Saturday, March 9, 2013

Bacaan Talkin Dari Mohd Saiful Bukhari - "Wahai Anwar bin Ibrahim, bertaubatlah,"


Bila mendengar kenyataan yang diucapkan Mohd Saiful Bukhari Azlan di sidang media semalam, ia seperti bacaan talkin untuk Anwar Ibrahim.

Fakta Yang Perlu Kita Tahu - Pemangku Pengarah Polis Sulu Dedah Selain Miliki Telefon Bimbit, Miliki Rifle Adalah Simbol Status Dikalangan Masyarakat Sulu


Berikut adalah video yang memaparkan betapa pemilikan rifle menjadi satu simbol budaya di kalangan masyarakat Sulu.

Tembak menembak antara puak rupanya adalah perkara biasa.

Malah gencatan senjata juga turut menjadi budaya!

Saksikan video dengan pengkisahan oleh Pemangku Pengarah Polis Sulu, Senior Supt Jularisim Adim Kasim.

Kenyataan Penuh Saiful Bukhari Yang Menyanggahi Sidang Media Tajaan Johari Abdul


Berikut adalah kenyataan media yang Mohd Saiful Bukhari Azlan yang ternyata menyanggah kenyataan awal bapanya dalam sidang media tertutup tajaan pemimpin PKR Johari Abdul.
1. Saya berasa amat sedih dan dukacita dengan berita mengenai bapa saya. Saya sedih kerana bapa saya telah menjadi mangsa kerakusan politik makhluk bernama Anwar bin Ibrahim.

2. Demi Allah, Agama Bangsa dan Negara tercinta, Saya ingin tegaskan bahawa saya tidak sama sekali akan berganjak dengan dakwaan saya. Saya akan terus Istiqamah dan berpegang teguh pada dakwaan saya, segala keterangan saya di Mahkamah, juga sumpah laknat yang telah saya lafazkan, sehingga ke akhir hayat.

3. Kepada Anwar bin Ibrahim, bertaubatlah. Telah 5tahun saya bertahan, dan berdiri teguh walaupun sukar. Saya pasti Allah akan balas apa yang saudara lakukan. Sungguh terdesak dan jijik sekali.

4. Saya juga memberi amaran kepada Anwar Ibrahim, walaupun terdesak, jangan membabitkan bapa saya untuk memutarbelitkan keadaan dalam mencapai matlamat beliau.

4. Saya percaya isu ini sengaja ditimbulkan bagi mengalih perhatian isu "pengkhianat negara" yang sedang beliau hadapi.

5. Walau apapun berlaku, saya yakin KEPADA ALLAH SWT..yang benar tetap benar. Kebenaran tidak dapat dihapuskan walau apa sekalipun. 

6. Saya akan terus berdoa agar Allah bukakan hati bapa saya untuk kembali pada jalan Allah, kebenaran, pertahankan anak kandungnya yg menjadi mangsa. 

7. Sebagai seorang anak, kasih sayang dan hormat kepada seorang ayah akan kekal hingga ke akhir hayat.

8. Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya menyeru agar tidak terpedaya dengan permainan jijik Anwar Ibrahim ini. 

9. Kedaulatan Negara kini sedang diancam musuh, ditambah pengkhianat musuh dalam selimut membantu, sudah ramai perwira kita yang telah terkorban, marilah sama-sama kita doa dan pertahankan. 


Akan terus Doa, Istiqamah dan Sabar

Provokasi NUBE Bila Pilih Untuk Berpiket Di Depan Premis Cawangan-Cawangan CIMB Yang Terletak Dalam Bangunan Milik UMNO?


Tidak pasti samada kebetulan atau sengaja dirancang Kesatuan Pekerja-Pekerja Bank Kebangsaan (NUBE) menganjurkan piket, di depan premis cawangan-cawangan CIMB Bank yang terletak di bangunan milik UMNO.

Minggu lepas piket NUBE di hadapan premis cawangan CIMB di Graha UMNO, Jalan Hang Tuah, Melaka.

Dari maklumat yang diterima, pagi ini satu lagi piket anjuran NUBE akan di adakan di cawangan CIMB, Bangunan UMNO Selangor, Shah Alam.

Sasaran piket berkenaan dilihat sebagai serangan terhadap CEO CIMB Group Dato' Nazir dan pada masa yang sama beberapa plakad yang dipamerkan menyebut adik bongsu dan abang sulung yang merujuk kepada Nazir dan PM DS Najib Razak, yang seolah-olah cuba mengaitkan PM dalam pertikaian mereka.

Persoalannya, apakah piket tersebut merupakan sebahagian dari program sambutan 5 tahun pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor?

Difahamkan juga, pada sebelah malam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan mengadakan majlis sambutan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, yang terletak di belakang premis berkenaan.

Nampaknya fokus serangan NUBE terhadap Maybank agak kurang kebelakangan ini. Perlu diingat bahawa pernah wujud pertikaian antara NUBE dengan Maybank, apabila kesatuan dalaman atas nama Kesatuan Pekerja Bukan Eksekutif (MAYNEU) telah ditubuhkan pada 3 Januari 2011.

Friday, March 8, 2013

Mesej Terakhir Anwar Sebelum Sebelum Diperhambat Rakyat Melaka


Anwar sering bercakap tentang kebangkitan rakyat.

Mesej dari Anwar berikut dirakam dalam bas Jelajah Merdeka Rakyat semasa perjalanannya ke majlis ceramah politik PKR di Bukit Katil, Melaka.


Akhirnya, apa yang diperolehi dan sempat dirakam olehnya ialah kebangkitan rakyat di Melaka yang membencinya dengan memperhambatnya serta menunjuk isyarat yang begitu dibenci oleh Anwar.

Lintas Lansung PC Saiful Bukhari - Ingatkan Anwar Supaya Bertaubat


Jelas bahawa Saiful Bukhari Azlan mengambil pendekatan yang berbeza dengan pendirian bapanya.

Dari sidang media yang sedang berlansung, kami dimaklumkan bahawa Saiful mengingatkan Anwar supaya bertaubat dan jangan sama sekali menggunakan keluarganya demi kerakusan nafsu Anwar untuk menjadi PM.

Nanti laporan penuh berikutnya.

Anwar Guna Pelancar Roket Perang Dunia II Untuk Cegah Perang Dunia III


Anwar Ibrahim diibarat menggunakan pelancar roket Perang Dunia II dalam memastikan tidak meletus Perang Dunia III.

KL Pos melaporkan permohonan maaf bapa mangsa kes Liwat II, Azlan Mohd Lazim terhadap Anwar, malah beliau membuat andaian bahawa anaknya Saiful Bukhari telah digunakan oleh pihak-pihak tertentu.

Adakah tindakan dari kem Anwar ini, adalah sebagai usaha untuk mematikan cerita dari Raja Petra Kamarudin tentang kewujudan kes Liwat III? [Baca laporan awal SINI]

Kita tunggu kenyataan Saiful samada beliau istiqamah dalam dakwaannya. Laporan awal kenyataan Saiful boleh dibaca SINI.

Anwar Ibrahim Abadikan Foto Kena Isyarat Lucah Dari Rakyat


Geram sungguh Anwar Ibrahim bila kena isyarat lucah. Apa yang pasti ialah foto di atas telah dirakam dari atas bas Jelajah Merdeka Rakyat yang dihadiahkan oleh Khalid Ibrahim kepada Anwar dan khabarnya ia berlaku di Bukit Katil, Melaka.

Anwar mengaitkan kejadian itu sebagai tindakan samseng hasil ajaran dari pemimpin UMNO.

Mungkin Anwar tidak menyedari bahawa ia adalah manifestasi kebencian rakyat terhadapnya.

Anwar merasakan dirinya mempunyai akhlak yang baik, tapi dari sudut mana akhlaknya patut dicontohi dan diikuti?

Thursday, March 7, 2013

Kesan Serangan Di Sabah Muncul Di Selangor


Alhamdulillah, meskipun berbalas-balas tembak di Sabah, belum lagi lagi dilaporkan kemusnahan bangunan milik persendirian, mahupun milik awam. Tambah menggembirakan ialah tiada kematian di pihak orang awam dilaporkan setakat ini.

Namun di Selangor telah adalah tunggul bangunan (lihat foto atas), ekoran dari penamatan khidmat kontraktor binaan yang membina bakal ibu pejabat baru Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Kalau menurut lakaran artis, ibu pejabat baru PKNS atau Laman PKNS bakal menjadi mercu tanda baru di bandaraya Shah Alam adalah seperti imej di bawah.


Menurut maklumat dari mereka yang berada dalam sektor pembinaan, Kesuma Murni Sdn Bhd yang menjadi kontraktor mendirikan Laman PKNS, telah ditamatkan kontrak mereka.[Kisah Kesuma Murni klik SINI].

Khabarnya dalam tempoh yang singkat dan tergesa-gesa, PKNS telah memanggil 10 kontraktor untuk membuat cadangan dan sebutharga untuk meneruskan projek yang terbengkalai ini. Tarikh tutup pelawaan dikhabarkan pada Isnin 11/3/2013.

Tambahan pula, kalau projek tidak disegerakan, maka ia akan kelihatan seperti tunggul tinggalan perang yang dalam krisis di Lahad Datu dan Semporna, tidak kelihatan sama sekali tunggul tinggalan perang yang sedemikian. Maksudnya, ini adalah maruah Pakatan Rakyat, khususnya PKR.

Sebagai rakyat Selangor, saya berhak untuk memberikan pandangan. Rasanya, adalah lebih molek kalau PKNS menyerahkan projek tersebut kepada anak syarikatnya Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd (SIC). Hal ini memandangkan, teras perniagaan SIC sendiri ialah pembekal bahan binaan dan punya lesen dalam pembinaan. 

Apa salahnya jika SIC diberi peluang demi mendedahkan pengalaman warga kerja SIC dalam pembinaan.Tambahan pula dengan kedudukannya sebagai pembekal bahan binaan, maka mudahlah segala urusan. Jika tidak pun, SIC bakal terbeban kerana kontraktor sebelum ini pun pasti mendapat kemudahan kredit dari SIC. Berapa agaknya hutang tertunggak Kesuma Murni kepada SIC?

Atau mungkin PKNS telah diarahkan oleh kepimpinan negeri supaya mengambil kontraktor selain SIC kerana almaklum, maka terbukalah ruang untuk mendapat dana PRU13?

Tuah Badan Mohd Fareez Kamal Intidzam - Dilantik Sebagai Pegawai Diplomasi Sulit (Antarabangsa) Anwar Ibrahim Ketika Usia 19 Tahun


Semalam Raja Petra Kamarudin (RPK) melalui portal Malaysia Today telah mendedahkan sepucuk surat yang didakwa ditulis oleh Mohd Fareez Kamal Intidzam kepada Presiden PAS DS Abdul Hadi Awang.

Kandungan surat di atas mendakwa bahawa Fareez telah bertugas sebagai Pegawai Diplomasi Sulit (Antarabangsa) kepada DS Anwar Ibrahim bermula pada 2008. Ini bermakna, Fareez telah bersama Anwar ketika usia 19 tahun.

Dari semakan dari FB Fareez [klik SINI], butiran pekerjaan dan pendidikan Fareez adalah seperti di bawah:-


Dari maklumat di atas, jelas bahawa Fareez tidak mempunyai pendidikan tinggi tetapi menimbulkan kecurigaan bila berjawatan Pengerusi PT The Wisely Indonesia. 

Bukan itu sahaja, fungsi organisasi tersebut menimbulkan tandatanya, malah boleh dikaitkan dengan aktiviti Anwar di peringkat antarabangsa.


Hakikatnya, mungkin sudah tuah badan Fareez kerana dapat menjawat jawatan Pegawai Diplomasi Sulit (Antarabangsa) kepada Anwar ketika semuda 19 tahun berbanding rakan-rakan sebaya seusia itu yang sekadar menjadi Mat Depatch.

Namun begitu, mengapa RPK memulakan penulisan dalam artikel berkenaan dengan 
"Is Azmin Ali making his move to finish off Dr Wan Azizah Wan Ismail and Nurul Izzah or is this Sodomy 3 looming on the horizon, engineered by Azmin and gang to finish off Anwar Ibrahim instead? Anyway, this letter appears to be an attempt to bring down the entire Anwar clan -- father, mother and daughter. Let us see, however, what develops over the next few hours before we come to any conclusions."
 ??????????????????????????????????????

Wajah-Wajah Reaksi Awal Anwar Ibrahim Berhubung Pengumuman Gencatan Senjata Sultan Sulu




Foto-foto di atas dijangkakan sebagai reaksi awal Anwar Ibrahim berhubung pengumuman gencatan senjata dari pihak Kesultanan Sulu berhubung peristiwa di Pantai Timur Sabah.

Sumber : Philnews.Com

Betapa Rendahnya Akhlak Khalid Samad - Tergamak Membiarkan Tuduhan Zina Oleh Penyokong PAS Terhadap Saudaranya Sendiri Walau Tanpa Saksi


Khalid Samad bukan sembarangan orang.

Dia adalah pemimpin dalam organisasi bernama Parti Islam Se Malaysia (PAS), yang antara lain jawatannya ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor.

Namun, akhlak yang dimilikinya tidak mencerminkan yang dia adalah layak memimpin harakah Islam di negara ini.

Saksikan sendiri kerendahan akhlak Khalid dalam video (minit 8:21), klik SINI.

Walhal berbeza dengan apa yang dikatakan oleh peguam yang terlibat secara lansung dalam kes berkenaan dalam video di bawah;

Wednesday, March 6, 2013

Apa Punya Temberang Penasihat Ketenteraan Anwar Ibrahim Ni? Dia Sendiri Pun Bermenterikan Najib Sepanjang Jadi Panglima Tentera Darat


Bukan main kuat gelembong bekas Panglima Tentera Darat yang kini jadi penyokong kuat PKR.

Dia merendah-rendahkan angkatan bersenjata, walhal sepanjang tempoh dia memegang jawatan Panglima Tentera Darat (Jan 1999 - Dis 2002) dia dibawah Menteri Pertahanan yang dijawat oleh DS Najib Razak. [Semak SINI]

Dia menyebut satu kes yang diselesaikan cuma dalam tempoh 2 hari, tapi tak pula dinyatakan kes apa? Malah, dia juga hanya sebut 'beberapa tahun dulu', namun tidak dinyatakan secara spesifik, bagi membandingkan keberkesanan pemerintah yang dulu dengan yang sekarang.

Untuk rekod, Najib memegang portfolio pertahanan antara 1990 - 1995 dan 1999 - 2008. [Semak SINI]

Jadi kredit yang disebut olehnya dituju kepada siapa dan perlekehan hari ini ditujukan kepada siapa?

Dengar temberang orang pencen ini (video bawah), yang kononnya dialah Panglima Tentera Darat yang terbaik sepanjang zaman. Yang kelakarnya dia menyebut "we manage to resolve the problem in 2 days," tapi isyarat tangan yang ditunjukkan adalah '4'!

Kesian Ketua AMK Sam Ketot - Tidak Dinamakan Sebagai Pemimpin Pelapis PKR Oleh Anwar Ibrahim

Sebagai penyandang Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) dengan sendirinya Shamsul Iskandar Mat Akin harus dipandang sebagai pemimpin pelapis dalam PKR.

Almaklum, Ketua Umum PKR DS Anwar Ibrahim sendiri mengiktiraf  golongan muda dalam PKR sebagai suatu proses regeneration dalam parti berkenaan.

Namun begitu, dalam pengiktirafan terhadap golongan muda, Anwar tidak menjuruskan pengiktirafan tersebut kepada Shamsul sebagai pemimpin pelapis dalam PKR.

Nama Shamsul tidak bermain dibibir Anwar, sebaliknya nama-nama seperti Rafizi, Surendran, Sim Tze Tzin dan Nurul Izzah yang terpacul dari mulut Anwar.

Mungkin Shamsul dilihat tidak punya karisma sebagai pemimpin dari kaca mata Anwar?

Nazri Aziz Berseorangan Di Program Anwar


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri DS Mohamed Nazri Aziz telah hadir di majlis anjuran DS Anwar Ibrahim, melalui program anjuran Pejabat Ketua Pembangkang iaitu Persidangan Antarabangsa PRU13 Malaysia pada 4 dan 5 Mac 2013 di Royal Lake Club, Kuala Lumpur.

Dah anjuran pun oleh Pejabat Ketua Pembangkang maka berseoranganlah Nazri mewakili kerajaan di majlis berkenaan.

Dato' Ambiga adalah salah seorang speaker dalam persidangan tersebut dan peluang tersebut digunakan untuk menghentam SPR. Ambiga mendakwa kononnya SPR gagal dalam mengikis persepsi umum yang suruhanjaya berkenaan adalah berat sebelah.

Dalam sesi soal jawab, Nazri menjelaskan bahawa perlantikan Pengerusi SPR dilantik oleh YDP Agong melalui perbincangan di dalam Mesyuarat  Majlis Raja-Raja dan bukannya melalui perlantikan oleh PM dan dengan sendirinya mencerminkan organisasi berkenaan bebas dari campurtangan Kerajaan.

Tuesday, March 5, 2013

Betulkah Anwar Ada Telefon Najib, Bincang Strategi Ketenteraan Dalam Tangani Isu Pantai Timur Sabah?


Dalam sidang media Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim hari ini, seolah-olah membayangkan yang beliau telah bercakap sendiri dan membuat syor secara rasmi kepada PM DS Najib Razak berhubung strategi menangani kemelut di pantai timur Sabah.


Jika diimbas kembali kenyataan-kenyataan Anwar sebelum kenyataan terbaru ini, samada di pentas politik mahupun sidang media, kebanyakannya lebih menjurus kepada perlekehan kepada kerajaan, PDRM dan ATM.

Malahan juga, MB Selangor telah membayangkan untuk mendapatkan kelulusan Mesyuarat  Exco Selangor peruntukan RM10 juta untuk anggota pasukan bersenjata yang terkorban dalam peristiwa di Lahad Datu dan Semporna.

Perlu diingat bahawa, 3 dari semua mangsa yang terkorban ialah rakyat dan pemastautin di Selangor.

Walau pun didalam hati masih berdetik bahawa mungkin pihak mereka telah mula terasa bahang backfire dalam tindakan awal mereka, namun saya masih beranggapan baik dengan hasrat tersebut. Akan tetapi, keterlanjuran perlekehan yang dibuat oleh Naib Presiden PKR Tian Chua dan juga Speaker DUN Selangor Dato' Teng Chang Khim terhadap pasukan bersenjata tetap mengguris perasaan mereka yang terlibat.

Rasanya adalah lebih molek jika pujian, penghargaan mahupun huluran bantuan disertakan dengan permohonan maaf diatas keterlanjuran pemimpin-pemimpin pembangkang berkenaan.

Lebih 4,000 Rakyat Sulu Dibunuh Kerana Menentang Penjajah Amerika & Sultan Sulu Dalam Tragedi Bud Dahu 1906



Banyak pihak yang keliru berkenaan status Sultan Kiram. Siapakah Kiram? Keluarga Kiram dari jalur Kesultanan Sulu ini sebenarnya bermula dari saat pemerintahan Sultan Muhammad Jamalul Kiram I (1832-1842) bin Sultan Muhammad Alimuddin III (1808).

