Saturday, March 8, 2014

Akhirnya Mat Taib Hanya Mampu Menghala Kedua-dua Tangannya Ke Punggung


Bekas MB Selangor TS Muhamad Mohd Taib tiba-tiba menjadi ghairah, apabila DS Anwar Ibrahim menjanjikannya untuk berperanan sebagai strategis luar bandar, selepas PRK Kajang.

Kebetulan, Mat Taib pun bukan calang-calang orang. Lulusan ijazah sarjana muda kelas pertama, meskipun pernah gagal LCE (pada anak-anak muda mungkin hanya tahu SRP dan PMR), ketika di tingkatan 3. Dulu-dulu kalau gagal LCE, maka tidak boleh naik ke tingkatan 4, jadi kena duduk semula di tingkatan 3 untuk dapatkan LCE.

Dari seorang yang dikira lembab diawal remaja, Mat Taib kemudiannya bangkit dialam dewasanya. Berkat rajin dan menempuhi pengalaman dan persekitaran, Mat Taib bertukar menjadi cerdas, hingga cemerlang setelah menjadi pelajar matang di menara gading.

Malangnya, bagai kitaran hayat dari cemerlang, pemikiran menjadi lembab setelah melewati usia 60an. Betapa tidaknya, kecerdasan fikiran yang dimiliki tidak seharusnya mudah diperbodohkan oleh Anwar.

Penganilisis di kedai kopi pun tahu akan muslihat Anwar di PRK Kajang, semata-mata untuk terbitkan gelombang penetangan rakyat, atas kemungkinan yang kuat dihantar ke penjara. Inilah kelemahan Mat Taib yang tidak dapat membaca permainan Anwar, walau pun pernah menjadi siswa cemerlang di universiti.

Mungkin rasa marah dan kecewa tidak mempunyai tempat di peringkat tertinggi UMNO, Mat Taib mengambil keputusan berubah arah. Dari juara 'Melayu Baru' dan pernah mengeluarkan belanja mempromosi 'Melayu Baru' untuk menang pemilihan UMNO 1993, akhirnya beliau sendiri yang menentang UMNO.

Ketika anak-anak Selangor mahukan MB dikalangan anak jati negeri, Mat Taib pula yang hendak mengubah tabii pemilihan MB dengan meletakkan anak luar Selangor di jawatan tertinggi pentadbiran Selangor.

Kini peluang Anwar untuk menjadi calon telah tertutup dan pada masa yang sama Mat Taib hanya mampu menghalakan kedua-dua tangannya ke punggung (foto atas), seperti yang ditunjukkannya di pentas kempen PRK Kajang bersama Anwar.

Rapat Umum Pertama Anwar Ibrahim Selepas Disahkan Sebagai Peliwat Oleh Mahkamah Rayuan


Sudah dijangkakan Anwar menuduh badan kehakiman digunakan untuk menjatuhkannya.

Seperti biasa, Anwar tetap riak dan takabur dalam mengejar cita-cita politiknya, hingga dikejar tak dapat dan yang dikendong berciciran. Apabila keputusan mahkamah dikuatkuasakan, Anwar juga akan kehilangan kerusi parlimen Permatang Pauh.

Friday, March 7, 2014

Boleh Tahan Juga Kawan Anwar Ni... Turut Ramalkan Anwar Ke Penjara


Dr Razali Nawawi ialah rakan Anwar Ibrahim semasa dalam ABIM.

Seperti juga Azmin Ali, Razali telah pun mengatakan Anwar akan masuk penjara, sebelum mahkamah rayuan membuat keputusan penjara 5 tahun keatas Ketua Pembangkang itu.

Tengok video di bawah pun, agak semacam..... boleh tahan juga gayanya.

Azmin Bayangkan Dijatuhi Hukuman, Karpal Jangka Tangguhan Penghakiman


Tatkala Azmin Ali membayangkan Anwar Ibrahim bakal dijatuhi hukuman, lain pula dengan pandangan Karpal Singh, yang juga anggota pasukan pembelaan Anwar untuk Kes Liwat 2.

Menurut Rakyat News, Karpal menjangkakan keputusan tidak akan dibuat hari ini.

Azmin Bayangkan Kemungkinan Anwar Bakal Dijatuhi Hukuman Selepas Solat Jumaat


Kalau benarlah seperti yang dibayangkan oleh Azmin Ali akan kemungkinan Anwar Ibrahim bakal dijatuhi hukuman kes liwat selepas solat Jumaat hari ini, maka bagi Anwar, 'yang dikejar tak dapat dan yang dikendong berciciran'.

Thursday, March 6, 2014

Amaran Khalid Ibrahim Kepada Anwar - Rating Negeri Akan Jatuh Kerana Tak Menghormati Perjanjian

"Kalau kita buat janji lepas tu tinggal, maka malulah kita dari segi tugas yang kita lakukan. Kalau perjanjian tak ditunaikan maknanya rating negeri itu akan jatuh kerana tak menghormati perjanjian," - Khalid Ibrahim
Diatas adalah ungkapan MB Selangor TS Khalid Ibrahim dalam mengulas kemungkinan MoU penstrukturan semula industri bekalan air Selangor yang telah ditandangani oleh Kerajaan Negeri Selangor bersama Kerajaan Persekutuan, akan dibatalkan jika berlaku perubahan dalam pentadbiran negeri, ekoran desas desus mengatakan DS Anwar Ibrahim akan menjadi MB Selangor selepas PRK Kajang.

Kenyataan tersebut ternyata berlawanan dengan pendirian Anwar yang mengatakan MoU bukanlah perjanjian yang mengikat dan tidak boleh dibatalkan.

Semalam, Anwar mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat akan menghantar utusan yang terdiri dari Tan Kok Wai (DAP), Dr Dzulkefly Ahmad (PAS) dan Saifudin Nasution Ismail untuk mendapatkan penjelasan dari Khalid berhubung MoU berkenaan, disamping untuk menyampaikan amanat supaya Khalid tidak tergesa-gesa untuk menandatangani perjanjian dengan Kerajaan Persekutuan berhubung penstrukturan semula industri bekalan air Selangor.

Hari ini, Anwar menerima tamparan dari Pengarah Eksekutif Institut Rakyat (institut penyelidikan milik PKR), Khairul Azwar Ahmad Tajuddin (melalui rencana tulisannya di TMI) membuat pendirian menyokong MoU yang telah ditandatangani oleh Khalid bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor.

Khairul Azwar yang pernah mengorbankan jawatannya sebagai Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam, malah memilih untuk bersama Anwar, cenderung untuk mengenepikan persoalan-persoalan yang dilontarkan oleh Anwar atas perkara-perkara berikut;

  • Kenapa kerajaan Selangor bersetuju hadir ke majlis menandatangani MoU secara mengejut yang diuruskan oleh Pejabat Perdana Menteri tanpa merujuk terlebih dahulu kepada pimpinan PKR ataupun PR?
  • Kenapa terlalu lama masa diambil untuk mendedahkan kepada awam dokumen MoU tersebut secara keseluruhan yakni bertentangan dengan prinsip ketelusan dan kebebasan maklumat yang menjadi amalan kerajaan negeri?
  • Kesahihan MoU ini kerana ditandatangani tanpa diperhalusi terlebih dahulu dan diluluskan di mesyuarat Exco negeri?

Sebelum ini, kami di blog Akar Umbi telah menyemak MoU berkenaan dan mendapati bahawa Kerajaan Selangor melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad bakal memperolehi lebihan tunai yang dianggarkan RM30 juta dari transaksi penstrukturan semula tersebut, baca SINI.

Perkara ini turut diakui oleh Khairul Azwar dalam rencananya, jadi apa lagi yang Anwar mahu?

Kawalan Ketat Untuk Teresa Kok Kerana Geli Geleman Tergesel Telur


Kecoh di Permatang Pauh bila dikatakan Teresa Kok ditampar oleh seorang lelaki, di majlis ceramah malam tadi.

Rupanya kekecohan berlaku apabila lelaki misteri yang datang kearah Teresa untuk bersalam, mengambil kesempatan menggeselkan telur tembelang kepada Ahli Parlimen DAP itu.

Tidak biasa tergesel telur, maka geli gelemanlah Teresa hingga menimbulkan kekecohan dalam ceramah politik di kawasan parlimen Anwar Ibrahim tersebut.

Teresa Kok Kena Penampar Selepas Ceramah Di Permatang Pauh?


Menurut laporan Utusan Malaysia Online (disiarkan pada 11.42 malam), Teresa Kok telah ditampar oleh seorang lelaki selepas berceramah di Taman Cermai, Permatang Pauh.

