Menteri Di Jabatan Perdana Menteri DS Mohamed Nazri Aziz telah hadir di majlis anjuran DS Anwar Ibrahim, melalui program anjuran Pejabat Ketua Pembangkang iaitu Persidangan Antarabangsa PRU13 Malaysia pada 4 dan 5 Mac 2013 di Royal Lake Club, Kuala Lumpur.
Dah anjuran pun oleh Pejabat Ketua Pembangkang maka berseoranganlah Nazri mewakili kerajaan di majlis berkenaan.
Dato' Ambiga adalah salah seorang speaker dalam persidangan tersebut dan peluang tersebut digunakan untuk menghentam SPR. Ambiga mendakwa kononnya SPR gagal dalam mengikis persepsi umum yang suruhanjaya berkenaan adalah berat sebelah.
Dalam sesi soal jawab, Nazri menjelaskan bahawa perlantikan Pengerusi SPR dilantik oleh YDP Agong melalui perbincangan di dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja dan bukannya melalui perlantikan oleh PM dan dengan sendirinya mencerminkan organisasi berkenaan bebas dari campurtangan Kerajaan.
No comments:
Post a Comment