Sunday, December 22, 2013

Mengapa Secara Tiba-Tiba Anwar Ibrahim Hilang Selera Pada Nelson Mandela?


DS Anwar Ibrahim dalam banyak keadaan cuba mempotretkan dirinya menerima nasib yang sama dengan pejuang anti-apartheid Afrika Selatan, mendiang Nelson Mandela. Malah tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa Anwar menjual nama Mandela untuk meraih simpati politik

Berikut adalah beberapa detik peristiswa petikan yang cuba menonjolkan Anwar sebagai 'Mandela Malaysia':-

Demi membebaskan diri dari tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan
  • On 22nd August 2011, Opposition leader Anwar Ibrahim made an unsworn statement from the dock during his second sodomy trial in just over a decade. He chose to do so knowing that less weight would be given to his testimony as compared to sworn testimony from the witness box. This decision not to testify from the witness box is at once a searing protest against an unjust legal and political system, an eloquent indictment of that system and a powerful call for reform and change. By refusing to testify and daring them to do their worst, Anwar Ibrahim has put the legal and political establishment itself on trial. Through this single, public act of principled defiance he has demonstrated the shocking extent to which our justice system has been reduced to being a tool of those who are in power now. His act echoes that of Nelson Mandela, who in a bygone era also chose to give an unsworn statement from the dock during his political trial. Mandela used his now famous statement in the Rivonia sham trial to expose the evils of the apartheid regime to the scrutiny of the world.The stirring conclusion to Mandela’s speech is quoted by Anwar Ibrahim in his own statement from the dock. Like Anwar after him, Mandela realised that the only possible verdict was ‘guilty’ and preferred to make a full and coherent statement of his struggle rather than let his argument emerge in ‘bits and pieces’ during cross-examination. (Dipetik dari FB Anwar Ibrahim)
Wawancara dengan The Choice - 15/3/12
  • Anwar has billed himself, for the last decade and more, as a singular figure. By his own reckoning, he is like Nelson Mandela and Aung San Suu Kyi. And perhaps Joan of Arc, George Washington, Genghis Khan (without all of the killing), Mahatma Gandhi, and Dag Hammarskjold. Regardless, he has sold himself as a world-transforming martyr-saviour figure who can bring together the disparate factions of Pakatan Rakyat and lead Malaysia into a golden age. ( The Choice)
Wawancara dengan The Independent sehari menjelang PRU13 - 4/5/13
  • “After I was released in 2004, I was invited by Nelson Mandela to spend time in Johannesburg,” he said. “I joked that my release had been a ‘short walk to freedom’ [a reference to the title of Mr Mandela’s autobiography]. We have faith and conviction that the country can be freed from authoritarian rule and the economy can be changed to serve the country and the masses.(The Independent)
Komen Anwar berkenaan kematian Mandela - 7/12/13
  • Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Nelson Mandela sebagai pemimpin hebat pada era ini dan kematiannya suatu kehilangan besar bagi masyarakat dunia.  “Ikon kebebasan yang hebat, Nelson Mandela kini bersemadi selamanya, meninggalkan warisan bukan sahaja untuk Afrika tetapi untuk seluruh dunia dan generasi akan datang,” (Selangor Kini)
Komen Anwar dalam Media Sosial berhubung dengan kematian Mandela - 8/12/13
  • Remember, Mandela condemned as a terrorist. He fought against political repression! (Status FB Anwar Ibrahim)
Daripada kenyataan-kenyataan di atas terbukti bahawa Mandela adalah ikon bagi Anwar, samada dalam mempopularkan dirinya dalam politik, mahupun ketika berdepan dengan kes mahkamah.

Namun begitu, Anwar bagai tersentap dengan pengakuan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Lim Kok Wing kepada Utusan Malaysia yang mendedahkan bahawa beliau telah diarahkan oleh Tun Dr Mahathir untuk ke Afrika Selatan selama enam bulan membantu promosi kempen ANC yang berdepan dengan PRU negara berkenaan sekitar 1993-94.

Lantaran itu, Anwar bagai hilang selera terhadap Mandela dan lantas memilih untuk melancarkan serangan balas terhadap mendiang yang rupa-rupanya akrab dengan Tun Dr Mahathir.

Justeru Anwar dengan sengaja menimbulkan keraguan terhadap ketokohan Mandela melalui penyiaran artikel yang dipetik dari Al-Arabiya di blognya.


Secara umumnya artikel berkenaan cuba mengelirukan pemikiran umum, dengan mempersoalkan kelayakan Mandela sebagai ikon universal. Malah artikel berkenaan lebih menjurus kepada kegagalan Mandela dalam menterjemahkan idealisme ketika era pasca-apartheid.

Turut disebutkan ialah Mandela telah menamatkan kareer politiknya dengan janji-janji pemulihan ekonomi yang tidak tertunai, khususnya ketidakseimbangan ekonomi dan kemiskinan bandar. Malah lebih teruk dari itu, Afrika Selatan disebut sebagai antara kawasan yang punya peningkatan kadar jenayah terbesar di dunia.

Meskipun artikel tersebut bukan dinukil oleh Anwar, namun penyiaran di blognya adalah jelas suatu perbuatan yang menghina Mandela. 

Perlu di ingat bahawa Naib Presiden PKR N. Surendran dalam responsnya terhadap kenyataan PM DS Najib Razak di PAU 2013, menyifatkan bahawa menyamakan perjuangan UMNO dengan perjuangan Mandela adalah suatu penghinaan terhadap Mandela.

Jadi, apakah sudah terang lagi nak bersuluh, penyiaran artikel Al-Arabiya itu bukan penghinaan kepada Mandela?

No comments: