Saturday, March 5, 2011

Masyaallah....... Karpal Singh Jentik Telur Nik Azizlah Pulak!

Masyaallah...... Selepas cadang nak bentang red carpet untuk Anwar di penjara, kini Karpal Singh nak gunakan pengaruh Nik Aziz untuk legalisekan judi di Kelantan.

Kalau tak nak buka mata para ahli dan penyokong PKR dan PAS, aku tak tahulah.

Sedarlah kamu semua para penyokong PAS bahawa kamu telah diperbodohkan. Seolah-olah Karpal nak kamu semua kalah di Merlimau dan Kerdau.

Cadangan pemansuhan larangan berjudi di Kelantan boleh di baca di The Star Online.

Kes Liwat 2 Anwar Ibrahim : Karpal Dah Mula Surrender

Bila dibaca kenyataan di bawah seolah-olah peguambela Karpal Singh yang mengendalikan kes liwat 2 Anwar Ibrahim telah pun putus asa dan mengaku kalah:
"Anggota Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh menggesa kerajaan supaya menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat keadaan lokap dan penjara di seluruh negara yang beliau sifatkan sebagai “begitu teruk keadaannya”. Beliau berkata, keadaan di lokap di negara ini memerlukan perhatian dan penambahbaikan segera kerana suspek tidak sepatutnya diberi layanan buruk seperti itu." - Utusan Melayu
Mungkinkah Karpal bermaksud, meminta pihak berkuasa penjara menyambut ketibaan Anwar Ibrahim ke penjara?

Kalaulah Jawatan MB Kedah Dipertandingkan Mungkin Mazlan Aliman Kalahkan Azizan Yaakob

Mungkinkah prestasi bola sepak boleh membawa kesan kepada politik negeri-negeri di Malaysia?

Utusan Malaysia melaporkan lebih 1,000 peminat berdemontrasi di luar Stadium Darul Aman, Alor Star. Mereka menuntut pengurus dan jurulatih pasukan Kedah berundur, ekoran kekalahan Kedah kepada Felda United 0-1. Baca laporan di SINI.

Sementara itu, KedahLanie pula melahirkan kebimbangan dengan menyiarkan artikel bertajuk "Kedah Boleh Tubang Dek Kerana Kemerosotan 'Sang Kenari'" dan laporannya boleh di baca di SINI.

Faktor kebimbangan, mungkin apabila melihat PRK Galas memberi kelebihan kepada BN gara-gara gelombang merah Kelantan FA yang menyaksikan Kelantan menjulang Piala Malaysia 2010.

Satu soalan yang ingin diajukan, apakah kemenangan Felda United memberikan moral booster kepada Najib atau Mazlan Aliman?

Andainya ia memberi kelebihan kepada Mazlan Aliman, mungkinkah dia boleh mengalahkan Azizan Yaakob sekiranya jawatan MB Kedah dibuka untuk dipertandingkan?

Pelawak, Penyanyi & OKU Ganti YB-YB PAS Yang Culas Berkempen

Keculasan YB-YB PAS turun berkempen di PRK Merlimau dan Kerdau menimbulkan kekesalan pemimpin-pemimpin PAS tempatan.

Seorang pemimpin PAS dengan bernada kesal dipetik sebagai berkata;
"Pelawak, penyanyi seperti Bob Lokman dan penyanyi OKU Azhan Atan boleh turun bantu berkempen, apasal mereka yang sempurna yang tak cacat apa-apa tak boleh bantu?" Sumber : Kelab Greenboc
Memang patut pun pemimpin tersebut menyatakan kekesalan kerana PAS seolah-olah menempah kekalahan.

Friday, March 4, 2011

Menjawab Soalan Dari Anak Muda Dalam Menentukan Haluan Politik (2)

Seperti yang dijanjikan, saya ingin menyambung kepada persoalan yang diajukan kepada saya berhubung dengan bagaimana ingin menyampaikan ideologi UMNO kepada generasi muda agar mereka tidak tersalah pilih dalam berpolitik, seperti yang dikemukakan di SINI.

