Saturday, October 4, 2014

Azmin Mengendap Melalui Terjahan Berjadual


Portal MyKMU melaporkan MB Selangor Azmin Ali melakukan political stunt apabila melakukan terjahan terhadap sistem pengangkutan dan pelupusan sampah serta kebersihan longkang.

Dari longkang sehingga lori sampah, tiada apa-apa terlalu remeh buat Menteri Besar Selangor yang baharu, Azmin Ali – sekurang-kurangnya itulah imej yang tergambar melalui publisiti yang menggelarkan beliau sebagai Jokowi Malaysia.

Malah portal berkenaan turut memetik tafsiran portal Malaysikini mengenai istilah 'terjah' sebagai rujukan budaya popular yang biasanya merujuk kepada situasi apabila selebriti didatangi wartawan dan jurugambar secara mengejut.

Namun begitu cuba perhatikan aturcara lawatan MB Selangor yang membawa kepada insiden terjahan seperti digembar-gemburkan oleh jentera propraganda Azmin, seperti di bawah:-


Kalau diperhatikan pada aturcara lawatan MB Selangor ke daerah Gombak, sesi lawatan ke Tapak Pelupusan Sampah Haram di Kampung Sungai Kertas (seperti terkandung dalam kotak bergarisan merah) adalah sebahagian dari aturcara rasmi.

Jadi, layakkah tindakan Azmin itu dianggap sebagai terjahan?

Rasanya ia lebih layak dikatakan sebagai 'terjahan berjadual Azmin'!

Sudah Dijangka Oleh Khalid Ibrahim - Tony Pua Akan Jadi Bahan Lawak Jenaka


“Biarlah politik berperang, biarlah ahli politik berdrama. Lama-lama akan jadi lawak jenaka yang akan dikenang selama-lamanya. Itulah saja pesanan saya,” - Khalid Ibrahim
Mengimbas kembali amanat terakhir TS Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor (petikan atas) kepada penjawat-penjawat awam Selangor, nampaknya telah membuktikan kebenarannya.

Malang sekali tanpa membuat homework MP DAP Petaling Jaya, Tony Pua menyerlahkan kebodohannya dan menjadi bahan tawa penjawat awam apabila menghaburkan kemarahan kepada Datuk Bandar Petaling Jaya, Datin Paduka Alinah Ahmad.

Menurut laporan Malaysiakini, Pua dilaporkan membuat kenyataan berikut;
"Datin Paduka Alinah Ahmad mesti putuskan sama ada beliau mahu jadi Datuk Bandar demi rakyat petaling jaya atau hanya seorang birokrat yang tidak mengendahkan kepentingan warga bandar. 
"Datuk bandar enggan mematuhi keputusan ahli majlis dan sebaliknya mengeluarkan kenyataan semalam, mendakwa ahli majlis boleh menolak rancangan tempatan namun tiada kuasa untuk membatalkan proses cadangan deraf itu (deraf Rancangan Tempatan Petaling Jaya). 
"Menurutnya, tindakan membatalkan proses itu akan adalah salah di sisi undang-undang kerana dengan sengaja menghalang proses membuat keputusan oleh kerajaan negeri. 
"Hujah ini melucukan kerana ahli majlis adalah badan asal untuk mencadangkan sebarang perubahan ke atas rancangan tempatan untuk diluluskan kerajaan negeri. 
“Jika ahli majlis tiada kuasa untuk meminda deraf mereka sendiri, selain dari kerajaan negeri, siapa lagi yang berkuasa?”
Alinah dalam mempertahankan dirinya menyebut bahawa Majlis Bandaraya Petaling Jaya tidak mempuyai kuasa untuk membatalkan mengikut Seksyen 16 (2) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.

Sebenarnya Pua tersalah tembak, memandangkan perlantikan Alinah sebagai Datuk Bandar adalah legasi daripada pentadbiran Khalid Ibrahim.

Kuasa membatalkan deraf Rancangan Tempatan Petaling Jaya adalah terletak pada Jawatankuasa peringkat negeri yang dipengerusikan oleh MB Azmin Ali.

