Monday, September 29, 2014

PasMa Mula Lancarkan Serangan Keatas PAS Terengganu Dengan Mengguna Tentera Upahan Yang Ditauliah Oleh Nik Aziz


Menurut laporan The Malaysian Insider,  PasMa akan dilancarkan di negeri Presiden PAS, iaitu Terenganu pada hari ini.

Antara speaker yang bakal berucap di majlis pelancaran yang akan diadakan di Besut ialah Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi, timbalannya Mohamad Husin, Penasihat Undang-undang Zulhazmi Sharif dan bekas Setia Usaha Akhbar Tun Dr Mahathir Mohamad, Dato' Omar Abu Bakar.

Dari keempat-empat speaker yang dinamakan, kemunculan bekas pegawai Dr Mahathir menimbulkan tanda tanya kepada kita semua.

Siapakah Dato' Omar Abu Bakar?

Omar dikatakan pernah menjadi Setia Usaha Akhbar Dr Mahathir menjadi ahli PAS melalui pentauliahan TG Nik Aziz dalam suatu majlis gilang gemilang pada 6 Oktober 2012, di Setiu, Terengganu (foto atas), yang turut disertai oleh Presiden PAS DS Abdul Hadi Awang.

Dari seorang yang tidak dikenali Omar menjadi popular apabila beliau berucap dikhalayak ramai dan mengaku terlibat dalam membuat surat Ummi Hafilda yang melaporkan perbuatan liwat DS Anwar Ibrahim keatas pemandunya Azizan Abu Bakar, pada 9 April 2013.

Dalam ucapannya yang dipetik oleh Keadilan Daily, Omar dilaporkan sebagai berkata,
“Saya bersumpah saya bertanggungjawab dalam peristiwa sodomi satu (liwat 1).  
“Saya bertanggungjawab dengan Aziz Shamsudin membuat surat Umi Hafilda, menghantar kepada Daim (Zainuddin), hantar kepada Mahathir. Itulah punca sebenarnya (fitnah ini). 
“Bermula dari situ, Anwar ditangkap, dipenjara enam tahun. Tiba-tiba dia dilepas kerana alasan dibebaskan sebab apartment yang dituduh (Anwar melakukan sodomi) belum ada lagi (masa itu)" 
Maklumat lain berkenaan Omar Abu Bakar

Menurut blog Kelab Greenboc, Omar adalah bekas pegawai akhbar Kementerian Pertahanan dan Pegawai Perhubungan Khas kepada 3 bekas Menteri Pertahanan iaitu ketika disandang oleh Tun Abdul Taib Mahmud, Tun Hussein Onn dan Tun Mahathir.

Penglibatan beliau dalam politik adalah, beliau pernah menjadi AJK & Ketua Penerangan Umno Kemaman diera TS Wan Mokhtar.

Malahan Omar juga dikatakan sebagai bekas Setiausaha Jentera Pilihanraya Kebangsaan Semangat 46 Malaysia dan Setia Usaha Semangat 46 Bahagian Kemaman dan Bekas Calon 46 Dun Bukit Bandi (sekarang Air Puteh Kemaman) pada PRU 1990.

Sejauh Mana Keakraban Omar dengan Dr Mahathir?

Dari maklumat dari blog Kelab Greenboc di atas, Dr Mahathir adalah Menteri Pertahanan terakhir Omar berkhidmat. Untuk rekod Dr Mahathir menjadi Menteri Pertahanan untuk tempoh 1981 - 1986.

Bermakna hubungan Omar - Dr Mahathir hanyalah setakat itu.

Selepas itu, beliau telah menyertai parti Semangat 46 (bermula 1988) dan berpandukan kepada penggabungan Semangat 46 dan UMNO, ia hanya berlaku pada 1996.

Sementara itu, surat Ummi Hafilda yang melaporkan salah laku Anwar kepada Dr Mahathir dibuat pada 1997, dengan sendirinya tidak menunjukkan sebarang logik atas dakwaan Omar yang beliau terlibat dalam penulisan surat tersebut.

Senjata Makan Tuan

Dari sambutan gilang gemilang oleh pemimpin-pemimpin PAS keatas penyertaan Omar Abu Bakar sebagai ahli PAS, kini bolehlah diibaratkan sebagai senjata makan tuan.

Mungkin tujuan asal adalah untuk menjadi Omar sebagai senjata untuk membunuh UMNO Terengganu, akhirnya PAS bakal menerima pada apabila Omar telah memulakan peranan memecah belahkan PAS Terengganu.

5 comments:

Anonymous said...

Org mcm omar ni x bleh percaya.... politik flip flop...dia x ada asas politik yg kukuh...

Tp mcm tu lah perangai dia...dah tetua pon masih x dpt jumpa akar....kesiann...

Selayaknya pas ambil dia... sbb pas mmg tong sampah politik....

Anonymous said...

Siapa tak kenal Omar Bakar. Dari mana dia dpt Datuk pun tarikh tak pasti. Menurutnya dia dpt dari Kerajaan Negeri Sarawak. Penipu besar. Kalau setakat Menurut Omar Bakat Pas tak perlu risau sbb Orang Kemaman pun tau siapa dia sebenarnya. Skrg Buaya bertemu Buaya dari Hampass. Eloklah tu.

Johan said...

Mr Omar Burn.

Maha missa said...

Mohon dipautkan blog MMI mahamissa.blogspot.com di blog Tuan .. utk makluman blog Tuan sudah pun dipautkan di blog MMI.Tq

Anonymous said...


babi serang dan lawan kuda kayu samalah 2x5x2.

pemimpin berwawasan berpolitik untuk kebaikan dan kesejahtraan umat sejagat, ini main politik celah kangkang tak habis2 pas balun pasma balun pas balun umno...

dunia tiada sepadan dan segala maklumat dihujung jari. melayu gila ganyang melayu bangsa lain seronok dan tepuk tangan, mereka kata melayu hidup suka balun membalun spesis arablah konon sama bangsa sama agama tapi sering bunuh membunuh itulah yg dikamuskan barat muslim teroris.