Sunday, September 28, 2014

Dr Mahathir Masih Sayang Azmin? Hari Ini Isytihar Sokong Azmin Sebagai MB


Tentunya Tun Dr Mahathir menjadi orang sangat gembira apabila Azmin Ali diangkat menjadi MB Selangor.

Mengimbas kembali hubungan awal Dr Mahathir - Azmin Ali, Umi Hafilda menyebut dalam blognya Srikandi 7, hubungan kedua mereka bermula apabila Naib Canselor Universiti Minnesota Dr.Robert Heller tentang daya kepimpinan Azmin yang terserlah ketika belajar di universiti berkenaan. Dr Mahathir kemudiannya, telah menghantar duta Malaysia di US untuk mendapatkan kesahihan surat tersebut. Beliau akhirnya terharu apabila mendapat tahu akan kebenaran surat berkenaan.

Maka bermula dari itu hubungan yang begitu Dr Mahathir - Azmin, dengan harapan kepada anak angkatnya untuk digilap sebagai pemiimpin besar negara suatu masa nanti.

Kembalinya Azmin ke tanah air, telah ditawarkan 'internship' di Pejabat PM dan akhirnya dilantik sebagai Setia Usaha Sulit Menteri Kewangan, ketika DS Anwar Ibrahim menjadi menteri di kementerian berkenaan.

Meski pun Azmin akhirnya memihak kepada Anwar dalam perseteruan dengan Dr Mahathir, pasti memeranjatkan apabila kita membaca kenyataan berikut;
“Saya harap bila dewan negeri bersidang, majoriti akan sokong Azmin.  
“Jika tidak, akan ada undi tidak percaya dan Selangor haru cari menteri besar baru,” - Tun Dr Mahathir
Oleh kerana kenyataan di atas dilafazkan oleh bukan calang-calang orang, saya yakin kenyataan tersebut bukan secara direct, tetapi membuka ruang untuk pelbagai tafsiran.

Namun begitu, untuk setakat ini antara yang boleh tafsirkan ialah 'Tun masih sayangkan Azmin' iaitu sebagai seorang anak muda yang pernah dipimpinnya ke pintu Pejabat Perdana Menteri suatu ketika dulu.

4 comments:

Anonymous said...

Its ok....

Anonymous said...

Come on la...
Tun cuma nak kestabilan
X bererti sokong Azmin

Tun selalu sebut dulu..
Klu ada parti menang PRU..
hrpnya menang dgn majoriti yg besar
X kira lah sapa menang
Negara akan stabil

Tgk kelantan dan penang
PAS dan DAP menang majoriti
Selangor ?
Walau PR menang
tp cmpur aduk..
UMNO menang ciput jer..
x stabil jugak

Anonymous said...

Betul Anon 8.34pm, saya rakyat Selangor... dah naik muak cerita MB nih... Walaupun saya menyampah dengan Azmin yang sombong ni tapi biar lah Azmin jadi MB untuk sepenggal tanpa diganggu kerana Negeri Selangor memerlukan kestabilan untuk terus maju ... Itu lebih utama.

Anonymous said...

Betul Anon 8.34pm, saya rakyat Selangor... dah naik muak cerita MB nih... Walaupun saya menyampah dengan Azmin yang sombong ni tapi biar lah Azmin jadi MB untuk sepenggal tanpa diganggu kerana Negeri Selangor memerlukan kestabilan untuk terus maju ... Itu lebih utama.