Tuesday, December 24, 2013

Logo Apa Yang Paling Sesuai Digunakan Untuk Selaras Satu Logo Untuk Pakatan Rakyat?


Pada pendapat anda, apakah logo yang paling sesuai untuk menyelaraskan gabungan 3 parti PKR, DAP dan PAS, dibawah satu logo atas nama Pakatan Rakyat?

Jika ditelek ketiga-tiga logo berkenaan, masing-masing mempunyai objek bulat, kecuali DAP yang lebih nampak gah, kerana mempunyai objek yang tajam, yang diwakili oleh roket.

Semalam, Badrul Hisham Shaharin a.k.a Che Gu Bard PKR yang kalah dalam PRU13 di kawasan DUN Sungai Acheh, Pulau Pinang mencadangkan sudah tiba masanya Pakatan Rakyat mempunyai satu logo khusus untuk PRU.

Badrul Hisham yang mempunyai pengalaman pahit di Sungai Acheh apabila tewas kepada calon BN, Dato' Mahmud Zakaria, dengan majoriti yang kecil, gara-gara PAS turut meletakkan calon mereka, Mohd Yusni Mat Piah. Dalam saingan tersebut BN memperolehi 6,891, PKR 6,083 dan PAS 690.

Cadangan yang dikemukakan oleh Badrul itu adalah untuk mengelakkan perletakan calon bertindih, seperti yang berlaku di Kota Damansara, Selangor, apabila PSM yang bertandingan atas logo PKR, turut disertai oleh calon PAS bagi berdepan dengan calon BN.

Berhubung dengan kegagalan Pakatan Rakyat didaftarkan sebagai satu entiti, menurut Badrul ia adalah disebabkan peraturan ROS yang mensyaratkan sekurang-kurangnya dianggotai oleh 7 parti. (Baca SINI).



Berbalik kepada isu satu logo untuk Pakatan Rakyat, yang paling sesuai untuk mereka adalah seperti dalam foto di atas. Alasannya, PKR dan PAS masing-masing mempunyai tokoh yang dikaitkan dengan objek berkenaan. Kini mereka cuma menunggu DAP untuk membuat keputusan.

No comments: