Wednesday, January 29, 2014
Pejabat MB Selangor Berhantu - Beranikah Anwar Ibrahim Masuk?
Pejabat Menteri Besar Selangor di tingkat 21 Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam bagai berhantu kepada Menteri Besar-Menteri Besar yang punya ijazah, apatah lagi bagi siswazah lepasan dari Universiti Malaya.
Bermula dari Dato' Harun Idris (MB Selangor 1964 - 1976), semua MB yang lepasan universiti telah menamatkan karier masing-masing dengan kontroversi. Harun yang ketika itu memimpin sayap Pemuda UMNO Malaysia, mendapat tekanan dari pemimpin tertinggi parti yang akhirnya Harun telah dipenjarakan atas kesalahan rasuah.
Selepas Harun, MB Selangor diisi oleh Dato' Hormat Rafie (1976 - 1982) dan Dato' Ahmad Razali (1982 - 1986). Hanya Hormat dan Ahmad Razali yang terlepas dari kontroversi, apabilah menamatkan penggal masing-masing dengan sempurna. Tetapi secara kebetulan kedua-dua mereka bukan lulusan dari mana-mana universiti.
MB Selangor (1986 - 1997) TS Muhamad Mohd Taib terpaksa melepaskan jawatan apabila ditahan di Australia dengan tuduhan cuba membawa sejumlah matawang yang melebihi dari had yang dibenarkan.
Muhamad kemudian digantikan oleh TS Abu Hasan Omar (1997 - 2000), melepaskan jawatan dengan alasan kesihatan, namun adalah amat sukar untuk menolak andaian yang ia adalah berpunca dari surat layang yang mengaitkan beliau pada tahun berkenaan.
Kedua-dua mereka adalah lulusan universiti yang masing mendapat ijazah dari Universiti Malaya dan Universitu Hull, UK.
Perletakan jawatan oleh Abu Hasan, memberi ruang kepada tokoh muda Dr Mohd Khir Toyo siswazah Universiti Malaya, mengambilalih jawatan MB Selangor dan Khir sempat menamatkan penggal perkhidmatannya (2000 - 2008). Namun begitu Khir menamatkan karier sebagai MB yang kehilangan negeri, apabila BN kalah di Selangor pada PRU12.
TS Khalid Ibrahim yang menempa sejarah sepagai MB Selangor dari PKR selepas Khir, juga adalah lepasan dari Universiti Malaya. Khalid yang berjaya menamatkan penggal pertama (2008 - 2013), kini berdepan tekanan dari dalaman PKR supaya melepaskan jawatan.
Dengan perkembangan terbaru, pengumuman DS Anwar Ibrahim akan bertanding di kawasan DUN Kajang ekoran perletakan jawatan Lee Chin Cheh, umum melihat bahawa kemasukan Anwar itu adalah untuk mengambialih jawatan MB dari Khalid.
Jika ini niat sebenar Anwar, beliau harus memikirkan semula hasratnya itu.
Anwar seperti MB yang terdahulu adalah siswazah lepasan Universiti Malaya, malah punya kontroversi sebelum dilantik kejawatan tersebut.
Dari segi penerimaan pun (bukan dari segi politik), anak-anak muda Selangor telah mempersoalkan kelayakan Anwar, dari sudut usianya dan tempat kelahirannya.
Bila timbul cerita Anwar menggantikan Khalid, soalan yang ditanya ialah "Tiada orang lainkah? Mana anak Selangor?", kerana semua MB Selangor yang dilantik melalui pilihan raya (bermula dari Dato' Abu Bakar Baginda 1959 - 1964) adalah dikalangan anak-anak kelahiran Selangor.
Kecuali Anwar memikirkan yang beliau adalah 'hantu', maka beliau tidak takut untuk duduk di pejabat yang berhantu!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Anwar tak takut atau heran dengan hantu sebab dia lah BAPAK segala hantu...dia IBLIS! Nama Iblis Azazil tapi dia ANWAR IBRAHIM tu je bezanya....
Bukan Anwar yg takut hantu tapi hantu takut Anwar, bimbang koyak lobang kunyit, mana nak bertenggek sambil mengilai daa..
HAHAH..MMG BETUL PN,,HANTU PN X CUKUP TANAH NK LARI BILA DENGAR BANG NON NK JD MB,,,MAU HANTU PN X SEMPAT NK G TOILET DH BETARABUR BERAK...
AKU SETUJU .. HANTU TAKAN BERANI NAK LAWAN BAPAK HANTU NI....
KO ORG CUBA KAJI SIKIT SEJARAH....
ANUAR NI DAH SEJAK MULA FAMOUS DARI ZAMAN STUDENT DEMO ISU BALING SEHINGGA SEKARANG RASANYA DIA PECAH REKOD MASIH AKTIF, AGRESIF, DAN TAK RETI NAK KALAH BAIK DALAM BERHUJAH BAHKAN DALAM KES2 MAHKAMH PUN MANA DIA RASA BERSALAH.....SOAL DOSA PAHALA TAK YAH SEBUTLAH DIA LAGI PANDAI... MENGALAHKAN ULAMA DAN MAJLIS FATWA LAGI...SEHINGGA ADA YG KATA DIA NABI...
PENDEK KATA KALAU SEKARANG ORG DOK RISAU MENANTI TURUNNYA DAJJAL....DIA DAH BUAT INTRO DULU...
SILAP2 KALAH DAJJAL DIKELITNYA....
SO APA KO ORG FIKIR INI ANUAR CALANG2 ORG KE...DIA FAMOUS DAN AKTIF DALAM 3 ERA PM.....NASIB BAIK (SYUKUR ALHAMDULILLAH) TUN M PECAT DIA MASA DIA DAH CAPAI TAHAP TPM...KALAU TAK DAH LAMA MALAYSIA NI LUNGKUP, TAK TAHULAH DAH JADI APA....
TAPI DIA TETAP TEGAK LAGI DAN TIDAK TEWAS...AKU PUN TAK TAHU NAK RAMAL KESUDAHANNYA....CUMA YG PASTI JIKA RAKYAT DAN PENYOKONG2NYA MASIH SAYANGKAN DAN MEMANGKAH DIA, MUNGKIN BUKAN SETAKAT JADI MB SELANGOR, MALAYSIA PUN DIA BOLEH GENGGAM BAGAI HELANG MENCENGKAM MANGSANYA!!!! FIKIR2KANLAH....ALLAH LEBIH MENGETAHUI DAN LEBIH BERKUASA MENENTUKAN SESUATU....
Post a Comment