Dari Jamalul Kiram I inilah bermulanya nama Kiram yang kita kenal hari ini, yang kemudian nama ini berakhir selepas kewafatan Sultan Jamalul Kiram II (1884-1936) yang mangkat tanpa zuriat ketika zaman kedatangan Amerika Syarikat ke Sulu. 

Selepas itu tiada lagi Sultan Sulu yang diterima oleh rakyat Tausug disebabkan dominasi Amerika Syarikat itu. Hal ini dilihat oleh rakyat bahawa Sultan dari keluarga Kiram adalah tali barut Amerika Syarikat yang tergamak merestui pembunuhan para keluarga Datu dan Syarif Tausug di Bud Dahu, Mac 1906 dan Disember 1911 serta pertempuran di Bud Bagsak, Jun 1913. 

Sultan Kiram II yang terakhir itu terpaksa memberikan restu kepada Amerika Syarikat membunuh muslimin rakyatnya sendiri berjumlah lebih 4,000 orang (yang syahid 1,600 orang termasuk wanita dan kanak-kanak) yang memilih menentang USA dan arahan Sultan. 

Tausug menentang Sultan kerana bersekongkol dengan USA yang terkeluar dari undang-undang Darul Islam yang mana Tausug enggan dikutip cukai kepala oleh USA.

Menurut Tausug, Allah s.w.t tidak pernah berfirman kepada RasulNya untuk mengutip cukai kepala kepada ummah. Maka Tausug beramai-ramai naik ke gunung duduk di gua batu sebagai mana ASHABUL KAHFI. 

Hal ini bagi mereka adalah fitnah besar yang mengancam akidah mereka maka wajib meninggalkan kemewahan kampung halaman menuju ke gunung untuk selamat dari fitnah itu. Sebaliknya mereka dibunuh oleh Amerika atas restu Sultan KIRAM.

Hari ini, kita dikejutkan dengan kedatangan tentera KIRAM yang mengaku sebagai tentera Sultan Sulu. Keluarga Kiram sangat ramai. Ada keluarga dari sebelah Puteri Piyandao bin Sultan Badaruddin I, ada Kiram dari jalur keluarga Sultan Esmail I (ini yang serahkan Sulu kepada Filipina pada tahun 1962) bin Rajamuda Mawallilwasit.

Malah ada juga Kiram dari Datu Punjungan bin Rajamuda Mawallilwasit (inilah ayahanda Jamalul Kiram III yang kerahkan tentera upahan ke Lahad Datu), dan banyak lagi kiram yang sekarang sedang merancang untuk menjadi Sultan kesemuanya.

Kalau ada 1,000 lelaki kiram hari ini, maka Sulu akan ada 1,000 sultan yang mengaku Sultan Sulu dari keluarga Kiram. Berebut menjadi Sultan tanpa rakyat, masuk bakul angkat sendiri. Tanpa pengetahuan sejarah protokol kesultanan, tanpa mengetahui tertib pertabalan, tanpa mengetahui adat para Datu dan Syarif Tausug. Jadilah seperti Kiram yang kita lihat hari ini.

Tahukah anda bagaimana Sultan Sulu ditabalkan oleh rakyat, kehendak rakyat, kehendak para Datu dan Syarif? Tahukah anda bahawa kehilangan institusi kesultanan Sulu itu hanya dapat kembali dengan menyedarkan Tausug agar membuang kewarganegaraan Filipina menggantikannya kepada rakyat Sulu secara hakiki.

Sebab itu muncul seorang pembela dari keluarga Maharaja Adinda Aranan Puyo masuk ke kampung-kampung tanpa rasa takut membangkitkan semangat juang Tausug tanpa senjata, memacak bendera Sulu Darul Islam terakhir sambil melaungkan ALLAHU AKBAR!! TAUSUG BANGKIT!! KALIAN BUKAN FILIPINO HAMBA KEPADA KING PHILIP II SEPANYOL!! KALIAN ADALAH MERDEKA SEJAK SULTAN SYARIFUL HASYIM MENYATUKAN KITA DENGAN DARUL ISLAM!! TAUSUG BANGKIT!!

Beliau ialah cucu kepada Datu Aranan Puyo ini adalah cicit SULTAN BANTILAN MUIZZUDDIN I (1748-1763) yang digelar oleh ahli sejarah dunia sebagai DEFENDER OF ISLAM. Sempena nama moyangnya ini maka Baginda dinamakan Sultan BANTILAN MUHAMMAD MUIZZUDDIN II. Setelah berjaya menghimpunkan puluhan ribu penyokong di Jolo, beliau diangkat menjadi Sultan Sulu yang berdaulat pada tanggal 19 Mac 2009 oleh rakyat jelata dengan laungan takbir dan dendangan Salawat.

Sejak itu Keluarga KIRAM bungkam seribu bahasa. Hanya satu perkara yang boleh mereka buat ialah mencabar siapa sahaja dengan senjata. Walhal mereka tahu, bukan sahaja mereka yang pandai BERMAIN senjata. Semua TAUSUG semula jadi pakar bermain senjata, bukan hanya Kiram.

Sultan Bantilan II ini jauh lebih bijak walau tak pernah mencecah darjah 3 di sekolah Siasi. Namun Baginda adalah pemidato, pedagang yang berjaya, pandai mengatur manusia, handal dalam diplomasi, dan mendapat dokongan generasi muda Tausug. Berjiwa merdeka, tak seperti Kiram yang hanya mengusung bendera Filipina bersama mereka ke hulu ke hilir. 

Sultan Bantilan II walau bergerak secara aman tanpa senjata, anti peperangan dan anti keganasan, namun gerakannya ditakuti. Sehingga peluru musuh menjadi AIR dengan izin Allah s.w.t.

Mereka yang menceroboh Lahad Datu adalah keluarga Kiram yang suatu masa dahulu telah menganiayai rakyatnya sendiri dengan merelakan pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Amerika. Terang-terangan saja mereka ditolak oleh rakyat Sulu sendiri.

Masih wajarkah mereka menuntut Lahad Datu sebagai hak mereka sedangkan Sulu sudah mempunyai seorang sultan yang baru. Seorang sultan yang dilantik oleh rakyat Sulu sendiri yang mana juga merupakan seorang berketurunan sultan dari susur galur SULTAN BANTILAN MUIZZUDDIN I?

Rujukan Artikel: http://tausug-global.blogspot.com/2013/02/laporan-akhbar-indonesia-dan-siapa.html

Apa Khabar MP Baling Ustaz Taib Azamuden? Dah Sihatkah Dia?


Bila pihak PDRM umumkan belum menemui mayat ketua penceroboh di Lahad Datu Raja Azzumudie, teringat pula MP PAS Baling Ustaz Taib Azamuden Md Taib yang dah lama tak kedengaran berita mengenainya. Dah sihatkah dia?

Terkenang juga hujah bekas Imam Besar Masjid Negara itu ketika berbahas di parlimen berhubung penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam 3 tahun lepas.

Dengar hujah beliau dalam rakaman video di bawah, yang menampilkan pertikaman lidah antara sesama MP Islam.

Percayakah Anda Jalanraya Di Zon Perang Sabah Lebih Cantik Dari Jalan Bandar Di Selangor?


Bila menatap gambar di zon perang di Lahad Datu, Sabah, ternyata jalanrayanya adalah lebih baik dari jalan dalam bandar di zon aman di Selangor.


Foto atas ialah diambil di kawasan Selat Selatan Pelabuhan Klang, yang jaraknya hanya 1 km dari Pejabat Penyelaras DUN PKR Pelabuhan Klang.

Sementara foto bawah terletak di Jalan Dato' Sukim, Batu 7 Ijok dalam kawasan yang diwakili oleh MB Selangor TS Khalid Ibrahim.


Moga seluruh pasukan keselamatan yang bertugas di Lahad Datu dan Semporna dapat mengekalkan aset dan infrastruktur yang baik dan cantik di sana.

