasir Hor ke Kadok.

Daripada fakta-fakta dan soalan yang ditanya oleh Dr Hatta dalam video di bawah, apakah PAS sudah surrender Lebuhraya Rakyat untuk disiapkan keseluruhannya oleh Kerajaan Persekutuan?

Saksikan pemimpin PAS dimalukan oleh jentera propagandanya sendiri.

Wednesday, November 6, 2013

Peraturan Baru Khalid Ibrahim - Kalau Nak Beli Rokok Di Taman Perumahan Masing-Masing, Kena Bayar Parkir 50 Sen


Khabarnya Kerajaan Selangor akan mengarahkan semua PBT untuk mengenakan caj parkir di kawasan komersil taman-taman perumahan.

Buat permulaan, perlaksanaan telah dilakukan di beberapa kawasan perumahan dalam Majlis Perbandaran Klang, khusus di kawasan komersial masing-masing.

Semalam, sekitar jam 11.55 malam saya menerima SMS dari 'rakan bertekak', seorang penyokong tegar PKR berbangsa Cina yang kandungannya seperti berikut,
"PR governmt has implementd parking fee in most taman areas. Like Eng ann,berkeley n sentosa.50 yrs BN nvr impose parking fee in such areas. Why u all BN people not doing anythg to protest.U all can bring bk d heart of d rakyat. BN wake up. Jgn tidor lagi" 
Mungkin beliau marah kerana jika dalam keadaan hendak membeli rokok di kedai dalam taman perumahannya, maka terpaksalah membayar 50 sen untuk caj parkir.


Walau pun caj parkir cuma 50 sen sejam, tapi dengan sistem koupon yang diamalkan oleh MPK, pemilik kenderaan terpaksa membayar RM2.50 untuk setiap buku koupon (5 helai setiap buku). Ini bermakna bertambah pula kosnya.


Bukan itu sahaja, Majlis Bandaraya Shah Alam pula akan mengenakan bayaran lesen premis untuk pondok-pondok tol dalam kawasanya, mulai Januari depan.

Kemaruk cari duit, barangkali?

Amaran PAS Kepada Karpal Singh - "Tolong Jaga Mulut"


Apabila Ketua Penerangan PAS Pusat Tuan Ibrahim menujukan kata-kata kepada Karpal, “Kenyataan begini tidak sepatutnya keluar dari mulut pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dalam suasana rakyat menolak BN dan mulai yakin dengan kepimpinan PR,” dengan sendirinya bermaksud, "Tolong jaga mulut anda!".

Hari ini PAS secara rasminya membantah saranan Karpal yang mencadangkan parti yang berasaskan kaum dan agama tidak boleh dibenarkan, dan menganggap ianya serius dan membahayakan.

Dari kenyataan bantahan itu bermakna, dengan sendirinya Tuan Ibrahim turut membuat kenyataan bagi pihak UMNO, MCA dan MIC.

Berikut adalah laporan penuh kenyataan rasmi PAS yang disiarkan oleh Harakah Daily;
KUALA LUMPUR: PAS membantah kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh yang meminta parti yang berasaskan kaum dan agama tidak boleh dibenarkan, dan menganggap ianya serius dan membahayakan. 
“PAS sangat kesal dengan kenyataan yang tidak berasas ini, yang memperlihatkan betapa Karpal gagal tidak memahami perjuangan PAS,” tegas Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Justeru, beliau bertanya apakah bahaya perjuangan PAS bagi masyarakat majmuk di Malaysia.  
Beliau menambah, nilailah sendiri kepada PAS yang memerintah Kelantan lebih 23 tahun, Terengganu pada tahun 1999 dan Kedah pada 2008 dari segi perpaduan kaum dan menjaga hak Muslim dan bukan Muslim. 
“Apakah ada golongan bukan Islam yang disisihkan?” tanya Tuan Ibrahim lagi.
Beliau berkata, Karpal sepatutnya mengemukakan fakta bukan mengeluarkan kata-kata mengikut sedap hati.
“Kenyataan begini tidak sepatutnya keluar dari mulut pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dalam suasana rakyat menolak BN dan mulai yakin dengan kepimpinan PR,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, Karpal sepatutnya lebih bijak sebelum mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan baik dalam PR serta sokongan rakyat selama ini. Kenyataan sebegini juga merugikan DAP secara amnya.
Sehubungan itu, kata beliau PAS menyerahkan kepada kepimpinan DAP untuk mengambil tindakan berhubung kenyataan tersebut. 
“Di atas nama parti, PAS membantah keras kenyataan beliau,” tegas beliau.

