Sunday, September 28, 2014
Bekas Exco Hal-Ehwal Agama Selangor Berdepan Dengan Kekalahan Dalam Pemilihan Jawatan Timbalan Speaker DUN Selangor
Bekas Exco Selangor, Sallehen Mukhyi adalah lulusan dari universiti Timur Tengah.
Dengan latar belakangnya itu, bekas MB Selangor TS Khalid Ibrahim melantiknya untuk bertanggungjawab dalam Exco Agama disamping mengetuai portfolio Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa.
Beliau akhirnya tidak dilantik semula sebagai exco, ekoran pengurangan kuota ezco untuk PAS kepada hanya 3 oleh MB Selangor yang baru Azmin Ali, berbanding 4 sebelumnya.
Demi bertindak adil, Azmin telah menukarkan telah memberi ruang jawatan Timbalan Speaker DUN kepada PAS, bagi menggantikan tempat Nik Nazmi yang telah dilantik sebagai Exco.
Setakat semalam, Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar memberitahu bahawa PAS belum membuat keputusan terhadap pengisisan jawatan berkenaan.
Mungkinkah Sallehen akan dicalonkan sebagai Timbalan Speaker.
Mengikut tata cara pemilihan jawatan berkenaan, pengundian akan dibuat dalam DUN Selangor. Saya tidak fikir Sallehen boleh menang, andai ada calon lain yang dinamakan untuk jawatan berkenaan.
Alasannya, DAP telah melabel beliau sebagai salah seorang dari 4 Exco yang khianat, disamping rancangan pembersihan golongan Islamis dalam PAS, melainkan mereka menerima adaptasi kemodenan, demokrasi dan sekularisme yang menjadi tunjang kesatun Pakatan Rakyat.
Dalam kata yang lebih mudah, Adun PAS yang pro Hadi akan dipastikan tidak mendapat tempat dalam jawatan-jawatan utama di Selangor.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Hidup PAS & PKR bukanlah terhormat..
Sebaliknya Melayu2 tersebut adalah PELACOR kepada DAP.
Hello mate great bllog post
Post a Comment