Pelik juga, disaat-saat pemimpin-pemimpin PR berkumpul di Kajang, mengapa pula Teresa memilih untuk berceramah di kawasan parlimen Anwar Ibrahim?

Menyedari bahawa berita tersebut hanya gimik dari juak-juak pembangkang untuk kempen Anwar di PRK Kajang, Utusan telah menarik balik berita berkenaan beberapa minit kemudian.

Wednesday, March 5, 2014

3 Lelaki Dipaliti Kontroversi Bergabung Di Majlis Pelancaran Jentera PAS PRK Kajang


Ketiga-tiga lelaki di baris hadapan (foto atas) kelihatan gelak sakan dapat bergabung di pentas "Pelancaran Jentera PAS Kajang".

Dari kiri Mat Tyson, Cikgu Pa dan Pak Sheikh, masing-masing punya cerita kontroversi.

Mat Tyson dengan kontroversi kahwin lari dengan puteri raja di Selatan Thai, Cik Gu Pa dengan rakaman video di bilik hotel dan Pak Sheikh yang tak perlu diulang cerita-cerita kontroversinya.

Reaksi Wajah Anwar Ibrahim Ketika Berdepan Wartawan Antara Pos


Lihat reaksi wajah Anwar Ibrahim ketika wartawan Antara Pos cuba mengajukan soalan kepada beliau, yang anda boleh tonton sepenuhnya dalam video di bawah.


Anwar enggan menerima ajuan soalan dan menyifatkan Antara Pos sebagai 'baik sikit dari TV3'.


Apa pula komen Anwar terhadap MB Selangor Khalid Ibrahim yang telah pun turut serta dalam rakaman program soal jawab bersama stesyen yang paling dibencinya, TV3 yang bakal disiarkan jam 11 malam nanti?

Tuesday, March 4, 2014

Kalau Disingkap Skirt Rafizi, Yang Kita Nampak Hanyalah Telur


Dalam keghairahan yang dikuasai oleh rasa marah dan geram, Rafizi Ramli cuba menonjolkan kebodohan MB Selangor TS Khalid Ibrahim berhubung MoU penstrukturan industri bekalan air yang ditandangani antara Kerajaan Negeri Selangor dengan Kerajaan Persekutuan, namun yang terserlah ialah kebodohan dirinya sendiri.

Kebodohan terserlah apabila mengandaikan jumlah tawaran pampasan kepada pemegang konsesi air berjumlah RM11.65 bilion dan bukannya RM9.65 bilion seperti yang didakwanya dalam blognya [SINI], yang petikan adalah seperti berikut;
"Saya menafsirkan ini sebagai bayaran tambahan yang akan dibuat kepada pemegang konsesi selain dari tawaran sedia ada Kerajaan Selangor (melalui KDEB) yang berjumlah RM9.65 bilion itu. Artikel 4(iii) juga perlu dibaca bersama dengan Artikel 4(i) yang menyentuh mengenai tawaran asal dari KDEB berjumlah RM9.65 bilion. 
Ringkasnya, Kerajaan Persekutuan memberi persefahaman bahawa untuk mendapatkan persetujuan dari pemegang konsesi sedia ada, peruntukan tambahan sebanyak RM2 bilion akan digunakan untuk mengambilalih ekuiti pemegang konsesi. Saya menafsirkan ini sebagai bayaran tambahan yang akan dibuat kepada pemegang konsesi, menjadikan jumlah bayaran pampasan kepada pemegang konsesi bukanlah RM9.65 bilion tetapi RM11.65 bilion (termasuk RM2 bilion tambahan)".
KDEB Perolehi RM30 Juta Dari Kerajaan Pusat.

Barangkali Rafizi hanya membaca setakat artikel 4(iii) MoU berkenaan (yang turut didedahkan oleh dalam blog milik Rafizi), walhal sub-artikel (iv) turut memperincikan pecahan yang membawa kepada harga pampasan RM9.65 bilion.

