Sunday, January 19, 2014

Isu Sampah Berulang Semula Di Selangor - Sabotaj Dalam PKR Untuk Jatuhkan Khalid Ibrahim


Awal tahun 2012 masalah pungutan sampah di Selangor adalah begitu serius dan ketika itu kerajaan negeri Selangor membuat tohmahan, kononnya berpunca dari sabotaj kontraktor-kontraktor pungutan sampah pro-UMNO.

Selepas itu, urusan pungutan sampah telah diambilalih oleh PBT Selangor dari pengurus sisa pepejal Alam Flora.

Dengan pengambil-alihan itu, bermakna urusan pungutan sampah diurus keseluruhannya oleh kerajaan negeri. Malahan, kerajaan negeri telah mengurus pembelian 50 lori sampah (gred rendah yang amat susah dilihat beroperasi yang mungkin kebanyakan telah rosak) dari China, untuk membunuh pemilik-pemilik lori sampah yang dituduh sebagai agen UMNO.

Jika sebelum ini kontraktor dan pemilik lori sampah di'kambing hitam'kan sebagai punca masalah, apakah pula alasan yang bakal diberikan oleh kerajaan negeri apabila isu ini mula menunjukkan tanda-tanda berulang?

Foto atas adalah yang terbaru di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang yang dibawah kawasan Majlis Perbandaran Klang yang dimaklum telah seminggu tidak dipungut. Disamping itu, beberapa kawasan lain turut mengalami masalah yang serupa, khususnya di kawasan DUN Khalid Ibrahim.

Adakah ini berupa sabotaj oleh Azmin Ali untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim? Atau ini adalah petanda perebutan kontrak pungutan sampah dikalangan puak Azmin dengan puak Khalid?

No comments: