Tuesday, September 30, 2014

Balik Kampung Adalah Pilihan Terbaik Meskipun Azmin Beri Keutamaan Bekas Exco PAS Dilantik Sebagai Timbalan Speaker


Dalam kenyataan awal MB Selangor Azmin Ali berhubung pengurangan kerusi exco PAS dari 4 kepada 3, jawatan Timbalan Speaker, dengan keutamaannya ialah salah seorang dari 2 exco PAS yang digugurkan.

2 exco PAS yang digugurkan ialah Salllehen Mukhyi dan Dr Halimah Ali.

Ketika ini, jawatan Speaker disandang oleh wanita, iaitu Adun DAP Hannah Yeoh. Ini bermakna, peluang Halimah adalah tipis, mengambilkira masakan Speaker dan timbalannya kedua-duanya wanita.

Oleh itu pilihan kini terarah kepada Sallehen, yang pada masa yang sama adalah pemegang rekod sebagai exco yang paling singkat perkhidmatannya ( setahun 4 bulan) dalam sejarah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Namun begitu ada petanda menujukkan Sallehen enggan menerima jawatan tersebut.

Bayangan penolakan PAS terhadap perlantikan itu dibuat melalui kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, "Jika PAS menolak, ia kerana PAS mahu semua ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS yang tidak dilantik menjadi exco berperanan sepenuhnya sebagai Adun di dalam Sidang Dewan Negeri dan tidak sibuk dengan tugas timbalan speaker,” lapor TMI.

Dalam kata lain, balik kampung ke Sabak Bernam yang jaraknya lebih 2 marhalah dari Shah Alam adalah lebih, dari menerima tawaran Timbalan Speaker dari Azmin.

5 comments:

Anonymous said...

Mamat yg dendam kesumat dgn Umno ni? Amik la,pesal x amik. Hebat tu jawatan ni. Bole hentam Umno dlm dewan. Kerja bwh pppuan Dap pun takpe. Asalkan bukan Umno kan..

Anonymous said...

Balik kg, selak balik kitab kitab lama tu, lama dah tinggal, bnyk yg lupa. Dan bnyk lg kitab kitab tak sempat bukak sbb sibuk berpolitik.

Anonymous said...

Tue la bila meludah kua sekali kahak HIJAU bila kene telan balik kan ke biru muka dibuat nye...

Anonymous said...

Ada sesiapa yg nak selamatkan tanah rezeb melayu??

Kawasan Puchong, 4 ekar tanah pertanian yg dikelilingi projek perumahan, bersempadan dengan tanah perbadanan cyberjaya..urusan segera dengan pemilik tanah

Tanpa broker....hanya runding terus ..buka harga 1 juta sahaja seekar walapun orang lain jual 1.3juta ke 1.7 juta seekar..yg pelik macam mana cina boleh beli 2..3 bidang tanah di kawasan yg sama sedangkan tanah tersebut reserve melayu??!!

Sangat menguntungkan untuk projek perumahan atau sebagai pelaburan masa depan ...hubungi segera sms ke 013 2704567..ayuh tolong saya selamatkan tanah melayu !!

Fallen Regime said...

Thanks great blog poost