Anak Morsi (Bekas Presiden Mesir) Ditahan Di Lapangan Terbang Cuba Lari Ke Malaysia?


Beberapa laporan menyebut anak lelaki bekas Presiden Mesir, Osama Morsi telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, ketika cuba menaiki penerbangan ke Malaysia.

Menurut laporan Daily News Egypt, disamping Osama turut ditahan ialah tokoh politik Mesir Amr Darrag.

Laporan itu turut menyebut bahawa anak lelaki Morsi itu telah dibebaskan selepas ditahan selama sejam setengah dan dibenarkan meneruskan perjalanannya ke Malaysia. Difahamkan Osama dalam perjalanan untuk menyambung pengajiannya di negara ini.

Pihak berkuasa Mesir turut memohon maaf diatas kesilapan tersebut.

Tuesday, November 5, 2013

"Malang sekali, PAS, kita perlu bersikap praktikal," Pujuk Karpal Pada Nik Aziz Ketika Cadang PAS Dibatalkan Pendaftaran


Apakah Nik Aziz bersedia menerima cadangan Karpal Singh agar parti politik atau persatuan yang berasaskan kaum dan agama, termasuk PAS dan UMNO dibatalkan pendaftaran masing-masing?

Sesungguhnya itulah cadangan Karpal kepada PAS sempena sambutan Maal Hijrah.

Baca laporan penuh BERNAMA berhubung kenyataan Karpal di bawah;
GEORGETOWN: Pengerusi DAP, Karpal Singh mencadangkan parti politik atau persatuan yang berasaskan kaum dan agama dibatalkan pendaftaran atau diubah suai supaya boleh disertai oleh semua rakyat tanpa mengira batasan kaum dan agama. 
Beliau berkata, cara tersebut adalah jawapan kepada konsep perpaduan yang menjadi amalan selama ini. "Masanya sudah tiba bagi semua parti berasaskan kaum dibatalkan pendaftarannya termasuk, malang sekali, PAS, kita perlu bersikap praktikal jika kita mahukan sebuah negara yang bersatu-padu. 
"Sepatutnya parti politik dan mana-mana pertubuhan profesional berasaskan kaum atau agama ini tidak boleh dibenarkan memandangkan perkara ini merupakan suatu yang serius dan bahaya," katanya pada sidang media di sini, hari ini. 
Beliau berkata demikian ketika menyelar kenyataan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar baru-baru ini yang mengingatkan Majlis Peguam supaya tidak menyokong isu penggunaan kalimah Allah dalam edisi bahasa Malaysia majalah katolik The Herald. 
Karpal berkata, pendaftaran PPMM sebagai sebuah persatuan juga tidak sepatutnya dibenarkan memandangkan Majlis Peguam membuka penyertaannya kepada semua peguam tanpa mengira kaum dan agama. 
"Persatuan seperti itu hanya pencetus masalah di negara ini, kerajaan juga tidak sepatutnya membenarkan persatuan seperti ini," katanya.

Terbaik Dari PAS Selangor!!! - Mercu Tanda 'Mini Serambi Mekah' Dibina Pinggir Tanah Perkuburan, Kuil Besar Dibina Tengah Bandar


Menjelang PRU13 tempohari, Exco Selangor Dr Halimah Ali berpuashati bila berjaya membina mercu tanda 'Mini Serambi Mekah' Kg Delek, yang terletak dalam kawasan DUN yang diwakilinya, Selat Klang.


Jambatan yang berharga RM3.4 juta ini telah dinamakan 'Mini Serambi Mekah', sebagai memenuhi aspirasi Dr Halimah yang mahukan Kg Delek digelar dengan nama tersebut.