Maka benarlah kata-kata Khalid berkenaan ahli-ahli politik Pakatan Rakyat di Selangor, “Biarlah politik berperang, biarlah ahli politik berdrama. Lama-lama akan jadi lawak jenaka yang akan dikenang selama-lamanya".

Friday, October 3, 2014

Mat Sabu Berdepan Dengan Maut



Kenyataan Menteri Kesihatan, Dato' S. Subramaniam amat membimbangkan, seperti dilaporkan oleh TMI seperti berikut,
"Denggi kekal menjadi pembunuh utama di Malaysia dengan 200% kes dan kematian sepanjang tahun lalu meskipun semakin banyak kempen membendung denggi disebarkan."
Bermakna bahawa Mat Sabu yang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang kerana denggi semalam, adalah antara puluhan ribu pengidap yang berdepan dengan maut.

Sehingga 1 Oktober, jumlah kes dilaporkan di seluruh negara ialah 76,079 dengan Selangor mencatat kes tertinggi 37,077 diikuti Kelantan (12,965 kes), Kuala Lumpur (5,236), Johor (4,274) dan Perak (4,086).

Memandangkan Mat Sabu bermastautin di Shah Alam, bagai ada sesuatu yang tidak kena dengan PBT -PBT di Selangor dalam mengendalikan langkah-langkah pencegahan dalam membendung wabak berkenaan dari merebak.

Malang sekali, kecuaian kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, akhirnya membawa musibah terhadap pemimpin kanan PAS itu.

Thursday, October 2, 2014

Tahaluf Siyasi Tidak Mampu Halang Lim Guan Teruskan Saman Tehadap Nasrudin At-Tantawi


Meskipun atas sebab teknikal, saman Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng terhadap Ahli Parlimen PAS Termeloh, Nasarudin Hassan At-Tantawi telah ditolak, namun ia tidak akan berhenti setakat itu.

Peguam bagi pihak Guan Eng, Mureli Navaratnam mengesahkan bahawa KM Pulau Pinang itu mahu meneruskan saman tersebut, lapor Malaysiakini.

Nasrudin sebelum ini mempersoal mengapa bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dikecam berhubung projek Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex), sedangkan tindakan yang sama tidak pula ditujukan kepada Guan Eng dalam pembinaan terowong dasar laut yang didakwanya diberikan secara rundingan terus.

Kenyataan Nasrudin itu tidak disenangi oleh Guan Eng dan atas sifat yang tidak boleh ditegur pemimpin DAP itu menyaman Nasrudin yang juga adalah AJK PAS Pusat.

Tahaluf siyasi nampaknya tidak dapat menghalang perang Guan Eng - Nasrudin.

Mat Sabu Dikejarkan Ke Hospital, Selepas Balik Dari Krabi


Mat Sabu dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah sejurus kembali membuat kunjungan ke Krabi, Thailand.

Beliau disyakki mengidap denggi, lapor Malaysiakini.


Wednesday, October 1, 2014

Exco Hal Ehwal Agama Selangor Dr Ahmad Yunus Hairi Menunggu Masa Untuk Disingkir


MB Selangor Azmin Ali mengumumkan porfolio untuk 10 exco yang dilantik Jumaat lepas.

Mungkin ramai yang tidak perasan bahawa portfolio Hal-Ehwal Islam adalah paling panas di Selangor. Namun, Adun PAS Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi sanggup duduk di 'kerusi panas' tersebut, dalam pengumuman yang dibuat oleh Azmin hari ini.

Dalam tempoh 6 tahun Pakatan Rakyat memerintah Selangor, termasuk Ahmad Yunus, 4 orang telah bertukar ganti menggalas portfolio berkenaan.

Bermula dengan Dato' Dr Hasan Ali yang memegang jawatan tersebut kurang dari 4 tahun, diikuti oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim lebih kurang setahun dan akhirnya selepas PRU2013 dan sebelum rombakan barisan anggota MMKN Selangor, jawatan itu telah disandang oleh Sallehen Mukhyi.