Dari pemerhatian saya, kegagalan penyebaran ideologi UMNO kepada generasi muda adalah berpunca dari kegagalan UMNO untuk menerangkan aspirasi perjuangan UMNO. Satu kenyataan yang harus ditelan oleh para pemimpin UMNO, kaedah pengkaderan keahlian baru UMNO tidak diisi dengan aspirasi perjuangan dan ideologi parti. Penambahan keahlian lebih fokus kepada pengukuhan kekuasaan dalam parti, tidak kiralah samada di peringkat cawangan mahu pun bahagian.

Ramai yang tidak menyedari bahawa Fasal 3.3 perlembagaan UMNO telah meletakkan asas dan tujuannya dengan menyebut "Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama." Oleh yang demikian, saya tidak nampak yang UMNO membelakang Islam dalam perjuangannya. Semasa PRK Sanggang, Pahang pada tahun 2000, perkara ini pernah saya hujahkan kepada 2 orang anak muda penyokong PAS yang kebetulan duduk semeja di sebuah gerai di Mentakab. Mereka mengakui tidak menyedari perkara tersebut.

Kalau nak dikatakan UMNO sebagai sebuah parti Melayu tidak juga. Suka diingatkan artikel 160(2), Melayu ditafsirkan sebagai beragama Islam dan mengamalkan adat resam Melayu dalam kehidupan. Maknanya, asalkan seseorang itu Islam dan mengamalkan adat resam Melayu maka dia diiktiraf sebagai Melayu. Begitu juga sebaliknya, jika seseorang Melayu keluar dari agama Islam maka gugur kedudukan istimewa sebagai seorang Melayu.

Sebagai sebuah parti yang telah bertapak, dari segi struktur organisasinya ia lebih efficient dan teratur. UMNO beroperasi secara tersusun dan pejabat-pejabat bahagiannya menjadi pusat perkhidmatan masyarakat, meskipun ada sesetengah kawasan parlimen mahu pun DUN bukan diwakili oleh UMNO.

Secara perbandingan, saya pernah dalam suatu masa duduk didalam UMNO dan pertubuhan belia secara serentak. Saya dapat membezakan dari segi pentadbiran organisasi UMNO lebih tersusun. Saya pernah melihat, borang-borang keahlian belia yang sebeban banyaknya tidak dihantar oleh sekretariat ke ibu pejabat. Sebaliknya terperap di pejabat kawasan.

Terus terang saya katakan bahawa bekas pengerusi belia yang saya sertai itu, kini menjadi YDP PAS sebuah kawasan di Selangor. Oleh kerana saya pernah bersamanya didalam NGO, timbul keraguan saya, malah tidak keterlaluan untuk saya nyatakan berkemungkinan ada unsur-unsur yang tidak sehat semasa beliau memperolehi jawatan tersebut. Untuk makluman, beliau mengalahkan seorang MP dalam pemilihan jawatan YDP kawasannya.

Generasi muda juga perlu tahu bahawa PAS dan PKR yang menjadi saingan UMNO pada hari ini adalah lahir dari serpihan UMNO sendiri. Bahkan Semangat 46, yang suatu ketika menjadi saingan UMNO diera 90an juga lahir dari batang tubuh UMNO. Sebenarnya baik Semangat 46, PAS dan PKR diwujudkan oleh sekumpulan ahli yang merajuk. Namun, dengan izin Allah Semangat 46 telah bercantum semula dengan UMNO dipertengahan 90an, atas inisiatif Tun Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh sendiri. Malah penyertaan Semangat 46 juga sebenarnya tanpa syarat diatas kesedaran perpaduan dan kekuatan politik Melayu.

Apalah erti perjuangan orang yang merajuk, kemudian menubuhkan parti lain yang kemudiannya menjadi saingan dan menggigit UMNO. UMNO tetap begitu juga, silih berganti pemimpin namun mengekalkan idealisme perjuangan yang sama. Cuma, mungkin dari segi perlaksanaan dan stail kepimpinan sahaja yang berbeza.

Perlu diberitahu kepada anak-anak muda, biasanya yang berminat menjadi pembangkang sememangnya sifat semula jadi membangkang. Itu sebabnya kebanyakan mereka sebenar adalah dikalangan orang tidak rasional dan beranggapan diri mereka sahaja yang betul. Cuba perhatikan grup disekeliling anda, samada yang formal atau yang informal, mereka yang sentiasa mencari salah biasanya tidak sehebat mana visi dan kerja mereka. Namun begitu, sama-samalah kita doakan dan dengan izin Allah juga suatu hari nanti pintu hati mereka akan terbuka untuk menjadikan UMNO sebagai wadah perjuangan mereka.

(Akan bersambung)

Alah Che Gu Bard, Kira Selesai Sudahlah.......

Foto : Papa Gomo

Alah Che Bard, kira selesai sudahlah. Jangan bagi serabut lagi kepala Anwar Ibrahim. Janganlah terlalu memberi tekanan mental kepada Ketua Umum PKR.

Apa pun, salute pada Che Bard kerana pertama tak buat komen apa-apa dan kedua cuma sekadar berdehem disaat-saat PKR tidak bertanding di PRK Merlimau dan Kerdau.

Baca laporan Free Malaysia Today yang disiarkan di blog CHEGU BARD.

Apa pun penyiaran berita itu di blog Chegu Bard bermakna perlaksanaan kata-kata kot?

Bob Lokman, Kau Masih Jahil Rupanya

Apabila orang jahil mengajar maka kejahilan akan berterusan dikalangan masyarakatnya.

Malang sungguh bila PAS menaja kejahilan.

Bob Lokman kena banyak belajar dan kena banyak guru.

Nampak sangat Bob ni jahil, sedangkan mengalih halangan di atas jalan pun sudah sebahagian iman apatah lagi membina jalan.

Istighfar Bob. PAS bukan agama, PAS parti politik. Ketenangan datang dari zikrullah Bob.

Alhamdullillah, Bob sentiasa mengingatkan mati. Tapi jangan terlupa hadis,
Kalau tak dicari harta, mana mungkin berzakat, bersedekah, wakaf dan infak harta yang dianjurkan oleh syariat?

Video di atas ditemui di Panglima Perang Cyber dan dimilikki oleh Pejuang Bangsa.

Anwar Jealous, Najib Rampas Aweknya

"Perdana Menteri Australia, Julia Gillard pada Khamis menyifatkan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai rakan Australia dan seorang pemimpin di rantau ini." Laporan : Utusan Malaysia
Anwar Ibrahim betul-betul bengang.

Kelmarin Anwar malu-malu alah menceritakan perihal pemeriksaan alat sulitnya di mahkamah, dan pada yang sama pula PM Australia pula mengiktiraf DS Najib Razak sebagai rakan Australia.

Thursday, March 3, 2011

10 Soalan Dari Badrul Hisham Kepada Teng Chang Khim

ADUN Pelabuhan Klang yang kontroversi, Badrul Hisham Abdullah akan menghadiri Sidang DUN Selangor akhir Mac ini berserta dengan 10 soalan. Bolehkah Speaker DUN, Dato' Teng Chang Khim berlaku adil untuk mengizinkan Badrul?

Melainkan Teng Chang Khim masih menganggap dirinya kebal dari contempts of courts alamat Badrul Hisham bakal dihalang memasuki dewan dan 10 soalan dari Badrul bakal ditongsampahkan.

Laporan berita dipetik dari MStar Online.

Khalid Tegakkan Benang Basah Dalam Isu Perlantikan SUK Selangor

MB Selangor, TS Khalid Ibrahim beranggapan bahawa teguran lantang beliau terhadap kaedah perlantikan SUK Selangor adalah atas dasar menegakkan kewibawaan perkhidmatan awam Selangor.

Namun begitu, percubaan Khalid untuk pengenalan satu implimentasi kaedah pemilihan SUK mewujudkan perkara lain untuk dipersoalkan. Khabarnya Khalid telah melantik panel temuduga yang dianggotai oleh Speaker dan 2 orang anggota Exco.