Kami warga Selangor, walau pun kerajaan negeri dibawah Pakatan Rakyat mendakwa punya rezab lebih RM2 bilion, tapi itu sahajalah bentuk jalan yang kerajaan kami mampu selenggara. (Sebelum ini jalan tersebut dibina oleh kerajaan BN).

Monday, March 4, 2013

Teriakan "Jahanam Tian Chua! Jahanam Tian Chua" Berkumandang Di Himpunan Para Veteran VAT 69, UTK & RESPA


Jeritan 'Jahanam Tian Chua! Jahanam Tian Chua' berkumandang apabila para veteran VAT69, UTK dan RESPA (Persatuan Pegawai Kanan Polis Pencen Malaysia) serta Yayasan Pengaman berhimpun di depan Tugu Negara petang tadi, untuk mengecam kenyataan tidak berperikemanusian Naib Presiden PKR Tian Chua terhadap kematian anggota polis di Lahad Datu.

Disamping itu dihimpunan tersebut bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Norian Mai, bagi pihak veteran PDRM turut merakamkan takziah kepada keluarga anggota-angota PDRM yang terkorban dan menyatakan sokongan padu terhadap usaha kerajaan untuk mengakhiri kemelut yang berlaku di pantai timur Sabah ketika ini.

Kes Terbaru Keangkuhan Anwar Ibrahim Terhadap Wartawan - "You ulang... Saya saman you pula"


Sambil menuding jari telunjuk kepada seorang wartawan Anwar berkata, "...... Utusan dan TV3 saya dah saman…you ulang….saya saman you pula,”.

Itulah hakikatnya respons Anwar terhadap soalan yang diajukan oleh wartawan berkenaan penglibatannya seperti yang didakwa oleh media Filipina. Saksikan gelagat Anwar di SINI.

Dalam pada itu laporan penuh dalam bab saman menyaman Utusan dan TV3, boleh dibaca di AIDC.

Nik Aziz Hanya Sekadar Mampu Melopong Setelah Ditewaskan Oleh Anwar Ibrahim


Meskipun berjawatan Mursyidul Am PAS dan bergelar Tok Guru, Nik Aziz hanya sekadar mampu terlopong ditewaskan oleh Anwar Ibrahim.

Dengar baik-baik amanat Nik Aziz dalam video di bawah;


Sebaliknya apa yang dihujahkan oleh wakil PAS dalam pembentangan Manifesto PRU13 di Konvesyen Pakatan Rakyat kali ke4 yang berlansung pada 25 Februari lalu, tidak sama sekali mempromosi Islam sebagai teras dalam pemerintahan.

Sebaliknya, PAS yang diwakili oleh Dr Dzulkefly Ahmad mempromosi kesaksamaan agama dan budaya sebagai jalan keluar kesejahteraan rakyat. Wakil PAS itu hanya sekadar mampu menyatakan bahawa Islam adalah agama Persekutuan dan bukannya menjuruskan untuk mendaulatkan syariat Allah dalam pemerintahan.

Untuk 3.30 minit pertama pembentangan Dr Dzul, ia lebih menonjolkan ciri-ciri pluralisme dalam bentuk pemerintahan PR, jika dapat menawan Putra Jaya.

Jelas bahawa idealisme Anwar Ibrahim mengatasi idealisme Nik Aziz. Memalukan apabila wakil PAS di konvesyen lebih menjulang idealisme Anwar berbanding Nik Aziz.

Kesultanan Sulu Hilang Kelayakan Tuntut Sabah


Mana-mana pihak yang mendakwa sebagai pewaris sah Kesultanan Sulu adalah tidak layak untuk menuntut Sabah dari Malaysia.

Alasannya, kerana mereka telah berlaku khianat terhadap amanah yang dipegangnya sebagai khalifah Islam, apabila menyerahkan sebahagian wilayahnya (Sabah) kepada British North Borneo Company pada 22 Januari 1878.

Dengan pengkhianatan terhadap amanah yang dipikulnya itu, maka gugurlah hak kelayakannya untuk menuntut semula wilayah Sabah.

Baca seterusnya berkenaan pandangan tersebut di SINI.