Monday, November 4, 2013

Pandangan AJK PAS Pusat - Anwar Tiada Sebarang Peranan Dalam Bantu Jana Ekonomi Negara Ketika Jadi Menteri Kewangan


Apabila terlalu banyak bercakap, maka banyaklah juga kesilapan yang terserlah.

Itulah yang terjadi kepada Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dalam mencari kelemahan Bajet 2014 yang dibentang oleh DS Najib Razak.

Ketika Azmi Ali memuji-muji peranan DS Anwar Ibrahim ketika menjadi Menteri Kewangan, Dr Dzul pula meletakkan kesalahan kepada Tun Dr Mahathir. Justeru, dalam kata lain kedua-dua Azmin dan Dr Dzul cuba menggambarkan bahawa yang baik datang dari Anwar dan yang buruk datangnya dari Dr Mahathir.

Dr Dzul menulis dalam Harakah Daily,
"Najib wajar diigatkan bahawa sekadar mengulangi apa yang dicapai oleh Tun Mahathir di segi mencapai petumbuhan 9% untuk selama satu dekad dalam 90an tidak mendatangkan apa-apa kesan limpahan atau ‘trickling-down effect’ kepada rakyat teramai."
Walhal, AJK PAS Pusat itu bagai terlupa bahawa Anwar menjadi Menteri Kewangan sebahagian besar sepanjang dekad 90an tersebut, iaitu antara 1991 - 1998.

Dr Dzul juga cuba menjadi juara kononnya melalui penulisannya, Kerajaan telah mengambil idea tersebut untuk dijadikan polisi dalam Bajet 2014.
"Terdahulu dari pengumuman Bajet oleh Najib pada 25hb Oktober lalu, saya telah menulis dua makalah tentang ‘langkah-langkah menyejukkan pasaran hartanah’ dan kedua ‘bagaimana GST bakal menyusahkan rakyat’. Terbukti sebahagian besar syor saya dalam makalah pertama kini menjadi polisi kerajaan dalam Bajet Najib."
Kenyataan Dr Dzul di atas dilihat cuba menonjolkan 'kecerdikan'nya kepada ahli-ahli PAS, tetapi kepada penyokong BN seperti saya, melihat beliau sebagai 'tolol'.

'Langkah-langkah menyejukkan pasaran hartanah' telah pun diperbualkan di kedai-kedai kopi oleh rakyat biasa di Malaysia dalam membahaskan harga hartanah dan kekhuatiran berlaku sub-prima di  negara ini.

Isu ini sememangnya menjadi topik umum berikutan pihak berkuasa di Singapura telah pun melaksanakannya di negara berkenaan.( Rujuk SINI).

Jadi apakah hebat sangat saranan anggota pemikir PAS itu?

2 comments:

Anonymous said...

Se'cerdik-cerdik' dia pun, akhirnya rakyat tolak dia menjadi wakil rakyat di Kuala Selangor...

Cik Pudina said...

DiSelangor semua kawasan pasir telah diagihkan sesama sendiri. Sekiranya ada syarikat hendak mengambil pasir dari kawasan tersebut perlu dirujuk kepada 'pemilik' kawasan tersebut dan perlu dibaya undertable. Ini semua orang tahu. Kalau tak percaya tanya Rafizi and the gang. Dia lanun paling besar.