Menjelang PRU13 tempohari, Exco Selangor Dr Halimah Ali berpuashati bila berjaya membina mercu tanda 'Mini Serambi Mekah' Kg Delek, yang terletak dalam kawasan DUN yang diwakilinya, Selat Klang.
Jambatan yang berharga RM3.4 juta ini telah dinamakan 'Mini Serambi Mekah', sebagai memenuhi aspirasi Dr Halimah yang mahukan Kg Delek digelar dengan nama tersebut.
Malangnya, jambatan tersebut adalah penghubung antara kawasan-kawasan di persekitaran dengan tanah perkuburan yang diuruskan oleh Majlis Perbandaran Klang
Ketika Dr Halimah beria-ia memilih kawasan yang agak terpencil dari pusat bandar, Presiden Kuil Sundararaja Perumal Klang, S. Anandakrishnan tampil dengan idea untuk menjadikan kuil tersebut sebagai mercu tanda pelancongan untuk Bandar Diraja Klang.
Anandakrishnan dilaporkan oleh Kosmo Online, membawa misi Klang sebagai 'Thirupathi Asia Tenggara' yang punya kuil granit tercantik dengan kos RM10 juta.
Kuil ini terletak di jalan utama antara Pelabuhan Klang (pintuk masuk negara) ke pusat bandar Klang dan kini cadangan tersebut mendapat tentangan dari Ikatan Musliman Malaysia (ISMA).
2 comments:
Itu saja kah yg dibanggakan oleh Pas selangor ?....sampai bila Melayu Selangor nak di permainkan ?
Tu antara sebab kenapa PR boleh memang bergaya di Selangor. Macam ada sekor lagi ADUN tu, kerana bina tandas di kawasan perkuburan Hindu, boleh menang bergaya di DUN Meru. KOrang kene belajar dari ADUN PR ni, untuk nak dapatkan undi memang mereka cukup cekap...
Post a Comment