Monday, October 22, 2012

Gempar!!! Ketua AMK Selangor Akan Buat Report Polis Ekoran 200 Bendera PKR Dibakar Di Bilik Gerakan UMNO


Ketua AMK Selangor Azmizam Zaman Huri dikatakan amat berharap untuk menjadi calon PKR di DUN 46, Pelabuhan Klang.

Oleh sebab itu, sempena kedatangan Anwar Ibrahim ke Pelabuhan Klang semalam, Azmizam telah memberitahu Anwar dan hadirin yang kononnya 200 bendera PKR telah dicuri dan dibakar.

Ketua AMK Selangor ini silap besar kerana percubaan menipu.

Hakikatnya Anwar bukan mudah ditipu sebab beliau sendiri adalah penipu besar. Masakan Anwar sendiri sebodoh itu tidak dapat menilai persekitaran lokasi majlis yang dihadirinya.

Sekali gimik dibuat, Anwar dah tahu betul atau pun tipu.


Gambar atas dipetik dari Google Map dan menunjukkan kedudukan lokasi Anwar berucap. Bagaimana Azmizam dan orang-orangnya hendak menggantung bendera di kawasan lapang berkenaan?

Kalau nak dikatakan 200 bendera berkenaan dipasang di 4 khemah yang disediakan, maka boleh litup keseluruhan khemah. Masuk akalkah? Malah kalau digantung di semua pokok disepanjang jalan Anwar ke lokasi berkenaan pun, bilangan pokok pun tak sampai 50 batang.

Begitu juga kalau nak dikatakan bendera digantung di tiang-tiang persekitaran kawasan parkir, mana pula tiang-tiangnya? Keseluruhan kawasan parkir adalah kawasan bertar tanpa sebatang tiang pun.

Tak apalah, Ketua AMK Selangor yang bangang tu pun sekadar memaklum akan membuat aduan polis.

Tapi elok juga beliau buat aduan. Silap-silap gaya polis akan tanya dia balik, "Kat mana kau gantung 200 bendera tu, sedangkan bilangan tiang elektrik, tiang telefon dan pokok pun tak sampai 200? Ada akai ke tak?".

Sebenarnya sambutan rakyat terhadap Anwar di Pelabuhan Klang amat hambar bila kehadiran cuma 300 orang. Klik SINI untuk pengesahan.

Jadi nak tutup malu, maka digembar-gemburkan kononnya ada unsur sabotaj.

4 comments:

usin said...

ribuan org bunian ada la. itupun memang dh duduk situ. ckp mcm haram. nk lawan hujah.....hahahaha. hujah pasal air free ke dol?

Anonymous said...

ingat org umno tak de kerja lain ke nak buat

Dot said...

AU,

bendera kecik2 20sen satu yg ada gula2 besar telur cicak tu kut? he he

Anonymous said...

rizal said: aku duduk kat pandamaran dah 5 tahun. memang aku ader nampah PKR wat khemah kat depan medan letak kereta enconsave. mlm minggu lalu aku ader lepak kat ke NZ corner berhampiran dengan khemah PKR. aku dok kat kedai tu bersembang sampai pukul 5 pagi. satahu aku x der pun kejadian membakar bendera kat situ. yg aku nampak cuma beberapa orang yg dok jaga khemah tu. aduhai PKR x yah la nak dok menipu orang.