Malangnya, jambatan tersebut adalah penghubung antara kawasan-kawasan di persekitaran dengan tanah perkuburan yang diuruskan oleh Majlis Perbandaran Klang


Ketika Dr Halimah beria-ia memilih kawasan yang agak terpencil dari pusat bandar, Presiden Kuil Sundararaja Perumal Klang, S. Anandakrishnan tampil dengan idea untuk menjadikan kuil tersebut sebagai mercu tanda pelancongan untuk Bandar Diraja Klang.

Anandakrishnan dilaporkan oleh Kosmo Online, membawa misi Klang sebagai 'Thirupathi Asia Tenggara' yang punya kuil granit tercantik dengan kos RM10 juta.

Kuil ini terletak di jalan utama antara Pelabuhan Klang (pintuk masuk negara) ke pusat bandar Klang dan kini cadangan tersebut mendapat tentangan dari Ikatan Musliman Malaysia (ISMA).

Monday, November 4, 2013

Tak Berbaloi Anwar Bantu PAS Di Sungai Limau - PKR Hilang Kerusi di Kadamaian, Sabah


Kegembiraan DS Anwar Ibrahim menyambut kemenangan PAS di PRK Sungai Limau terencat, apabila Adun PKR Kadamaian Jeremmy Malajad mengumumkan dirinya sebagai Adun Bebas mesra BN, siang tadi.

Bukan itu sahaja, kini desas-desus tersebar luas mengatakan bahawa Adun PKR Matunggong Jelani Hamdan akan menurui jejak Jeremmy.

Dalam pada itu Naib Presiden Tian Chua dalam kenyataannya kepada Malay Mail memberiyahu, kedua-dua Adun berkenaan akan diberikan surat tunjuk sebab.

Pada pendapat blog Akar Umbi, tidak perlulah surat tunjuk sebab dikeluarkan kepada kedua-dua Adun berkenaan. Sebaliknya, lebih elok kalau diberikan surat pemecatan.

Pandangan AJK PAS Pusat - Anwar Tiada Sebarang Peranan Dalam Bantu Jana Ekonomi Negara Ketika Jadi Menteri Kewangan


Apabila terlalu banyak bercakap, maka banyaklah juga kesilapan yang terserlah.

Itulah yang terjadi kepada Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dalam mencari kelemahan Bajet 2014 yang dibentang oleh DS Najib Razak.

Ketika Azmi Ali memuji-muji peranan DS Anwar Ibrahim ketika menjadi Menteri Kewangan, Dr Dzul pula meletakkan kesalahan kepada Tun Dr Mahathir. Justeru, dalam kata lain kedua-dua Azmin dan Dr Dzul cuba menggambarkan bahawa yang baik datang dari Anwar dan yang buruk datangnya dari Dr Mahathir.

Dr Dzul menulis dalam Harakah Daily,
"Najib wajar diigatkan bahawa sekadar mengulangi apa yang dicapai oleh Tun Mahathir di segi mencapai petumbuhan 9% untuk selama satu dekad dalam 90an tidak mendatangkan apa-apa kesan limpahan atau ‘trickling-down effect’ kepada rakyat teramai."
Walhal, AJK PAS Pusat itu bagai terlupa bahawa Anwar menjadi Menteri Kewangan sebahagian besar sepanjang dekad 90an tersebut, iaitu antara 1991 - 1998.

Dr Dzul juga cuba menjadi juara kononnya melalui penulisannya, Kerajaan telah mengambil idea tersebut untuk dijadikan polisi dalam Bajet 2014.
"Terdahulu dari pengumuman Bajet oleh Najib pada 25hb Oktober lalu, saya telah menulis dua makalah tentang ‘langkah-langkah menyejukkan pasaran hartanah’ dan kedua ‘bagaimana GST bakal menyusahkan rakyat’. Terbukti sebahagian besar syor saya dalam makalah pertama kini menjadi polisi kerajaan dalam Bajet Najib."
Kenyataan Dr Dzul di atas dilihat cuba menonjolkan 'kecerdikan'nya kepada ahli-ahli PAS, tetapi kepada penyokong BN seperti saya, melihat beliau sebagai 'tolol'.

