Disamping sebagai Setia Usaha Agung PKR, Saifuddin Nasution juga adalah Ketua Staf Pejabat MB Selangor.
Tentunya amat sukar bagi Saifuddin Nasution untuk berdolak dalik dalam membuat kenyataan, iaitu ketika atas sebagai kapasiti Setia Usaha Agung, mahupun bercakap sebagai Ketua Staf Pejabat MB Selangor yang gajinya dibayar oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Namun begitu, hari ini Saifudin atas kapasiti Setia Usaha Agung mengesahkan adanya pandangan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR yang mencadangkan Khalid Ibrahim digugurkan dari jawatan MB Selangor.
Malah Saifuddin turut memberitahu, sebagai Setia Usaha Agung adalah menjadi tugasnya untuk mengutus surat kepada MB dalam apa jua pandangan parti terhadap pentadbiran negeri, walhal pada masa yang sama beliau juga adalah Ketua Staf Pejabat MB.
Melihat dari isu pengguguran Azmin Ali sebagai ahli lembaga pengarah PKNS, jelas bahawa Khalid punya trump card untuk menggugurkan Saifuddin.
Inilah hakikat bahawa Khalid punya kuasa eksekutif yang mengatasi pemimpin-pemimpin kanan dalam PKR dan inilah yang memeningkan kepala mereka!
No comments:
Post a Comment