Saturday, February 1, 2014

Petanda Nak Serah Jawatan - Khalid Bawa Anwar Ke Majlis High Tea Dengan Selangor Fans


Petang tadi telah berlangsung Majlis High Tea MB Selangor dengan Selangor Fans.

Para penyokong pasukan Liga M Selangor telah hadir, sebagai tanda sokongan kepada pasukan negeri berkenaan.

Dalam perlembagaan FAS, MB adalah secara automatik menjadi Presiden organisasi berkenaan, jadi tanpa mengira latar belakang politik, para penyokong Selangor menerima pelawaan berkenaan.

Malangnya, makhluk yang tak pernah nampak kelibatnya memberi sokongan kepada pasukan Selangor, iaitu Anwar Ibrahim tiba-tiba muncul dalam majlis berkenaan.

Kehadiran Anwar ke majlis berkenaan tidak disenangi oleh sebahagian besar penyokong Selangor.

Friday, January 31, 2014

Siapa Dikalangan Gadis Comel Ini Akan Menentang Anwar Di Kajang?

Barisan calon ratu cantik China dipetik dari CNN

Ada yang berpandangan bahawa BN tidak harus mengikut gendang yang dimainkan oleh PKR yang telah mempersendakan demokrasi melalui PRK ciptaan mereka di kawasan DUN Kajang.

Tidak kurang juga dengan pandangan yang mengatakan semangat Anwar dan PKR yang meluap-luap harus direncat, melalui psy-war.

Kebetulan bagi BN secara tradisinya kerusi DUN Kajang diperuntukkan kepada MCA, rasanya molek benar diteruskan dengan meletakkan calon wanita muda yang cantik rupa parasnya seperti dalam foto atas.

Thursday, January 30, 2014

Rafizi Dedah PRK Sebagai 'Strategi Lidi Sate Kajang' Terhadap Khalid Ibrahim


Dalam kenyataan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang disiarkan di TMI, menyifatkan strategi mengadakan PRK di Kajang sebagai 'Serampang Kajang', yang memberi fokus terhadap pengukuhan penguasaan kepada Selangor, sebelum melangkah ke Putra Jaya.

Meskipun tidak menyebut tujuan DS Anwar Ibrahim bertanding adalah untuk menggantikan TS Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor, tetapi Rafizi menyatakan betapa perlunya penambahbaikan radikal terhadap pentadbiran Khalid di Selangor.

Namun begitu lain pula yang dilihat oleh rakyat kebanyakan. Hakikatnya, ia adalah strategi 'Lidi Sate Kajang', yang diibaratkan akan mencocok Khalid, lantas dipanggang diatas bara. Kemudian para penyokong Anwar akan menjadi tukang kipas untuk 'menyatekan' Khalid Ibrahim!

Wednesday, January 29, 2014

Patutlah Wan Azizah Berlatih Tendang Bola - Rupanya Anwar Bakal Dilantik Sebagai Presiden FAS


Patutlah beria-ria benar Wan Azizah berlatih menendang bola, rupa-rupanya suaminya bakal menjadi menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Kalau benar Anwar Ibrahim akan diangkat menjadi MB Selangor, maka selari dengan perlembagaan FAS, maka atas kapasitu itu menjadikan beliau secara automatik terlantik sebagai Presiden persatuan tersebut.

Bagaimana rupanya FAS jika diketuai oleh Anwar?

Pejabat MB Selangor Berhantu - Beranikah Anwar Ibrahim Masuk?


Pejabat Menteri Besar Selangor di tingkat 21 Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam bagai berhantu kepada Menteri Besar-Menteri Besar yang punya ijazah, apatah lagi bagi siswazah lepasan dari Universiti Malaya.

Bermula dari Dato' Harun Idris (MB Selangor 1964 - 1976), semua MB yang lepasan universiti telah menamatkan karier masing-masing dengan kontroversi. Harun yang ketika itu memimpin sayap Pemuda UMNO Malaysia, mendapat tekanan dari pemimpin tertinggi parti yang akhirnya Harun telah dipenjarakan atas kesalahan rasuah.

Selepas Harun, MB Selangor diisi oleh Dato' Hormat Rafie (1976 - 1982) dan Dato' Ahmad Razali (1982 - 1986). Hanya Hormat dan Ahmad Razali yang terlepas dari kontroversi, apabilah menamatkan penggal masing-masing dengan sempurna. Tetapi secara kebetulan kedua-dua mereka bukan lulusan dari mana-mana universiti.

MB Selangor (1986 - 1997) TS Muhamad Mohd Taib terpaksa melepaskan jawatan apabila ditahan di Australia dengan tuduhan cuba membawa sejumlah matawang yang melebihi dari had yang dibenarkan.

Muhamad kemudian digantikan oleh TS Abu Hasan Omar (1997 - 2000), melepaskan jawatan dengan alasan kesihatan, namun adalah amat sukar untuk menolak andaian yang ia adalah berpunca dari surat layang yang mengaitkan beliau pada tahun berkenaan.

Kedua-dua mereka adalah lulusan universiti yang masing mendapat ijazah dari Universiti Malaya dan Universitu Hull, UK.

Perletakan jawatan oleh Abu Hasan, memberi ruang kepada tokoh muda Dr Mohd Khir Toyo siswazah Universiti Malaya, mengambilalih jawatan MB Selangor dan Khir sempat menamatkan penggal perkhidmatannya (2000 - 2008). Namun begitu Khir menamatkan karier sebagai MB yang kehilangan negeri, apabila BN kalah di Selangor pada PRU12.

