Portal MyKMU melaporkan MB Selangor Azmin Ali melakukan political stunt apabila melakukan terjahan terhadap sistem pengangkutan dan pelupusan sampah serta kebersihan longkang.
Dari longkang sehingga lori sampah, tiada apa-apa terlalu remeh buat Menteri Besar Selangor yang baharu, Azmin Ali – sekurang-kurangnya itulah imej yang tergambar melalui publisiti yang menggelarkan beliau sebagai Jokowi Malaysia.
Malah portal berkenaan turut memetik tafsiran portal Malaysikini mengenai istilah 'terjah' sebagai rujukan budaya popular yang biasanya merujuk kepada situasi apabila selebriti didatangi wartawan dan jurugambar secara mengejut.
Namun begitu cuba perhatikan aturcara lawatan MB Selangor yang membawa kepada insiden terjahan seperti digembar-gemburkan oleh jentera propraganda Azmin, seperti di bawah:-
Kalau diperhatikan pada aturcara lawatan MB Selangor ke daerah Gombak, sesi lawatan ke Tapak Pelupusan Sampah Haram di Kampung Sungai Kertas (seperti terkandung dalam kotak bergarisan merah) adalah sebahagian dari aturcara rasmi.
Jadi, layakkah tindakan Azmin itu dianggap sebagai terjahan?
Rasanya ia lebih layak dikatakan sebagai 'terjahan berjadual Azmin'!
1 comment:
selangor bakal melingkup dibawah MB Jamban..
Post a Comment