Friday, January 24, 2014

Hadiah Bunga Dari PKR Selangor Sebagai Ucapan Selamat Jalan Kepada Khalid Ibrahim


Meskipun telah dinafikan oleh Setia Usaha Agung PKR Saifuddin Nasution akan keputusan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) menggugurkan Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor, namun anggota MPP Abdullah Sani Abdul Hamid mengesahkan kepada Antara Pos bahawa keputusan konsesus telah dibuat terhadap pengguguran tersebut. MPP juga telah menyerahkan kepada Anwar Ibrahim untuk menyelesaikan kemelut tersebut.


Kenyataan Abdullah Sani turut disahkan oleh Ketua AMK Shamsul Mat Akin dan Dr Xavier Jeyakumar. 

Oleh kerana isu ini tidak berhenti setakat penafian Saifuddin, tindakan Abdullah Sani adalah merupakan tekanan kepada Anwar untuk memecat Khalid.

Sementara itu, kesukaran-kesukaran yang bakal dilalui oleh Anwar dalam menghadapi tekanan ini ialah dalam untuk mendapatkan perkenan diraja dan juga persetujuan dari PAS dan DAP diatas perlantikan MB baru.

Hakikat yang perlu ditelan oleh kelompok anti-Khalid dalam PKR ialah bukan mudah untuk 'menendang' Khalid keluar dari pejabat MB.

Thursday, January 23, 2014

Ketua Staf Pejabat MB Selangor Sahkan Ada Pandangan Dalam Pimpinan PKR Untuk Gugur Khalid Ibrahim


Disamping sebagai Setia Usaha Agung PKR, Saifuddin Nasution juga adalah Ketua Staf Pejabat MB Selangor.

Tentunya amat sukar bagi Saifuddin Nasution untuk berdolak dalik dalam membuat kenyataan, iaitu ketika atas sebagai kapasiti Setia Usaha Agung, mahupun bercakap sebagai Ketua Staf Pejabat MB Selangor yang gajinya dibayar oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Namun begitu, hari ini Saifudin atas kapasiti Setia Usaha Agung mengesahkan adanya pandangan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR yang mencadangkan Khalid Ibrahim digugurkan dari jawatan MB Selangor.

Malah Saifuddin turut memberitahu, sebagai Setia Usaha Agung adalah menjadi tugasnya untuk mengutus surat kepada MB dalam apa jua pandangan parti terhadap pentadbiran negeri, walhal pada masa yang sama beliau juga adalah Ketua Staf Pejabat MB.

Melihat dari isu pengguguran Azmin Ali sebagai ahli lembaga pengarah PKNS, jelas bahawa Khalid punya trump card untuk menggugurkan Saifuddin.

Inilah hakikat bahawa Khalid punya kuasa eksekutif yang mengatasi pemimpin-pemimpin kanan dalam PKR dan inilah yang memeningkan kepala mereka!

Tuesday, January 21, 2014

Dah Terpampang Bendera Jepun Kat Narita Pun, Anwar Masih Nak Try Masuk

Anwar Ibrahim memang semula jadi bersifat diluar tabie berbanding kita semua.

Sememangnya di Narita Airport terpampang bendera Jepun, yang bermakna pihak berkuasa Jepun punya hak untuk membenarkan atau menghalang kemasukan sesiapa pun ke negara berkenaan.

Tapi Anwar ini jenis manusia degil, apa cara pun dia tetap try nak masuk.

Lelaki Pendek Bersaiz Tentera Jepun Dalam Perang Dunia II, Ketuai Utusan Anwar Hantar Nota Bantahan Ke Kedutaan Jepun


Seorang lelaki pendek yang bersaiz tentera Jepun dalam Perang Dunia II, dilihat mengetuai rombongan utusan Anwar Ibrahim ke Kedutaan Jepun, untuk menyerahkan nota bantahan diatas pengusiran beliau dari memasuki negara berkenaan.

Amat sukar untuk melihat spesis seperti lelaki ini di Jepun, khususnya generasi selepas pengeboman Hiroshima dan Nagasaki pada tahun 1945 oleh Tentera Berikat.

Monday, January 20, 2014

Tersipu-Sipu Anwar Bila Kena Gelak Dengan Dr Mahathir


Foto atas adalah gambar lama ketika DS Anwar Ibrahim masih dalam kerajaan.

Anwar kelihatan kekok menggayakan tradisional Jepun hingga mengundangkan ketawa besar dari Tun Dr Mahathir.

Hakikatnya, Anwar sekadar menuruti Dr Mahathir dalam 'Dasar Pandang Ke Timur' yang diperkenalkan oleh bekas PM berkenaan.

Dalam keadaan hari ini pun, amat sukar untuk kita mendengar Anwar mengupas budaya kerja Jepun mahu pun Korea dalam membangunkan ekonomi dan teknologi mereka.

Sebaliknya 'Asian Renaissance' yang diperkatakan oleh Anwar lebih menjurus kebada liberalisme melalui masyarakat sivil yang pluralistik di Asia.

Semalam Anwar telah dihalang masuk ke Jepun.


Anwar mendakwa pengusirannya berpunca dari 'aduan' yang pada agakannya pada 2013.

Kini, Anwar malu kerana menjadi 'barang' larangan masuk ke Jepun.

Sunday, January 19, 2014

Isu Sampah Berulang Semula Di Selangor - Sabotaj Dalam PKR Untuk Jatuhkan Khalid Ibrahim


Awal tahun 2012 masalah pungutan sampah di Selangor adalah begitu serius dan ketika itu kerajaan negeri Selangor membuat tohmahan, kononnya berpunca dari sabotaj kontraktor-kontraktor pungutan sampah pro-UMNO.

Selepas itu, urusan pungutan sampah telah diambilalih oleh PBT Selangor dari pengurus sisa pepejal Alam Flora.

Dengan pengambil-alihan itu, bermakna urusan pungutan sampah diurus keseluruhannya oleh kerajaan negeri. Malahan, kerajaan negeri telah mengurus pembelian 50 lori sampah (gred rendah yang amat susah dilihat beroperasi yang mungkin kebanyakan telah rosak) dari China, untuk membunuh pemilik-pemilik lori sampah yang dituduh sebagai agen UMNO.

Jika sebelum ini kontraktor dan pemilik lori sampah di'kambing hitam'kan sebagai punca masalah, apakah pula alasan yang bakal diberikan oleh kerajaan negeri apabila isu ini mula menunjukkan tanda-tanda berulang?

Foto atas adalah yang terbaru di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang yang dibawah kawasan Majlis Perbandaran Klang yang dimaklum telah seminggu tidak dipungut. Disamping itu, beberapa kawasan lain turut mengalami masalah yang serupa, khususnya di kawasan DUN Khalid Ibrahim.

Adakah ini berupa sabotaj oleh Azmin Ali untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim? Atau ini adalah petanda perebutan kontrak pungutan sampah dikalangan puak Azmin dengan puak Khalid?