Saturday, December 28, 2013
Tiada Kerja Untuk Siswazah Di Singapura - Terpaksa Jadi Pelayan, Pengawal Keselamatan dan Pemandu Teksi
Dalam banyak keadaan yang dicontohkan Singapura sebagai lebih baik dari Malaysia oleh para pemimpin Pakatan Rakyat, rupanya ada juga rintihan oleh anak muda negara berkenaan dengan peluang pekerjaan untuk para siswazah.
Dalam satu artikel disiar oleh The Real Singapore, diceritakan bahawa siswazah di Singapura terpaksa menjadi pelayan, lulusan diploma terpaksa berdiri tegak sebagai pengawal keselamatan, sementara pemilik sarjana pula ada yang menjadi pemandu teksi demi meneruskan kehidupan.
Bezanya dengan anak muda di Malaysia, kita punya ramai penghasut untuk mereka berdemontrasi di jalanan, sementara di negara berkenaan tidak punya tenaga penggerak.
Mengapa tidak bagi Pakatan Rakyat yang punya kepakaran dalam menggerakkan demontrasi, mengeksport kemahiran mereka untuk kebangkitan mereka di Singapura? Mungkin alasan rasa hormat pada Lee Kuan Yew menghalang mereka dari berbuat demikian.
Penemuan Bangkai Makhluk Misteri Di Sarawak
Foto NST di atas memaparkan bangkai makhluk misteri yang ditemui di Pantai Pasir Pandak, Santubong, Sarawak, yang ditemui pagi tadi
Nampaknya Sarawak kini begitu menarik perhatian dari makhluk-makhluk dari luar negeri berkenaan.
Hinggakan, orang yang tak punya jasa di Sarawak seperti aktivis PKR Badrul Hisham Shaharin a.k.a Chegu Bard pun hendak memandai-mandai melancarkan kempen 'Nyah Taib' bermula esok di Kuching, yang bertujuan menurunkan TS Taib Mahmud dari jawatan Ketua Menteri Sarawak.
Apa yang dilihat disini ialah kemungkinan besar Anwar Ibrahim sengaja menghantar Chegu Bard untuk menghuru-harakan rakyat Sarawak.
Thursday, December 26, 2013
Lim Kit Siang Tutup Muka Kerana Malu Dengan Perbuatan Rafizi
Dalam kenyataannya yang dipetik dari Malay Mail, Rafizi menjangkakan Malaysia terdedah kepada krisis gadaian subprima seperti yang berlaku di USA:-
Kenyataan Rafizi adalah susulan dari jawapan dari Kementeri Kewangan (klik SINI) terhadap dakwaan asal Rafizi yang mengatakan kerajaan menjual aset negara untuk megurangkan defisit negara.PETALING JAYA, Dec 26 — Malaysia may fall into a similar financial crisis that plagued the US in 2007 if the federal government carries on with the unplanned sale of housing loans undertaken by its massive civil force, PKR’s Rafizi Ramli said today.The opposition party’s strategic director dismissed Putrajaya’s defence of its sale of national assets and government mortgages to raise revenue, saying such actions smacked of desperation and were not how a sovereign nation’s economy should be carried out.“If we allow the federal government to continue to do this unchecked, it’s a recipe for disaster, as what happened in the US,” Rafizi a new conference at PKR headquarters here.
Adalah tidak masuk akal apabila mengaitkan tindakan pensekuritian hutang kerajaan (melalui gadaian kepada institusi perbankan) boleh menjerumuskan negara kepada krisis gadaian subprima, walhal tindakan tersebut adalah untuk mendapatkan modal tambahan pembiayaan terhadap pinjaman perumahan khusus kepada penjawat awam.
Rafizi berhujah bagai seorang bodoh, bagai tidak faham bahawa tindakan tersebut adalah proses biasa untuk mendapatkan dana, yang kemudiannya digunakan untuk membiayai pinjaman perumahan penjawat awam.
Kita harus faham dan berfikir tidak seperti Rafizi, dana pinjaman perumahan penjawat awam tidak mudah diperolehi berbandingan institusi perbankan yang mudah mendapatkan dana melalui deposit awam yang disimpan dalam institusi berkenaan.
Pembayaran semula pinjaman perumahan melalui potongan gaji, dengan sendirinya menjadikan pinjaman berkenaan tidak berisiko dan kemungkinan akan berlaku krisis gadaian subprima tidak akan timbul sama sekali.
Dangkal sungguh pemikiran Rafizi.
Tuesday, December 24, 2013
Logo Apa Yang Paling Sesuai Digunakan Untuk Selaras Satu Logo Untuk Pakatan Rakyat?
Pada pendapat anda, apakah logo yang paling sesuai untuk menyelaraskan gabungan 3 parti PKR, DAP dan PAS, dibawah satu logo atas nama Pakatan Rakyat?
