Friday, November 8, 2013

Dengan Terutusnya Surat Dari Doha, Mat Sabu Semakin Selesa Untuk Diterima Sebagai Ulamak Dalam PAS


Kenyataan media oleh Tuan Ibrahim Tuan Man semalam, dengan sendiri menguatkan penerimaan Mat Sabu sebagai ulamak dalam PAS.

Jika sebelum ini Nik Aziz Nik Mat menyifatkan semua anggota kepimpinan PAS sebagai ulamak, dan ditambah dengan penarikan diri Tuan Ibrahim dari persaingan untuk jawatan Timbalan Presiden PAS maka dengan sendiri mengesahkan teori tersebut.

Melalui kenyataannya yang diutus dari Doha, Tuan Ibrahim mengumumkan hanya bertanding untuk jawatan Naib Presiden. Beliau memberi alasan jawatan Timbalan Presiden itu adalah sangat besar dan di luar kemampuannya untuk memikul, disamping melihat beberapa nama lain yang lebih layak darinya.

Dengan dabikan dada sebagai pendokong harakah Islam di Malaysia, PAS dan Tuan Ibrahim tentunya memahami betapa kemusnahan yang menunggu jika jemaah yang bukan ahli (pakar) dipilih dalam memimpin harakah tersebut.

Mungkin Tuan Ibrahim telah memikirkan semasak-masaknya yang Mat Sabu lebih ahli berbanding dirinya untuk jawatan No. 2 dalam PAS. Atau sekadar keputusan itu didorong oleh tahaluf siyasi?

1 comment:

anti-syiahGaban said...

Kahkahkah....dah nazak nampak nya PAS-pis-pus ni. Mat '121 Syiah' Sabu jugak yang depa harapkan selepas Hadi. Manalah perginya golonga ulama tersohor dalam parti tu ya....yang tinggal sekarang ni kebanyakan nya 'ular-mak'.......kharrrk ptuiiihhhh