Seperkara yang menarik mengenai jawatan tersebut, kesemua Pengerusi Portfolio Hal Ehwal Islam sebelum Ahmad Yunus, akan mengakhiri jawatan dengan keadaan yang begitu tragis.

Hasan dan Khalid mengakhiri jawatan apabila mereka telah dipecat dari parti masing-masing. Meskipun Khalid tidak secara serta merta terlucut jawatan ketika mengetuai portfolio berkenaan, namun badinya membawa kepada pemecatannya sebagai MB.

Sementara itu Sallehen turut bernasib malang, bila tidak tersenarai langsung sebagai exco dibawah pentadbiran Azmin.

Kini Ahmad Yunus terpaksa menghitung hari, bila pula akan disingkir.

Tuesday, September 30, 2014

Balik Kampung Adalah Pilihan Terbaik Meskipun Azmin Beri Keutamaan Bekas Exco PAS Dilantik Sebagai Timbalan Speaker


Dalam kenyataan awal MB Selangor Azmin Ali berhubung pengurangan kerusi exco PAS dari 4 kepada 3, jawatan Timbalan Speaker, dengan keutamaannya ialah salah seorang dari 2 exco PAS yang digugurkan.

2 exco PAS yang digugurkan ialah Salllehen Mukhyi dan Dr Halimah Ali.

Ketika ini, jawatan Speaker disandang oleh wanita, iaitu Adun DAP Hannah Yeoh. Ini bermakna, peluang Halimah adalah tipis, mengambilkira masakan Speaker dan timbalannya kedua-duanya wanita.

Oleh itu pilihan kini terarah kepada Sallehen, yang pada masa yang sama adalah pemegang rekod sebagai exco yang paling singkat perkhidmatannya ( setahun 4 bulan) dalam sejarah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Namun begitu ada petanda menujukkan Sallehen enggan menerima jawatan tersebut.

Bayangan penolakan PAS terhadap perlantikan itu dibuat melalui kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, "Jika PAS menolak, ia kerana PAS mahu semua ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS yang tidak dilantik menjadi exco berperanan sepenuhnya sebagai Adun di dalam Sidang Dewan Negeri dan tidak sibuk dengan tugas timbalan speaker,” lapor TMI.

Dalam kata lain, balik kampung ke Sabak Bernam yang jaraknya lebih 2 marhalah dari Shah Alam adalah lebih, dari menerima tawaran Timbalan Speaker dari Azmin.

Monday, September 29, 2014

Nik Aziz Kata Anwar Tak Betul


Mursyidul Am PAS TG Nik Aziz Nik Mat menggunakan lenggok bahasa yang tersendiri dalam mengatakan KeTum PKR DS Anwar Ibrahim sebagai 'orang yang tak betul'.

Ketika ditanya pendiriannya tentang hubungan dalam Pakatan Rakyat setelah terlantiknya Azmin Ali sebagai MB Selangir oleh TV Harakah Daily, beliau mengibaratkan Azmin bak sebilah anak panah yang menjatuhkan 2 ekor burung.


Namun begitu, beliau sempat pula menyindir Anwar yang dulunya memuji bekas MB TS Abdul Khalid Ibrahim, tetapi kemudiannya memecat Khalid.

Dalam pada itu siapakah yang dirujuk sebagai 2 ekor yang jatuh hanya dengan sekali panahan itu? Apakah Khalid dan Wan Azizah?

PasMa Mula Lancarkan Serangan Keatas PAS Terengganu Dengan Mengguna Tentera Upahan Yang Ditauliah Oleh Nik Aziz


Menurut laporan The Malaysian Insider,  PasMa akan dilancarkan di negeri Presiden PAS, iaitu Terenganu pada hari ini.

Antara speaker yang bakal berucap di majlis pelancaran yang akan diadakan di Besut ialah Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi, timbalannya Mohamad Husin, Penasihat Undang-undang Zulhazmi Sharif dan bekas Setia Usaha Akhbar Tun Dr Mahathir Mohamad, Dato' Omar Abu Bakar.

Dari keempat-empat speaker yang dinamakan, kemunculan bekas pegawai Dr Mahathir menimbulkan tanda tanya kepada kita semua.

Siapakah Dato' Omar Abu Bakar?

Omar dikatakan pernah menjadi Setia Usaha Akhbar Dr Mahathir menjadi ahli PAS melalui pentauliahan TG Nik Aziz dalam suatu majlis gilang gemilang pada 6 Oktober 2012, di Setiu, Terengganu (foto atas), yang turut disertai oleh Presiden PAS DS Abdul Hadi Awang.

Dari seorang yang tidak dikenali Omar menjadi popular apabila beliau berucap dikhalayak ramai dan mengaku terlibat dalam membuat surat Ummi Hafilda yang melaporkan perbuatan liwat DS Anwar Ibrahim keatas pemandunya Azizan Abu Bakar, pada 9 April 2013.

Dalam ucapannya yang dipetik oleh Keadilan Daily, Omar dilaporkan sebagai berkata,
“Saya bersumpah saya bertanggungjawab dalam peristiwa sodomi satu (liwat 1).  
“Saya bertanggungjawab dengan Aziz Shamsudin membuat surat Umi Hafilda, menghantar kepada Daim (Zainuddin), hantar kepada Mahathir. Itulah punca sebenarnya (fitnah ini). 
“Bermula dari situ, Anwar ditangkap, dipenjara enam tahun. Tiba-tiba dia dilepas kerana alasan dibebaskan sebab apartment yang dituduh (Anwar melakukan sodomi) belum ada lagi (masa itu)" 
Maklumat lain berkenaan Omar Abu Bakar

Menurut blog Kelab Greenboc, Omar adalah bekas pegawai akhbar Kementerian Pertahanan dan Pegawai Perhubungan Khas kepada 3 bekas Menteri Pertahanan iaitu ketika disandang oleh Tun Abdul Taib Mahmud, Tun Hussein Onn dan Tun Mahathir.

Penglibatan beliau dalam politik adalah, beliau pernah menjadi AJK & Ketua Penerangan Umno Kemaman diera TS Wan Mokhtar.

Malahan Omar juga dikatakan sebagai bekas Setiausaha Jentera Pilihanraya Kebangsaan Semangat 46 Malaysia dan Setia Usaha Semangat 46 Bahagian Kemaman dan Bekas Calon 46 Dun Bukit Bandi (sekarang Air Puteh Kemaman) pada PRU 1990.

Sejauh Mana Keakraban Omar dengan Dr Mahathir?

Dari maklumat dari blog Kelab Greenboc di atas, Dr Mahathir adalah Menteri Pertahanan terakhir Omar berkhidmat. Untuk rekod Dr Mahathir menjadi Menteri Pertahanan untuk tempoh 1981 - 1986.

Bermakna hubungan Omar - Dr Mahathir hanyalah setakat itu.

Selepas itu, beliau telah menyertai parti Semangat 46 (bermula 1988) dan berpandukan kepada penggabungan Semangat 46 dan UMNO, ia hanya berlaku pada 1996.

Sementara itu, surat Ummi Hafilda yang melaporkan salah laku Anwar kepada Dr Mahathir dibuat pada 1997, dengan sendirinya tidak menunjukkan sebarang logik atas dakwaan Omar yang beliau terlibat dalam penulisan surat tersebut.

Senjata Makan Tuan

Dari sambutan gilang gemilang oleh pemimpin-pemimpin PAS keatas penyertaan Omar Abu Bakar sebagai ahli PAS, kini bolehlah diibaratkan sebagai senjata makan tuan.

Mungkin tujuan asal adalah untuk menjadi Omar sebagai senjata untuk membunuh UMNO Terengganu, akhirnya PAS bakal menerima pada apabila Omar telah memulakan peranan memecah belahkan PAS Terengganu.