'Langkah-langkah menyejukkan pasaran hartanah' telah pun diperbualkan di kedai-kedai kopi oleh rakyat biasa di Malaysia dalam membahaskan harga hartanah dan kekhuatiran berlaku sub-prima di  negara ini.

Isu ini sememangnya menjadi topik umum berikutan pihak berkuasa di Singapura telah pun melaksanakannya di negara berkenaan.( Rujuk SINI).

Jadi apakah hebat sangat saranan anggota pemikir PAS itu?

Sunday, November 3, 2013

Pendedahan Risalah Yang Dikhususkan Untuk Ahli PAS Sahaja


Berikut adalah risalah dengan tajuk "Untuk Ahli PAS Sahaja - Tahaluf Siyasi" yang dipetik dari Tranungkite
Oleh: abu_zaim

"Dalam mendepani arus semasa dengan misi menawan Malaysia bervisikan redha Allah semata-mata, PAS membuktikan kemajuannya berpolitik dengan ijtihad kolektif yang moden. Tahaluf siyasi merupakan satu istilah dan strategi yang dirintiskan oleh sebuah gerakan Islam di dunia yang paling berpengalaman dalam medan politik, iaitu PAS.  Justeru terdapat beberapa etika tahaluf siyasi yang wajib difahami oleh pendukung-pendukung PAS sebagai sebuah gerakan Islam arus perdana di Malaysia supaya tidak hilang fokus sebagai parti yang melestarikan Islam.

Berikut enam garis panduan yang wajib difahami berkenaan tahaluf: 
1) Tahaluf mestilah dijadikan sebagai platform untuk menegakkan Islam, memperkukuhkan umat Islam dan membuka ruang untuk melaksanakan Islam. 
2) Tahaluf mestilah dipastikan dasar-dasar Islam dapat dipertahankan. 
3) Intima' wajib diberikan kepada pucuk pimpinan PAS, bukan kepada Pakatan Tahaluf. 
4) Tahaluf wajiblah dijadikan ruang dan medan untuk menyampaikan da'wah. 
5) Matlamat kemenangan Islam tidak boleh menghalalkan Tahaluf secara mutlak. 
6) Majlis Syura Ulama' mempunyai kuasa membuat keputusan mengenai kesinambungan tahaluf siyasi berdasarkan kepentingan dan ancaman syara' dari masa ke semasa.
_____________________________________
Realiti orang Pas sekarang 
- Pertikaikan ulama: "ok" 
- Pertikaikan autoriti majlis syura ulama: "ok" 
- Pertikaikan tuntutan pelaksanaan Islam: "ok" 
- Pertikai ketuanan Islam: "ok" 
"Apa masalah, kitakan demokrasi terpimpin? bebas bersuara dan berpandangan" 
p/s: Teringat buku 'Menuju PAS Baru' yang banyak mencarik dasar PAS dengan isu-isu di atas.  
Sebaliknya jika: 
- Kritik Anwar: "ni musuh kita nih" 
- Kritik PR: "ni sah termakan umpan UMNGOK" 
- Kritik PKR: "ni sah pencacai Be eNd" 
"Jangan kau sentuh Anwar & PR, pantang tau!"  
Bila ditanya ahli PAS seperti ini:
- Awak ahli parti mana? dijawab "Saya kuat PAS. Takbir!" 
- Bila menang awak suka siapa jadi pemimpin negara kita? "Anwar la, diakan hebat!" 
- Awak komit dengan agenda tarbiyah? usrah bagaimana? "Kitakan menuju Putrajaya sekarang ni, banyak lagi yang lebih penting berbanding usrah, tamrin bla bla..." Ada juga yang menjawab "Kami buat usrah (tapi rujuk majalah Solusi, buku Tsun Zu & 7 Habit)" 
_____________________________________ 
Kita hanya dihebatkan dengan Islam.
Ya Allah, bantulah kami.