Baca kandungan sub-artikel (iii) dan (iv) di bawah;
(iii) selain daripada tawaran KDEB, Kerajaan Persekutuan melalui PAAB akan menyediakan peruntukan sejumlah RM2 billion untuk membantu Kerajaan Negeri Selangor dalam urusan pengambilalihan ekuiti Syarikat-Syarikat Konsesi Air. Sebagai balasan, Kerajaan Negeri Selangor akan menyerahkan kepada PAAB “unencumbered” aset-aset air, atau ekuiti dalam Water SPV milik KDEB,(tertakluk kepada peratus ekuiti maksimum 30%), atas opsyen PAAB, pada nilai RM2 billion; 
(iv) serentak dengan pengambilalihan Syarikat-Syarikat Konsesi Air oleh KDEB, jumlah pinjaman dan bon sebanyak RM7.68 bilion akan diambilalih oleh PAAB sebagai bayaran (consideration) untuk pemindahan “unencumbered” aset-aset air,atau ekuiti dalam Water SPV milik KDEB (tertakluk kepada peratus ekuiti maksimum 30%), atas opsyen PAAB, pada nilai yang sama di bawah Syarikat-Syarikat Konsesi Air;
Jika dicampurkan antara pendahuluan RM2 bilion dengan pengambilalihan oleh pinjaman dan bon berjumlah RM7.68 bilion, bermakna kerajaan pusat melalui Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) menyediakan dana RM9.68 bilion kepada Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

Berbanding jumlah tawaran pampasan RM9.65 bilion kepada pemegang konsesi, KDEB meraih lebihan RM30 juta dari dana yang disediakan oleh kerajaan pusat untuk transaksi berkenaan.

Transaksi Dibiayai Rakyat

Adalah sukar disangkal bahawa industri air memerlukan bantuan kerajaan. Dalam kes bekalan air di Selangor, sebelum ini pengendalian operasi bekalan air di Selangor dibawah tanggungjawab Jabatan Bekalan Air Selangor.

Penswastaan hanya bermula pada pengendalian loji atau empangan untuk membekalkan air terawat, sementara soal pengagihan air ke kediaman dan peremis terus dijalankan oleh JBA.

Perlu diingat bahawa penswastaan operasi pengagihan bekalan air bermula bukan secara terus diserahkan oleh JBA kepada Syabas. Sebaliknya, ia adalah melalui tepoh percubaan selama 2 tahun yang dipertanggungjawabkan kepada Perbadanan Urus Air Selangor (PUAS), iatu pada 2002 - 2004.

Difahamkan bahawa untuk tempoh tersebut, PUAS tidak mendapat geran dari kerajaan negeri hinggakan PUAS terpaksa menggunakan wang rezab deposit pengguna untuk membayar kakitangannya. Ini menunjukkan bahawa kos operasi yang tinggi dan memerlukan bantuan geran tahunan dari kerajaan.

Dari situlah timbullah kesungguhan untuk meminimumkan NRW (non-revenue water) dan Syabas yang dipertanggungjawab dalam pengagihan bekalan air harus menurunkan NRW ketahap terendah untuk mendapat keuntungan. Dalam konteks ini, sekurang-kurangnya Syabas adalah pioneer dalam mengurang perbelanjaan kerajaan (wang rakyat menurut pandangan Rafizi) untuk operasi bekalan air di Selangor.

Proses pengambilalihan KDEB terhadap keseluruhan operasi bekalan air di Selangor, sewajarnya diambil kesempatan oleh PR untuk membuktikan bahawa mereka lebih efisien dan kompeten dari Syabas, disamping mengurus dengan keinsafan bahawa keseluruhan modal datangnya dari rakyat.

Jadi apa lagi yang perlu diperpanjang dan dipersoal oleh Rafizi?

Air Jadi Senjata Bagi PKR

Apabila Rafizi menulis,
"Kerajaan Selangor seolah-olah melepaskan satu-satunya senjata yang ada untuk berdepan dengan Kerajaan Persekutuan iaitu Projek Langat 2 tanpa mendapat apa-apa komitmen yang mengikat dari Kerajaan Persekutuan,"
dengan sendiri membawa maksud betapa busuk hatinya PKR yang menggunakan projek bekalan air sebagai senjata tanpa menghiraukan kepentingan rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putra Jaya.

Air adalah keperluan asas rakyat, jadi tidak sepatutnya menjadi alat tebusan yang boleh memudaratkan rakyat. Maka ini bermakna adalah tindakan zalim kepada rakyat, jika Rafizi berbuat demikian.

Momokan Rafizi

Seperti kebanyakan pemimpin-pemimpin PR, Rafizi tidak terkecuali menakut-nakutkan rakyat. Umum mengetahu PR sering menuduh BN membawa bentuk politik ugutan, seperti dakwaan BN menakut-nakutkan rakyat yang 13 Mei akan berulang, jika PR memerintah negara.