Jika ditelek ketiga-tiga logo berkenaan, masing-masing mempunyai objek bulat, kecuali DAP yang lebih nampak gah, kerana mempunyai objek yang tajam, yang diwakili oleh roket.
Semalam, Badrul Hisham Shaharin a.k.a Che Gu Bard PKR yang kalah dalam PRU13 di kawasan DUN Sungai Acheh, Pulau Pinang mencadangkan sudah tiba masanya Pakatan Rakyat mempunyai satu logo khusus untuk PRU.
Badrul Hisham yang mempunyai pengalaman pahit di Sungai Acheh apabila tewas kepada calon BN, Dato' Mahmud Zakaria, dengan majoriti yang kecil, gara-gara PAS turut meletakkan calon mereka, Mohd Yusni Mat Piah. Dalam saingan tersebut BN memperolehi 6,891, PKR 6,083 dan PAS 690.
Cadangan yang dikemukakan oleh Badrul itu adalah untuk mengelakkan perletakan calon bertindih, seperti yang berlaku di Kota Damansara, Selangor, apabila PSM yang bertandingan atas logo PKR, turut disertai oleh calon PAS bagi berdepan dengan calon BN.
Berhubung dengan kegagalan Pakatan Rakyat didaftarkan sebagai satu entiti, menurut Badrul ia adalah disebabkan peraturan ROS yang mensyaratkan sekurang-kurangnya dianggotai oleh 7 parti. (Baca SINI).
Berbalik kepada isu satu logo untuk Pakatan Rakyat, yang paling sesuai untuk mereka adalah seperti dalam foto di atas. Alasannya, PKR dan PAS masing-masing mempunyai tokoh yang dikaitkan dengan objek berkenaan. Kini mereka cuma menunggu DAP untuk membuat keputusan.
Monday, December 23, 2013
Sambil Menggaru Muka, Soi Lek Buat Tuntutan Terakhir Sebagai Presiden MCA Pada Najib
Mungkin malu-malu alah dengan prestasi MCA dibawah kepimpinannya, namun sambil menggaru-garu mukanya dihari terakhir sebagai Presiden, Chua Soi Lek sempat memohon peruntukan khas RM20 Juta untuk SMJK pada tahun 2014.
Disamping itu, beliau turut menuntut pengiktirafan terhadap UEC untuk kemasukan ke IPTA dan pembinaan SMJK di kawasan-kawasan penduduk majoriti Cina.
Grup Jinggay 13 PKR Kepenatan - Flash Mob Bantah Kenaikan Harga Barang Gagal, Gara-Gara Majoriti Warga Kota Baru Dapat Bonus Tahunan
Semalam grup tajaan PKR, Jinggay 13 melakukan kerja sia-sia bila cuba meraih sokongan dan simpati warga kota melalui flash mob bantah kenaikan harga barang di sekitar Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Boss mereka, Anwar Ibrahim gerenti bengang dengan kebangangan Jinggay 13 yang anjurkan flash mob pada musim jualan murah hujung tahun dan ditambah pula disaat majoriti warga kota baru sahaja mendapat bonus tahunan masing-masing.
Maka tidak hairanlah lelaki yang sedang duduk membelakangi iklan 'LELONG RM5.00' (foto atas), enggan menerima risalah edaran peserta flash mob Jinggay 13. Anda boleh tonton aksi berkenaan pada minit 1.09 video di bawah.
Sunday, December 22, 2013
Mengapa Secara Tiba-Tiba Anwar Ibrahim Hilang Selera Pada Nelson Mandela?
