Saturday, October 27, 2012

Pengakuan Di Aidil Adha - Pengurus Besar Mengaku Bersekongkol Dengan MB Rampas Tanah Yayasan Selangor Demi Eli Wong


Sempena Aidil Adha, Pengurus Besar Yayasan Selangor Ilham Marzuki mengaku terlibat dan bersekongkol untuk perampasan oleh Kerajaan Selangor keatas sebidang tanah milik Yayasan Selangor di Bandar Klang, sebagai memberi laluan bagi pembinaan Pusat Kebudayaan Cina yang dipohon oleh anggota Exco Selangor Elizabeth Wong.

Persengkokolan Ilham ialah dengan sengaja tidak mengendahkan JV yang sedia wujud dengan pihak swasta untuk memajukan lot tanah berkenaan. Bagi Ilham, beliau lebih rela tanah tersebut dirampas dari meneruskan pembangunan tanah tersebut oleh pihak swasta berkenaan.

Dengar dan amati alasan dan ulasan Ilham dalam video di bawah.



Alasan yang diberikan ialah WANG. Baik apa juga alasan diberikan oleh Ilham, beliau sepatutnya berpandangan diluar faktor wang. Apakah Ilham tidak sedar dengan kedudukan Klang sebagai Bandar Diraja?

Andai Ilham menyedari dan menghormati Bandar Diraja, wajar baginya mempertahankan malah memperkasakan seni bina yang lebih 'Kemelayuan' untuk menyerlahkan kedudukan Klang sebagai Bandar Diraja.

Tuesday, October 23, 2012

One Two One di Lembah Pantai - Sharizat Buat Pengumuman Penting Terhadap Nurul Izzah


Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia DS Shahrizat Jalil telah membuat pengumuman yang amat penting di P121 Lembah Pantai, dalam mencabar penyandang kerusi Nurul Izzah.

Tahniah diatas tindakan yang begitu berani dalam meletakkan kestabilan BN di P121 Lembah Pantai.


Monday, October 22, 2012

Gempar!!! Ketua AMK Selangor Akan Buat Report Polis Ekoran 200 Bendera PKR Dibakar Di Bilik Gerakan UMNO


Ketua AMK Selangor Azmizam Zaman Huri dikatakan amat berharap untuk menjadi calon PKR di DUN 46, Pelabuhan Klang.

Oleh sebab itu, sempena kedatangan Anwar Ibrahim ke Pelabuhan Klang semalam, Azmizam telah memberitahu Anwar dan hadirin yang kononnya 200 bendera PKR telah dicuri dan dibakar.

Ketua AMK Selangor ini silap besar kerana percubaan menipu.

Hakikatnya Anwar bukan mudah ditipu sebab beliau sendiri adalah penipu besar. Masakan Anwar sendiri sebodoh itu tidak dapat menilai persekitaran lokasi majlis yang dihadirinya.

Sekali gimik dibuat, Anwar dah tahu betul atau pun tipu.


Gambar atas dipetik dari Google Map dan menunjukkan kedudukan lokasi Anwar berucap. Bagaimana Azmizam dan orang-orangnya hendak menggantung bendera di kawasan lapang berkenaan?

Kalau nak dikatakan 200 bendera berkenaan dipasang di 4 khemah yang disediakan, maka boleh litup keseluruhan khemah. Masuk akalkah? Malah kalau digantung di semua pokok disepanjang jalan Anwar ke lokasi berkenaan pun, bilangan pokok pun tak sampai 50 batang.

Begitu juga kalau nak dikatakan bendera digantung di tiang-tiang persekitaran kawasan parkir, mana pula tiang-tiangnya? Keseluruhan kawasan parkir adalah kawasan bertar tanpa sebatang tiang pun.

Tak apalah, Ketua AMK Selangor yang bangang tu pun sekadar memaklum akan membuat aduan polis.

Tapi elok juga beliau buat aduan. Silap-silap gaya polis akan tanya dia balik, "Kat mana kau gantung 200 bendera tu, sedangkan bilangan tiang elektrik, tiang telefon dan pokok pun tak sampai 200? Ada akai ke tak?".

Sebenarnya sambutan rakyat terhadap Anwar di Pelabuhan Klang amat hambar bila kehadiran cuma 300 orang. Klik SINI untuk pengesahan.

Jadi nak tutup malu, maka digembar-gemburkan kononnya ada unsur sabotaj.

Sunday, October 21, 2012

Bas Khalid Ibrahim Dah Rosak - Anwar Terpaksa Naik Van Penjual Ubat

Anwar berucap lagak penjual ubat di parkir Hypermarket Econsave

Petang tadi Anwar Ibrahim datang ke Pelabuhan Klang. Kali ini Anwar tidak naik bas Jelajah Merdeka Rakyat. Rasanya, bas itu dah rosak seperti juga lori-lori sampah RM14.5 juta yang dibeli oleh Khalid Ibrahim.

Almaklum brand pun sama, jadi kemungkinan itu tidak boleh ditolak.

Anwar memang berhajat jadi PM dan mahu diescort macam PM. Untuk itu, Khalid Ibrahim telah arahkan penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang untuk iringi konvoi Anwar.

Lagi satu yang menarik tentang kaedah kempen terbaru Anwar ialah kaedah si penjual ubat. Lokasi yang dipilih ialah di tapak parkir hypermarket dan pasang khemah. Mudah cakapnya, Anwar harapkan pengunjung-pengunjung hypermarket untuk singgah di khemah yang disediakan.



Seorang anak muda membisikkan sambil bertanya kepada saya "Apakah ini standard bagi Anwar yang diuar-uarkan sebagai mempunyai pengikut yang ramai? Kehadiran cuma ratus bukan ribu."

"Inilah kaedah terbaru Anwar yang semakin kehilangan pengaruh. Kaedah Si Penjual Ubat dan touch & go. Datang berucap taksampai sejam, kemudian lari," balas saya kepada anak muda tersebut. Khabarnya Anwar selepas di Pelabuhan Klang, bergerak ke Klang Utama (Kapar) dan Ijok (Kuala Selangor).

Sebenarnya itulah masalah yang dihadapi Anwar iaitu semakin kehilangan aura dan pengaruh.

Sementara itu, blog Jawa Bernam ada liputan lawatan Anwar di Ijok. Sambutan pun lebih kurang di Pelabuhan Klang. [Baca SINI]

Zulfahmi Anak Jawa Banting Pulang Ke Kandang - Bermula Di Petak 1 Perlumbaan Moto3

Foto : KL Pos

Pelumba motor Zulfahmi Khairuddin akan bermula di petak 1 dalam kategori Moto3, Moto GP Malaysia yang bakal berlansug di Litar Sepang sebentar lagi.

'Anak Jawa' kelahiran Banting, Kuala Langat ini bak pulang ke kandang, kerana litar Sepang berjiran dengan kampung halamannya. Malah, sebelum wujudnya Daerah Sepang, litar ini berada dalam Daerah Kuala Langat.

Tahniah kepada anak kampung yang telah menjelajah dunia.

Sebelum anda menyaksikan perlumbaan petang ini, saksi dan dengarkan slanga antara anak dan ayah yang berasal dari Banting ini.