Namun sebenarnya PR yang mengamalkan bentuk politik berkenaan. Penstrukturan industri bekalan air Selangor didakwa akan menaikkan tarif air, seperti juga dengan tuduhan kadar tol akan naik mulai Januari 2014. Sebaliknya, telah pun memasuki Mac 2014, tiada pula kedengaran kadar tol dinaikkan setakat ini.

Umpama dipakaikan skirt kepada Pengarah Strategi PKR itu, kalau disingkap skirtnya, yang kita akan nampak hanyalah telur Rafizi!

Monday, March 3, 2014

"Tidaklah kena tempatnya Profesor Redzuan menuduh saya jilat Anwar; kecuali Profesor kira saya ini seorang homoseksual," - Zaid Ibrahim


Zaid Ibrahim bagai tidak peduli kiri kanan dalam membedal samada Anwar Ibrahim mahu pun konco-koconya.

Selepas mengaitkan Rafizi Ramli dengan skirt, Zaid terus dengan semburan kata-kata pedas,
"....tidaklah kena tempatnya Profesor Redzuan menuduh saya jilat Anwar; kecuali Profesor kira saya ini seorang homoseksual yang mungkin suka kapada kegiatan demikian."
Baca seterusnya, klik SINI.

Dahsyat!!! Mat Sabu Dikatakan Tokan Supply Ayam Pada Tok Lebai


Tepuk Sorak Bergemuruh Ketika Khalid Ibrahim Umum Cabar Azmin Ali


Tepuk tangan dan sorak sorai yang bergemuruh mengiringi pengumuman MB Selangor TS Khalid untuk mencabar Azmin Ali dalam saingan kerusi Tmbalan Presiden PKR, dalam majlis 'Makan Malam Kasih Bertaut' yang berlangsung di kediaman rasmi MB Selangor pada 28 Februari lalu.

Khalid dilihat mempunyai sokongan akar umbi PKR, namun perlu diingat bahawa sokongan itu tidak akan bermakna jika Azmin memanipulasi senarai daftar keahlian PKR yang tunggang langgang di seluruh negara.

Sistem pendaftaran dan senarai keahlian PKR adalah amat meragukan jika merujuk kepada insiden baling kerusi di beberapa cabang semasa pemilihan parti berkenaan sebelum ini.

Pengundi hantu sebenarnya berlaku dalam PKR dan tidak berlaku senarai daftar pemilih SPR, seperti didakwa oleh parti berkenaan.

Sunday, March 2, 2014

Adun PAS Dedahkan Malaun PKR Yang Bawa Derita Kepada Rakyat Selangor


Seorang Ketua Pemuda PAS Cawangan menjadi amat keliru dengan krisis air yang melanda Selangor pada ini.

Betapa tidaknya, mereka selama ini telah digula-gulakan bahawa bekalan air adalah mencukupi dan ahli-ahli PAS telah dipengaruhi untuk menentang cadangan projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 oleh Kerajaan Persekutan, yang telah sepatutnya dimulakan pada 2010.

Dengan kawasan kediaman Ketua Pemuda PAS tesebut yang sering mengalami gangguan bekalan air dan ditambah pula dengan pengumuman terbaru MB Selangor TS Khalid Ibrahim untuk meluluskan pembinaan loji rawatan mega yang menerima bekalan air mentah dari Pahang, maka Ketua Pemuda berkenaan telah menghantar SMS kepada Adun PAS kawasannya.

SMS dari beliau sekadar untuk mendapat kepastian, mengapakah baru sekarang projek berkenaan diterima iaitu hanya setelah timbulnya krisis air di Selangor?

Adun PAS berkenaan akhirnya mendedahkan bahawa tertangguhnya projek berkenaan adalah disebabkan tentangan dari  Exco Kerajaan Selangor Dr Xavier Jeyakumar (foto atas), meskipun projek tersebut adalah untuk kepentingan seluruh rakyat Selangor termasuk KL dan Putra Jaya.

Xavier yang kini hanyalah Adun PKR Seri Andalas, turut dikatakan banyak memberi cadangan sumber air alternatif, termasuklah teknologi membran yang hingga ke hari ini, tidak pun dilaksanakan untuk mengatasi masalah air disaat genting ini.

Kalau diamati, sememangnya Xavier dilihat paling lantang menyerang Khalid samada selepas Khalid mengumumkan penstrukturan air Selangor. Jadi tidak hairanlah kalau beliau digelar sebagai 'malaun' yang membawa derita kepada rakyat Selangor pada hari ini.