DS Anwar Ibrahim dalam banyak keadaan cuba mempotretkan dirinya menerima nasib yang sama dengan pejuang anti-apartheid Afrika Selatan, mendiang Nelson Mandela. Malah tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa Anwar menjual nama Mandela untuk meraih simpati politik
Berikut adalah beberapa detik peristiswa petikan yang cuba menonjolkan Anwar sebagai 'Mandela Malaysia':-
Demi membebaskan diri dari tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan
- On 22nd August 2011, Opposition leader Anwar Ibrahim made an unsworn statement from the dock during his second sodomy trial in just over a decade. He chose to do so knowing that less weight would be given to his testimony as compared to sworn testimony from the witness box. This decision not to testify from the witness box is at once a searing protest against an unjust legal and political system, an eloquent indictment of that system and a powerful call for reform and change. By refusing to testify and daring them to do their worst, Anwar Ibrahim has put the legal and political establishment itself on trial. Through this single, public act of principled defiance he has demonstrated the shocking extent to which our justice system has been reduced to being a tool of those who are in power now. His act echoes that of Nelson Mandela, who in a bygone era also chose to give an unsworn statement from the dock during his political trial. Mandela used his now famous statement in the Rivonia sham trial to expose the evils of the apartheid regime to the scrutiny of the world.The stirring conclusion to Mandela’s speech is quoted by Anwar Ibrahim in his own statement from the dock. Like Anwar after him, Mandela realised that the only possible verdict was ‘guilty’ and preferred to make a full and coherent statement of his struggle rather than let his argument emerge in ‘bits and pieces’ during cross-examination. (Dipetik dari FB Anwar Ibrahim)
Wawancara dengan The Choice - 15/3/12
- Anwar has billed himself, for the last decade and more, as a singular figure. By his own reckoning, he is like Nelson Mandela and Aung San Suu Kyi. And perhaps Joan of Arc, George Washington, Genghis Khan (without all of the killing), Mahatma Gandhi, and Dag Hammarskjold. Regardless, he has sold himself as a world-transforming martyr-saviour figure who can bring together the disparate factions of Pakatan Rakyat and lead Malaysia into a golden age. ( The Choice)
Wawancara dengan The Independent sehari menjelang PRU13 - 4/5/13
- “After I was released in 2004, I was invited by Nelson Mandela to spend time in Johannesburg,” he said. “I joked that my release had been a ‘short walk to freedom’ [a reference to the title of Mr Mandela’s autobiography]. We have faith and conviction that the country can be freed from authoritarian rule and the economy can be changed to serve the country and the masses.(The Independent)
Komen Anwar berkenaan kematian Mandela - 7/12/13
- Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Nelson Mandela sebagai pemimpin hebat pada era ini dan kematiannya suatu kehilangan besar bagi masyarakat dunia. “Ikon kebebasan yang hebat, Nelson Mandela kini bersemadi selamanya, meninggalkan warisan bukan sahaja untuk Afrika tetapi untuk seluruh dunia dan generasi akan datang,” (Selangor Kini)
Komen Anwar dalam Media Sosial berhubung dengan kematian Mandela - 8/12/13
- Remember, Mandela condemned as a terrorist. He fought against political repression! (Status FB Anwar Ibrahim)
Daripada kenyataan-kenyataan di atas terbukti bahawa Mandela adalah ikon bagi Anwar, samada dalam mempopularkan dirinya dalam politik, mahupun ketika berdepan dengan kes mahkamah.
Namun begitu, Anwar bagai tersentap dengan pengakuan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Lim Kok Wing kepada Utusan Malaysia yang mendedahkan bahawa beliau telah diarahkan oleh Tun Dr Mahathir untuk ke Afrika Selatan selama enam bulan membantu promosi kempen ANC yang berdepan dengan PRU negara berkenaan sekitar 1993-94.
Lantaran itu, Anwar bagai hilang selera terhadap Mandela dan lantas memilih untuk melancarkan serangan balas terhadap mendiang yang rupa-rupanya akrab dengan Tun Dr Mahathir.
Justeru Anwar dengan sengaja menimbulkan keraguan terhadap ketokohan Mandela melalui penyiaran artikel yang dipetik dari Al-Arabiya di blognya.
Lantaran itu, Anwar bagai hilang selera terhadap Mandela dan lantas memilih untuk melancarkan serangan balas terhadap mendiang yang rupa-rupanya akrab dengan Tun Dr Mahathir.
Justeru Anwar dengan sengaja menimbulkan keraguan terhadap ketokohan Mandela melalui penyiaran artikel yang dipetik dari Al-Arabiya di blognya.
Secara umumnya artikel berkenaan cuba mengelirukan pemikiran umum, dengan mempersoalkan kelayakan Mandela sebagai ikon universal. Malah artikel berkenaan lebih menjurus kepada kegagalan Mandela dalam menterjemahkan idealisme ketika era pasca-apartheid.
Turut disebutkan ialah Mandela telah menamatkan kareer politiknya dengan janji-janji pemulihan ekonomi yang tidak tertunai, khususnya ketidakseimbangan ekonomi dan kemiskinan bandar. Malah lebih teruk dari itu, Afrika Selatan disebut sebagai antara kawasan yang punya peningkatan kadar jenayah terbesar di dunia.
Meskipun artikel tersebut bukan dinukil oleh Anwar, namun penyiaran di blognya adalah jelas suatu perbuatan yang menghina Mandela.
Perlu di ingat bahawa Naib Presiden PKR N. Surendran dalam responsnya terhadap kenyataan PM DS Najib Razak di PAU 2013, menyifatkan bahawa menyamakan perjuangan UMNO dengan perjuangan Mandela adalah suatu penghinaan terhadap Mandela.
Jadi, apakah sudah terang lagi nak bersuluh, penyiaran artikel Al-Arabiya itu bukan penghinaan kepada Mandela?
Jadi, apakah sudah terang lagi nak bersuluh, penyiaran artikel Al-Arabiya itu bukan penghinaan kepada Mandela?
Subscribe to:
Posts (Atom)