TS Khalid Ibrahim yang menempa sejarah sepagai MB Selangor dari PKR selepas Khir, juga adalah lepasan dari Universiti Malaya. Khalid yang berjaya menamatkan penggal pertama (2008 - 2013), kini berdepan tekanan dari dalaman PKR supaya melepaskan jawatan.

Dengan perkembangan terbaru, pengumuman DS Anwar Ibrahim akan bertanding di kawasan DUN Kajang ekoran perletakan jawatan Lee Chin Cheh, umum melihat bahawa kemasukan Anwar itu adalah untuk mengambialih jawatan MB dari Khalid.

Jika ini niat sebenar Anwar, beliau harus memikirkan semula hasratnya itu.

Anwar seperti MB yang terdahulu adalah siswazah lepasan Universiti Malaya, malah punya kontroversi sebelum dilantik kejawatan tersebut.

Dari segi penerimaan pun (bukan dari segi politik), anak-anak muda Selangor telah mempersoalkan kelayakan Anwar, dari sudut usianya dan tempat kelahirannya.

Bila timbul cerita Anwar menggantikan Khalid, soalan yang ditanya ialah "Tiada orang lainkah? Mana anak Selangor?", kerana semua MB Selangor yang dilantik melalui pilihan raya (bermula dari Dato' Abu Bakar Baginda 1959 - 1964) adalah dikalangan anak-anak kelahiran Selangor.

Kecuali Anwar memikirkan yang beliau adalah 'hantu', maka beliau tidak takut untuk duduk di pejabat yang berhantu!

Tuesday, January 28, 2014

Amaran PAS Selangor - Akan Calonkan Iskandar Samad Sebagai MB Selangor Jika PKR Kacau Kedudukan Khalid Ibrahim


Nadanya bagai PAS Selangor mahu Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai MB Selangor.

Dalam kenyataan media Setia Usaha PAS Selangor, Mohd Khairudin Othman yang dipetik dari laman sosial di SINI, melaporkan yang berikut;
"Apa saja keputusan PKR untuk mengosongkan kerusi adun atau menentukan siapa calon, adalah hak PKR untuk menentukan nya dan PAS Selangor tidak akan terlibat campur.
Selagi isu jawatan MB Selangor tidak dikaitkan, maka PAS hanya menjadi pemerhati sahaja.
Namun sekiranya berlaku kekosongan pada jawatan MB, maka PAS Selangor akan mengambil bahagian dalam menentukan siapa calon yang akan di terima oleh rakyat.. Dan PAS Selangor akan turut menghantar senarai calon MB yang dirasakan layak dan sesuai. Ini termasuk menamakan YB Pesuruhjaya PAS Selangor (Iskandar Samad) sebagai calon utama kita"
Adakah ini isyarat bahawa PAS tidak akan menyokong Anwar Ibrahim jika PR menang menawan Putra Jaya?

Monday, January 27, 2014

Anwar Tegur Secara Terbuka Fantasi Tian Chua & Nurul Izzah


Tiba-tiba sahaja Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim bagai merepek dengan idea 'konsesus nasional' yang melibatkan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Antara lain, Anwar menyebut,
"Daripada kita mengutuk isu-isu keselamatan berdasarkan khayalan kita, marilah kita membantu pasukan keselamatan untuk membenteras jenayah dan dengan langsungnya membuat tempat tinggal kita, sekolah kita, malah pusat membeli-belah kita lebih selamat. 
Kita berharap terhadap (isu-isu keselamatan) negara yang jelas lebih mustahak dari tugas kita terhadap parti, memaksa kita memikul cabaran ini"
Dengarkan petikan kenyataan Anwar dalam video di bawah:-


Umum mengetahui bahawa Tian Chua dan Nurul Izzah adalah antara pemimpin-pemimpin PKR yang begitu vokal mengecam pasukan keselamatan.

Kebetulan ungkapan Anwar dibuat selepas Nurul Izzah memfailkan tuntutan fasakh dari suaminya dan apakah ini adalah percubaan membedung 'fantasi Tian Chua dan Nurul Izzah'?

Malah tidak keterlaluan yang Anwar sengaja mahu memerangkap Tian Chua yang sedang berdepan dengan tuduhan jenayah fitnah terhadap pasukan keselamatan di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur, yang butiran kes anda boleh rujuk di SINI.

Peluang Anwar 'Mencucuk Sate' Di Kajang


Ini adalah peluang bagi Anwar Ibrahim untuk 'mencucuk sate' di Kajang.

SMS bertebaran melaporkan Adun PKR Kajang Lee Chin Cheh telah menghantar surat perletakan jawatan kepada Speaker DUN Selangor Hanna Yeoh.

Jika benar dengan laporan tersebut, maka ini adalah permulaan atas kebenaran teori yang mengatakan Anwar akan mengambilalih jawatan MB Selangor dari Khalid Ibrahim.

Dalam tempoh sebulan ini Anwar disaran berlatih mencangkung macam Khalid ketika mengangkat sumpah.

Noh Omar Hadir Di Karangkraf Walau Debat Dengan Khalid Samad Dibatal


Meskipun debat antara Noh Omar dengan Khalid Samad berhubung isu kalimah 'Allah' telah dibatalkan oleh pihak penganjur, akhbar Sinar Harian, namun kelibat Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor itu kelihatan di premis Karangkraf, Shah Alam.

Dilaporkan bahawa Sinar Harian membuat keputusan membatalkan debat berkenaan tengah malam semalam.