Friday, September 13, 2013

Exco Selangor Kelam Kabut Untuk Tutup Kezaliman Pesuruhjaya PAS Selangor Yang Restui Perobohan Gerai Di Meru, Klang


Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr Daroyah Alwi tiba-tiba menjadi kelam-kabut apabila Pengerusi Perhubungan UMNO DS Noh Omar mempersoalkan tindakan Majlis Perbandaran Klang merobohkan 11 gerai di Jalan Teratai, Meru.

Beliau berjanji akan merujuk kepada MPK yang bertindak mendahului daripada penyediaan tapak gerai gantian hingga menyerlahkan kezaliman pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor.


Adun Meru yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman adalah bertanggungjawab terhadap kezaliman serta merestui perobohan gerai-gerai berkenaan.

Menjelang sambutan kemerdekaan, pemilik-pemilik berkenaan telah pun maklum akan cadangan untuk merobohkan gerai mereka, lalu mereka telah cuba mendapatkan pertolongan dari pemimpin utama PAS Selangor berkenaan.

Sebaliknya Rani kerap berdalih dan mengelak dari menghulurkan bantuan. Apabila berjaya dihubungi melalui telefon, Rani memberikan alasan berada di luar kawasan.


Akhirnya peranan sebenar Rani terserlah apabila beliau mengadakan sidang media untuk menempelak Noh Omar yang sebelum itu mempersoalkan kewajaran tindakan perobohan tersebut.

Rani yang menyokong tindakan MPK meroboh premis perniagaan di Jalan Teratai, Meru itu memberikan alasan kerana beroperasi haram dan menyalahi Akta Kanun Tanah Negara, lapor lidah rasmi kerajaan PR Selangor - Media Selangorku.

Wujudnya percanggahan antara Exco dan Adun berkenaan, tidak lainnya hanyalah sandiwara untuk menutup niat buruk sebenar pemimpin PAS No. 1 Selangor itu.

Thursday, September 12, 2013

Gerakan Dalaman Singkir Timbalan Presiden PAS - Budak Pemegang Tongkat Nik Aziz Dihantar Untuk Lawan Mat Sabu


PAS Kawasan Besut mencalonkan Timbalan MB Kelantan Nik Mohd Amar untuk berdepan dengan Mat Sabu untuk jawatan Timbalan Presiden PAS.

Langkah ini dilihat sebagai signal untuk meletakkan barisan ulamak dalam 2 jawatan tertinggi PAS, bersampingan dengan Presiden TG Hadi Awang.

Sementara itu, PAS Kawasan Segamat pula telah mencalonkan pemegang tongkat Nik Aziz (foto atas) Husam Musa untuk jawatan Timbalan Presiden, lapor Agenda Daily dan secara lansung memberikan tambahan signal penolakan terhadap Mat Sabu.

Berdasarkan 2 pencalonan ini, sudah cukup untuk Mat Sabu untuk menilai kedudukannya yang bakal berdepan dengan 'orang-orang Nik Aziz' dalam mempertahan jawatan Timbalan Presiden PAS yang disandanginya.

Sekilas pandang sudah cukup untuk menyimpulkan kedudukan Mat Sabu kini goyah.

Wednesday, September 11, 2013

Meskipun Mustafa Ali Hanya Penebar Roti Canai, Beliau Punya Taraf Tersendiri Sebagai Ulamak Dalam PAS Menurut Pandangan Nik Aziz

"Semua orang Pas ulamak, sedikit atau banyak itu (yang membezakan), mana boleh orang Pas jahil, semua orang Pas ulamak belaka cuma taraf ilmu yang ada pada dia sedikit sebanyak itu atas dia, dia mengaji banyak mana, cebur diri dalam masyarakat, berpengalaman dan sebagainya," - Nik Aziz
Mursyidul Am PAS mendakwa bahawa ulama adalah mereka yang boleh bercakap dengan dalil al Quran dan Hadis biar pun bertali leher atau memakai songkok.

Justeru, Mustafa Ali dan Mat Sabu juga adalah antara ulamak-ulamak yang duduk dalam kepimpinan PAS. Malah Mahfuz Omar juga adalah dalam kategori ulamak.

PAS Kawasan Besut Tidak Calonkan Husam Sebagai Naib Presiden - Gara-Gara Gagal Sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil Kuala Besut?


Sepatutnya adalah mudah Husam Musa untuk mendapat pencalonan sebagai Naib Presiden PAS. Ini memandangkan kehadiran selama hampir 2 minggu Husam di Besut, mengetuai Jentera Pilihan Raya PAS dalam PRK Kuala Besut di bulan Ramadan yang lalu.

Mungkin atas faktor kekalahan calon PAS Azlan Yusof @ Che Long dalam PRK tersebut serta kepincangan jentera pimpinan Husam, maka PAS Besut meminggirkan beliau, sebaliknya mencalonkan 3 calon Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar, lapor The Malaysian Insider.

Dalam pada itu, PAS Besut bagai menyahut seruan Mursyidul Am TG Nik Aziz yang mahukan Timbalan Presiden dikalangan ulamak, apabila menamakan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah sebagai Timbalan Presiden untuk mencabar penyandang Mat Sabu.

Nga Kor Ming Dapat Perlindungan Nik Aziz Untuk Cetuskan Provokasi Terhadap Melayu


Keakraban tokoh DAP Perak Nga Kor Ming yang pernah dibelengu konroversi pajakan 4,000 hektar tanah milik Yayasan Islam Kelantan dengan Mursyidul Am PAS TG Nik Aziz mempunyai muslihat disebaliknya.

Berbaik-baik dengan Nik Aziz yang tak mengaku Melayu, membolehkan Nga bebas buat provokasi terhadap orang-orang Melayu.

Dalam status FB miliknya (klik SINI), Nga sengaja mencetuskan kontroversi melalui persendaan terhadap UiTM yang berada dalam kedududkan 701+ senarai ranking dunia.


Kalau kedudukan ranking 701+ berkenaan pun sengaja diperbesar dan dikaitkan dengan dasar perkauman, apatah pula agaknya serangan Nga kalau UiTM berada pada ranking 1 dunia?

Pasti Nga akan menyalak keseluruh dunia yang UiTM contoh rasis kerajaan BN kerana hanya memberikan kepada orang Melayu untuk masuk ke universiti No. 1 dunia!

Nga berani mengusik sentimen Melayu hanya kerana dia mendapat perlindungan Nik Aziz yang akrab dengannya.

Tuesday, September 10, 2013

Khalid Samad Jatuhkah Taraf Nik Aziz Ketahap 'Tok Lebai Janggut'


Pendirian Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad yang disebarkan melalui twitter, yang merelakan penggunaan kalimah Allah dengan sendirinya menjatuhkan martabat Mursyidul Am TG Nik Aziz ketahap 'Tok Lebai Janggut'.


Kenyataan rasmi Majlis Syura Ulamak bertarikh 13/1/2013 yang ditandatangani bersama oleh TG Nik Aziz dan Timbalannya Dato' Dr Harun Din berhubung penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam antara lain menyebut,
"menterjemahkan perkataan God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ia adalah salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah."

Menyanggah keputusan Majlis Syura Ulamak juga adalah satu perbuatan melanggar disiplin dan Khalid Samad boleh dikenakan tindakan, lantaran kenyataannya itu disamping menjatuhkan kredibiliti majlis malah ia juga boleh mendatangkan mudarat kepada PAS.

Dengarkan pendirian Majlis Ulamak PAS berkenaan isu berkenaan seperti yang dihuraikan oleh Nik Aziz dalam video di bawah:-

Monday, September 9, 2013

Doa Sesalan Nik Aziz Selepas Tidak Lagi Menjadi MB Kelantan


"Saya berdoa dan minta Haji Hadi (Abdul Hadi Awang) yang banyak pengalaman dan ilmu kalau boleh biar dia teruskan jadi Presiden (tetapi) timbalan atas undi dan tentulah saya nak orang ulama jadi timbalan. 

 "Semua orang Pas ulama, sedikit atau banyak itu (yang membezakan), mana boleh orang Pas jahil, semua orang Pas ulama belaka cuma taraf ilmu yang ada pada dia sedikit sebanyak itu atas dia, dia mengaji banyak mana, cebur diri dalam masyarakat, berpengalaman dan sebagainya. 

 "Saya tidak boleh sebut nama orang pilihan saya, orang yang nak jadi timbalan dia kena calon nama dia, orang nak pilih atau tidak itu terpulanglah kepada ahli, saya tidak boleh sebut nama dia," - Nik Aziz
Nik Aziz hanyalah manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan dalam membuat pertimbangan.

Hanya deisebabkan nafsu amarahnya terhadap UMNO maka kesilapan demi kesilapan dilakukan. Gara-gara menjadi UMNO musuh, lantas Nik Aziz terpengaruh dengan doktrin 'Tahaluf Siyasi' yang berikut;
Tahaluf Siyasi membawa makna kerjasama harakah Islam dengan mana-mana pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya. Kerjasama ini boleh terjadi di dalam apa jua bidang yang dipersetujui bersama untuk sama-sama menghadapi musuh yang sama. 
Tahaluf Siyasi juga kemungkinan boleh berlaku dengan gerakan yang pernah atau berpotensi untuk menentang ideologi harakah Islam. Dalam suasana hari ini, tahaluf siyasi yang dimaksudkan juga termasuk kerjasama dengan golongan bukan Islam untuk menghadapi musuh yang sama. 
UMNO dianggap oleh Nik Aziz berfahaman nasionalis dan menolak Islam, lantaran itu dianggap musuh. Tiada sama sekalikah jasa UMNO kepada Islam hingga sanggup dijadikan musuh?

Malahan Nik Aziz dengan amarah yang wujud dalam dirinya terlupa bahawa kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat, tidak pula menjadi dominan malah berada pada kedudukan paling rendah berbanding DAP dan PKR.


Sedarkah Nik Aziz betapa kebenciannya terhadap UMNO telah melonjakkan sokongan terhadap DAP yang dari dulu, kini dan selamanya tidak begitu gembiran dengan dominan Islam di negara ini?

Sepanjang tempoh 2008 - 2013, Nik Aziz terpesona dan terlena dengan dendangan Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim. Kalau UMNO dianggap sebagai nasionalis yang bertentangan dengan Islam, apa pula status DAP dan PKR, Islamkah mereka?

Dalam keadaan Nik Aziz yang berada dipenghujung usia, sudah sampainya masanya Nik Aziz menyoal dirinya tentang apa yang telah diredai olehnya benar-benar telah menjujung Islam kekedudukan yang tertinggi.

Barangkali, kekesalan yang bakal dihadapi oleh Nik Aziz ialah atas kegagalannya mengawal Anwar Ibrahim dan Khalid Samad yang beria-ia mengizinkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam terjemahan 'God' dalam Bible berbahasa Melayu.

Lantaran itu, maka siang malam Nik Aziz akan menangis dan menadah tangan berdoa kepada Allah supaya PAS dikembalikan kepada ulamak.