Saturday, March 9, 2013

Provokasi NUBE Bila Pilih Untuk Berpiket Di Depan Premis Cawangan-Cawangan CIMB Yang Terletak Dalam Bangunan Milik UMNO?


Tidak pasti samada kebetulan atau sengaja dirancang Kesatuan Pekerja-Pekerja Bank Kebangsaan (NUBE) menganjurkan piket, di depan premis cawangan-cawangan CIMB Bank yang terletak di bangunan milik UMNO.

Minggu lepas piket NUBE di hadapan premis cawangan CIMB di Graha UMNO, Jalan Hang Tuah, Melaka.

Dari maklumat yang diterima, pagi ini satu lagi piket anjuran NUBE akan di adakan di cawangan CIMB, Bangunan UMNO Selangor, Shah Alam.

Sasaran piket berkenaan dilihat sebagai serangan terhadap CEO CIMB Group Dato' Nazir dan pada masa yang sama beberapa plakad yang dipamerkan menyebut adik bongsu dan abang sulung yang merujuk kepada Nazir dan PM DS Najib Razak, yang seolah-olah cuba mengaitkan PM dalam pertikaian mereka.

Persoalannya, apakah piket tersebut merupakan sebahagian dari program sambutan 5 tahun pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor?

Difahamkan juga, pada sebelah malam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan mengadakan majlis sambutan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, yang terletak di belakang premis berkenaan.

Nampaknya fokus serangan NUBE terhadap Maybank agak kurang kebelakangan ini. Perlu diingat bahawa pernah wujud pertikaian antara NUBE dengan Maybank, apabila kesatuan dalaman atas nama Kesatuan Pekerja Bukan Eksekutif (MAYNEU) telah ditubuhkan pada 3 Januari 2011.

1 comment:

Anonymous said...

NUBE memang penyokong PR dan anti melayu.Mereka cuma piket di bank kepunyaan orang melayu spt Maybank dan CIMB.Tak pernah piket di bank bank dari luar negera spt Chartered Bank OCBC HSBC Hong Leong dan Public.Mereka gunakan ahli ahli melayu yang tak bodoh..