Saturday, March 8, 2014
Akhirnya Mat Taib Hanya Mampu Menghala Kedua-dua Tangannya Ke Punggung
Bekas MB Selangor TS Muhamad Mohd Taib tiba-tiba menjadi ghairah, apabila DS Anwar Ibrahim menjanjikannya untuk berperanan sebagai strategis luar bandar, selepas PRK Kajang.
Kebetulan, Mat Taib pun bukan calang-calang orang. Lulusan ijazah sarjana muda kelas pertama, meskipun pernah gagal LCE (pada anak-anak muda mungkin hanya tahu SRP dan PMR), ketika di tingkatan 3. Dulu-dulu kalau gagal LCE, maka tidak boleh naik ke tingkatan 4, jadi kena duduk semula di tingkatan 3 untuk dapatkan LCE.
Dari seorang yang dikira lembab diawal remaja, Mat Taib kemudiannya bangkit dialam dewasanya. Berkat rajin dan menempuhi pengalaman dan persekitaran, Mat Taib bertukar menjadi cerdas, hingga cemerlang setelah menjadi pelajar matang di menara gading.
Malangnya, bagai kitaran hayat dari cemerlang, pemikiran menjadi lembab setelah melewati usia 60an. Betapa tidaknya, kecerdasan fikiran yang dimiliki tidak seharusnya mudah diperbodohkan oleh Anwar.
Penganilisis di kedai kopi pun tahu akan muslihat Anwar di PRK Kajang, semata-mata untuk terbitkan gelombang penetangan rakyat, atas kemungkinan yang kuat dihantar ke penjara. Inilah kelemahan Mat Taib yang tidak dapat membaca permainan Anwar, walau pun pernah menjadi siswa cemerlang di universiti.
Mungkin rasa marah dan kecewa tidak mempunyai tempat di peringkat tertinggi UMNO, Mat Taib mengambil keputusan berubah arah. Dari juara 'Melayu Baru' dan pernah mengeluarkan belanja mempromosi 'Melayu Baru' untuk menang pemilihan UMNO 1993, akhirnya beliau sendiri yang menentang UMNO.
Ketika anak-anak Selangor mahukan MB dikalangan anak jati negeri, Mat Taib pula yang hendak mengubah tabii pemilihan MB dengan meletakkan anak luar Selangor di jawatan tertinggi pentadbiran Selangor.
Kini peluang Anwar untuk menjadi calon telah tertutup dan pada masa yang sama Mat Taib hanya mampu menghalakan kedua-dua tangannya ke punggung (foto atas), seperti yang ditunjukkannya di pentas kempen PRK Kajang bersama Anwar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Apa lagi Mad Taib nak. Dah kaya raya dan semuanya hasil kedudukan dan jawatan dalam Barisan Nasional dan Umno. Dari selipar, seluar dalam, rumah, kereta. Semuanya cap BN dan UMNO. Bila dah tak laku terus mengata. Sampai masa kena pencenlah dari politik dan bagi anak muda pula. Tak kan kita nak tongkat langit.
Yang penting pastikan menteri besar selangor mesti dari anak melayu tempatan yang memang sayangkan negeri selangor sejujurnya
Mat taib dah jadi melayu haprak ........
Memang haprakkk pun Mat Taib ni!!
Post a Comment