Tuesday, January 28, 2014

Amaran PAS Selangor - Akan Calonkan Iskandar Samad Sebagai MB Selangor Jika PKR Kacau Kedudukan Khalid Ibrahim


Nadanya bagai PAS Selangor mahu Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai MB Selangor.

Dalam kenyataan media Setia Usaha PAS Selangor, Mohd Khairudin Othman yang dipetik dari laman sosial di SINI, melaporkan yang berikut;
"Apa saja keputusan PKR untuk mengosongkan kerusi adun atau menentukan siapa calon, adalah hak PKR untuk menentukan nya dan PAS Selangor tidak akan terlibat campur.
Selagi isu jawatan MB Selangor tidak dikaitkan, maka PAS hanya menjadi pemerhati sahaja.
Namun sekiranya berlaku kekosongan pada jawatan MB, maka PAS Selangor akan mengambil bahagian dalam menentukan siapa calon yang akan di terima oleh rakyat.. Dan PAS Selangor akan turut menghantar senarai calon MB yang dirasakan layak dan sesuai. Ini termasuk menamakan YB Pesuruhjaya PAS Selangor (Iskandar Samad) sebagai calon utama kita"
Adakah ini isyarat bahawa PAS tidak akan menyokong Anwar Ibrahim jika PR menang menawan Putra Jaya?

3 comments:

Anonymous said...

hang sembang lebih....Anwar uluk duit kat hampa diam menikus...sudah la

Anonymous said...

....anwar berdehem sikit kecut teloq PAS...dah ade peluang jd mb taknak ambil...kan bodoh namanya... Guna lah peluang ni tutup kilang arak, hapuskan kedai judi...pusat urut dsbnya....masa kempen cakap berdegar2

Anonymous said...

Sahlah Pkr parti kencing rakyat... kesian rakyat kajang da kena kencing