Sunday, September 28, 2014

Dr Mahathir Masih Sayang Azmin? Hari Ini Isytihar Sokong Azmin Sebagai MB


Tentunya Tun Dr Mahathir menjadi orang sangat gembira apabila Azmin Ali diangkat menjadi MB Selangor.

Mengimbas kembali hubungan awal Dr Mahathir - Azmin Ali, Umi Hafilda menyebut dalam blognya Srikandi 7, hubungan kedua mereka bermula apabila Naib Canselor Universiti Minnesota Dr.Robert Heller tentang daya kepimpinan Azmin yang terserlah ketika belajar di universiti berkenaan. Dr Mahathir kemudiannya, telah menghantar duta Malaysia di US untuk mendapatkan kesahihan surat tersebut. Beliau akhirnya terharu apabila mendapat tahu akan kebenaran surat berkenaan.

Maka bermula dari itu hubungan yang begitu Dr Mahathir - Azmin, dengan harapan kepada anak angkatnya untuk digilap sebagai pemiimpin besar negara suatu masa nanti.

Kembalinya Azmin ke tanah air, telah ditawarkan 'internship' di Pejabat PM dan akhirnya dilantik sebagai Setia Usaha Sulit Menteri Kewangan, ketika DS Anwar Ibrahim menjadi menteri di kementerian berkenaan.

Meski pun Azmin akhirnya memihak kepada Anwar dalam perseteruan dengan Dr Mahathir, pasti memeranjatkan apabila kita membaca kenyataan berikut;
“Saya harap bila dewan negeri bersidang, majoriti akan sokong Azmin.  
“Jika tidak, akan ada undi tidak percaya dan Selangor haru cari menteri besar baru,” - Tun Dr Mahathir
Oleh kerana kenyataan di atas dilafazkan oleh bukan calang-calang orang, saya yakin kenyataan tersebut bukan secara direct, tetapi membuka ruang untuk pelbagai tafsiran.

Namun begitu, untuk setakat ini antara yang boleh tafsirkan ialah 'Tun masih sayangkan Azmin' iaitu sebagai seorang anak muda yang pernah dipimpinnya ke pintu Pejabat Perdana Menteri suatu ketika dulu.

Bekas Exco Hal-Ehwal Agama Selangor Berdepan Dengan Kekalahan Dalam Pemilihan Jawatan Timbalan Speaker DUN Selangor


Bekas Exco Selangor, Sallehen Mukhyi adalah lulusan dari universiti Timur Tengah.

Dengan latar belakangnya itu, bekas MB Selangor TS Khalid Ibrahim melantiknya untuk bertanggungjawab dalam Exco Agama disamping mengetuai portfolio Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa.

Beliau akhirnya tidak dilantik semula sebagai exco, ekoran pengurangan kuota ezco untuk PAS kepada hanya 3 oleh MB Selangor yang baru Azmin Ali, berbanding 4 sebelumnya.

Demi bertindak adil, Azmin telah menukarkan telah memberi ruang  jawatan Timbalan Speaker DUN kepada PAS, bagi menggantikan tempat Nik Nazmi yang telah dilantik sebagai Exco.

Setakat semalam, Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar memberitahu bahawa PAS belum membuat keputusan terhadap pengisisan jawatan berkenaan.

Mungkinkah Sallehen akan dicalonkan sebagai Timbalan Speaker.

Mengikut tata cara pemilihan jawatan berkenaan, pengundian akan dibuat dalam DUN Selangor. Saya tidak fikir Sallehen boleh menang, andai ada calon lain yang dinamakan untuk jawatan berkenaan.

Alasannya, DAP telah melabel beliau sebagai salah seorang dari 4 Exco yang khianat, disamping rancangan pembersihan golongan Islamis dalam PAS, melainkan mereka menerima adaptasi kemodenan, demokrasi dan sekularisme yang menjadi tunjang kesatun Pakatan Rakyat.

Dalam kata yang lebih mudah, Adun PAS yang pro Hadi akan dipastikan tidak mendapat tempat dalam jawatan-jawatan utama di Selangor.