Percubaan Khalid ini merupakan sesuatu yang diluar amalan biasa, bila mana anggota panel terdiri dari anggota pentadbiran Khalid, kecuali Speaker yang boleh dikatakan sebagai berkecuali. Akan tetapi ketiga-tiga panel merupakan orang-orang politik dan disinilah terletaknya kejanggalan dalam kaedah pemilihan SUK oleh Khalid. Dalam bahasa mudah, perlantikan SUK adalah atas perlantikan politik dan bukan atas dasar profesionalisme.

Oleh yang demikian, usaha Khalid ini lebih terarah untuk mematikan sifat neutral dalam perkhidmatan awam itu sendiri.

Inilah bezanya antara CEO dengan MB. Barangkali dalam banyak hal, CEO lebih autokratik dari MB, namun bagi MB fungsinya ialah membawa kesejahteraan kepada rakyat, samada yang menyokong mahupun yang tidak menyokong.

Kesimpulannya, Khalid bukan berusaha untuk menegakkan kewibawaan perkhidmatan awam, sebaliknya beliau ingin merentap dan meruntuhkan moral perkhidmatan awam.

Baca di SINI untuk menilai trick Khalid menegakkan benang basahnya.

Memang Benar Kata Ezam M.Nor, Anwar Ibrahim Kaki Kelentong


Menonton video di atas, maka tidak salah untuk menyimpulkan bahawa memang benar apa yang dikatakan oleh Senator Ezam Mohd Nor.

Dalam satu ceramahnya yang saya hadiri, Ezam menyatakan yang permainan politik Anwar Ibrahim adalah merbahaya. Maksudnya, dengan kumpulan ini cakap lain, sementara pada masa yang lain dengan kumpulan yang berbeza Anwar akan bercakap lain, walau pun isunya sama.

Baca perihal depan dan belakang yang Anwar kelentong di A I D C.

Wednesday, March 2, 2011

Anwar Ibrahim Berlaku Sumbang Keatas Pembangunan Ekonomi Selangor

Boleh percayakah dengan kenyataan MB Selangor bahawa Anwar Ibrahim telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan ekonomi Selangor?

Yang peliknya kenyataan Khalid tidak pun menyebut fakta dan angka yang telah disumbangkan oleh Anwar Ibrahim, sebaliknya hanya menyebut;

“Datuk Seri Anwar memberi sumbangan yang sangat positif kepada negeri Selangor, saya anggap yang paling penting bagi saya ialah mempunyai jaringan, perhubungan yang baik (dengan negara-negara luar dalam menjana pertumbuhan ekonomi),” katanya.

Khalid berkata lagi, dengan adanya hubungan baik Anwar bersama pemimpin-pemimpin luar, contohnya negara Indonesia, turut memudahkan Kerajaan Negeri mendapatkan bekalan pekerja terutamanya dalam bidang perindustrian yang memberi banyak sumbangan kepada ekonomi Selangor.

“Tapi melalui jaringan saudara Anwar Ibrahim yang dia kenal pemimpin-pemimpin Indonesia termasuk menteri-menteri dan ahli-ahli penggubal undang-undang Indonesia, dia telah mengaturkan supaya Menteri Besar dapat berjumpa dengan speaker Dewan Negara Indonesia dan membincangkan tentang bagaimana kita boleh selesaikan masalah bersama,” katanya.

Kelakar juga bila Khalid Ibrahim menyatakan yang Anwar berperanan membawa masuk TKI (Tenaga Kerja Indonesia) ke Selangor. Terasa ingin tahu juga, majikan mana yang menggunakan khidmat Anwar sebagai konsultan? Atau mungkin Anwar telah melantik Sukma Darmawan sebagai agen di Jakarta untuk membawa TKI ke Malaysia?

Soalan cepumas kepada Khalid, berapa bilion FDI yang Anwar bawa ke Selangor?

Rasanya tidak keterlaluan dikatakan bahawa Anwar Ibrahim bukannya memberi sumbangan besar kepada pembangunan ekonomi, sebaliknya Penasihat Ekonomi RM1 itu telah BERLAKU SUMBANG keatas pembangunan ekonomi Selangor.

Baca temberang Khalid Ibrahim di SINI.

Papa Gomo, Parpu Kari & RBF Disumpah Laknat Depan Kaabah

"Di hadapan Kaabah serta di Bukit Safa dan Marwa, Tulang Besi telah mengungkapkan:


Ya Allah, Tuhan Semesta Alam, Kau turunkan bala Mu kepada blogger2 UMNO seperti Papa Gomo, ParpuKari, Ruang Bicara Faizal dsbnya yang telah sewenangnya melakukan Qazaf, berdusta dan menghina hukum Mu. Ya Allah, di hadapan Kaabah Mu, aku memohon supaya kau menurunkan bala bencana ke atas mereka seperti bala yang Kau pernah turunkan kepada kaum Nabi Nuh dan kaum Nabi Lut. Aminn!!!"


Sebenarnya tak tergamak aku menatap gambar di sebelah. Sedih dan menitis air mata.

Tak kenal yang mana Papa Gomo, Parpu Kari dan RBF.

Ini semua gara-gara mereka telah disumpah laknat di depan kaabah.

Awas Papa Gomo, Parpu Kari dan RBF, bila-bila masa kamu semua akan ditimpa bala!!!

Tergamakkah Suhaimi Derhaka (ADUN Seri Muda) Buat-Buat Pejam Mata?

Lanjutan dari isu gerai yang hendak dirobohkan yang saya highlightkan di SINI, beberapa perkara yang harus diambilkira oleh pihak berkuasa negeri, sebelum sebarang keputusan dan tindakan dibuat keatas gerai tersebut.

Pertama, kedudukan Jalan Anggerik Tania yang telah menceroboh zon tanah rezab Melayu di Kg Jalan Kebun. Oleh itu mesti ada usaha untuk menganjakkan Jalan Anggerik Tania tersebut ke kedudukan asal iaitu di tanah milik pemaju.

Kedua, latar belakang dan asal usul Kg Jalan Kebun harus diambilkira. Seperti yang sedia maklum, Kg Jalan Kebun merupakan perkampungan tradisi sebelum dimasukkan kedalam pentadbiran MBSA. Oleh yang demikian, layanan secara adil harus diberikan kepada penduduk asal untuk turut sama menikmati kemajuan di kawasan kejiranannya. Oleh itu, peluang untuk menambah rezeki dan mengubah cara hidup mereka wajib diberi keutamaan oleh pihak berkuasa kerajaan negeri.

Ketiga, hak penduduk asal Kg Jalan Kebun mesti dikembalikan dengan kaedah kerajaan negeri mesti mengambil alih semula keseluruhan kawasan yang diceroboh dan digunakan untuk membina Jalan Anggerik Tania. Seterusnya memberi peluang kepada penduduk asal Kg Jalan Kebun untuk menerima tempias dari pembangunan di kawasan sekitarnya.

Keempat, merobohkan gerai tersebut bermakna kerajaan negeri gagal untuk menyediakan "padang permainan yang rata" untuk penduduk kampung tradisi berbanding kawasan elit yang menjadi kawasan kejiranannya. Justeru ini akan membentuk keadaan "Antara Dua Darjat" di kawasan tersebut.

Kelima, jangan biarkan penduduk asal Kg Kebun terkial-kial untuk survive dalam kehidupan mereka.

Dalam hal ini, kalau Suhaimi Derhaka gagal menyelamatkan gerai tersebut bermakna beliau sengaja memejamkan mata terhadap isu sebenar disebalik isu gerai tersebut.

Tuesday, March 1, 2011

Tergamakkah Suhaimi Derhaka (ADUN Seri Muda) Nak Robohkan Gerai Rakyat?

Kalau Suhaimi Shafie nak jadi jaguh rakyat inilah masanya.

Tengahari tadi sebuah gerai makan yang menggunakan kanopi, di penghujung Jalan Anggerik Tania berhampiran bulatan dan bersempadan dengan Greenville, Kota Kemuning dan Kg Batu 7 Jalan Kebun, saya lihat ramai orang berkumpul disitu. Saya pun singgah untuk mengetahui apa yang berlaku.

Gambar dipetik dari : Google Maps

Saya lihat ada pegawai-pegawai dari MBSA, Pejabat Tanah Daerah Klang, JKR dan turut berada di situ ialah ADUN derhaka dari Seri Muda, Suhaimi Shafie. Disamping Suhaimi, seorang bekas pemandu forklift yang saya difahamkan telah menjadi Pengerusi JKKK Jalan Kebun.

Dari apa yang saya dengar agensi-agensi kerajaan yang berkenaan termasuk Suhaimi dan Pengerusi JKKK berkenaan memujuk supaya tuan punya gerai memindahkan gerainya.

Dari maklumat yang saya dengar, pemilik gerai berkenaan enggan berpindah. Beliau mempunyai alasan bahawa gerainya terletak di kawasan Rezab Melayu. Beliau mendakwa, kedudukan Jalan Anggerik Tania di kawasan tersebut telah dibina dengan cara yang salah. Pemaju dengan secara khianat tidak menggunakan tanah miliknya untuk membina jalan, sebaliknya "memakan tanah Rezab Melayu".

Seperkara lagi, mengikut seorang penduduk Kg Jalan Kebun yang turut berada di tapak gerai itu, kawasan jalan yang diceroboh oleh pihak pemaju berjumlah beratus lot. Tambah individu tersebut, beliau telah menyertai permohonan secara berkelompok pada tahun 1992.

Saya telah menyemak melalui Google Map dan ternyata kedudukan jalan mengikut pelan adalah berbeza dengan keadaan fizikal seperti imej yang diambil melalui satelit. Jadi dakwaan pemilik gerai tersebut ada asasnya.

Mengikut cerita pelanggan-pelanggan di gerai itu Suhaimi Derhaka memberi masa 2 minggu sebelum sebarang keputusan dibuat.

Apahal ni Suhaimi Derhaka? Selamatkan sahaja pemilik gerai tersebut, kerana mengikut maklumat pemilik gerai merupakan seorang pesara dan khabarnya beliau pengsan 2 kali pada malam sebelumnya, mungkin kerana menahan kemarahan yang amat sangat. Ayuh jadilah ayam jantan!

Seperkara lagi, kalau benar TS Khalid Ibrahim telah memberi kuasa kepada Dato' Khusrin Munawi (SUK) untuk menyelesaikan masalah setinggan, maka SUK semestinya membuat keputusan yang memihak kepada penduduk Kg Jalan Kebun.

Kepala Anwar Berserabut Terbayangkan Keranda Jingga Bukan Buku Jingga

Kalau hebahan pun boleh tipu, apatah lagi janji-janji Buku Jingga.

Seorang aktivis PR merasa kecewa kerana pelancaran Buku Jingga yang dijadualkan diadakan di Kelab Sultan Sulaiman pada 26 Februari 2011 telah dibatalkan.

Keluhan Raja Azmi Raja Azman dari Sungai Ramal, Kajang boleh dibaca di SINI.

Mungkin Anwar Ibrahim tengah berserabut dengan kes liwat yang dihadapinya maka program tersebut telah dibatalkan.

Menjawab Soalan Dari Anak Muda Dalam Menentukan Haluan Politik (1)

Satu komen yang berbentuk soalan di entri saya di SINI. Komen beliau berbunyi:-

"Anonymous said...

apa pandangan tuan dalam menyampaikan ideologi politk umno itu sendiri..sekiranya tuan mengatakan umno itu parti yang betul..bagaimana kita nak menyampaikan ideologi itu kepada belia2 dan pemuda pemudi supaya tidak tersalah dalam berpolitik"

Sebelum saya menjawab persoalan tersebut, saya ingin menceritakan pengalaman saya sebelum membuat keputusan memihak dan menyertai UMNO.

Saya sebenarnya lahir sebagai anak Ketua Cawangan UMNO dan ayah saya di kenali dikalangan penduduk tempatan. Meskipun lahir sebagai anak pemimpin kerdil UMNO dan membesar hingga menjangkau usia dewasa sebagai anak pemimpin akar umbi UMNO, namun naluri saya diperingkat awal sebenarnya berlawanan dengan wadah perjuangan arwah ayah saya.

Sebenarnya, minat awal saya terhadap politik, yang bermula diawal remaja lagi lebih cenderung kepada fahaman sosialis. Ketika itu fahaman sosialis begitu meluas di dekad 70an. Buletin rasmi parti PSRM (ketika itu dipimpin oleh Dr Kasim Ahmad), 'Mimbar Sosialis' sering saya beli dan baca.

Kemudian saya diperkenalkan pula dengan politik Islam, oleh guru saya yang pernah aktif didalam PKPIM (Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia). Oleh kerana saban hari diasak dengan fahaman tersebut, sedikit sebanyak mempengaruhi pendirian saya dalam hal politik. Di situlah saya diperkenalkan dengan Anwar Ibrahim bekas pemimpin PKPIM dan ABIM. Rasanya, tidak salah saya menyimpulkan yang PKPIM merupakan feeder kepada ABIM.

Pada masa yang sama, saya menyaksikan kemunculan Pemuda UMNO sebagai kumpulan pendesak dalam UMNO dibawah kepimpinan Dato' Harun Idris, sehingga menimbulkan keresahan kepada pucuk pimpinan UMNO sendiri. Dari keadaan itulah yang mencetuskan pertembungan idealisme antara generasi didalam UMNO.

Diperingkat ini juga PAS dan UMNO masih sebumbung dibawah payung Barisan Nasional. Hinggalah krisis di hujung 70an, PAS akhirnya disingkir dari Barisan Nasional dan mulai itulah pertembungan PAS dengan UMNO berlansung hingga ke hari ini.

Awal 80an menyaksikan perkembangan baru dalam media pembangkang khususnya PAS. Ucapan-ucapan pemimpin muda PAS di era tersebut seperti Ustaz Fadhil Nor, Ustaz Hadi Awang, Ustaz Nakhaie dirakam dalam bentuk kaset dan terjual dengan larisnya. Khusuk mendengar ucapan-ucapan mereka. Malah saya masih ingat, sebuah majalah antarabangsa
telah menamakan Hadi Awang sebagai "The Best Orator Of The Year". Di era ini juga, kelihatan pengaruh Dato' Asri Muda mula tenggelam.

Dek kerana dipengaruhi suasana dan persekitaran politik yang sedemikian, saya terkial-kial mencari arah. Walhal kalau diikutkan berdasarkan latar belakang keluarga, tentunya saya telah menyertai UMNO kerana semula jadinya lahir dan membesar serta menjadi dewasa sebagai anak seorang pemimpin UMNO.

Apa yang saya ceritakan, sebenar masih belum lagi menjawab soalan Anonymous di atas. Sebaliknya, ia sekadar penceritaan awal terhadap jawapan yang bakal saya hujahkan kemudian nanti. Insyallah, saya akan menyambung dengan jawapan terhadap persoalan, bagaimana hendak menyampaikan ideologi terhadap golongan muda supaya tidak tersalah pilih dalam politik.

Monday, February 28, 2011

Lawak Gila : Ali Rustam Pening Lalat!

Saya senyum-senyum kambing membaca artikel Idris Ahmad di blognya bertajuk "Datuk Seri Ali Rostam Pening Lalat, Tuduh Pas Seperti Mesir".

Saya mengakui bahawa saya pernah under rate DS Mohd Ali Rustam, ketika orang-orangnya membuat survey untuk mendapatkan maklum balas penerimaan kami terhadap Ali Rustam sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Peristiwa ini berlaku sekitar 1998-1999 dan ketika itu beliau berjawatan Timbalan Menteri Kesihatan.

Terus terang saya katakan bahawa saya reject beliau kerana pada hemat saya, pemuda harus dipimpin dikalangan pemuda, bersuara lantang dan harus dapat memenuhi aspirasi pemuda pada masa itu. Meski pun Ali Rustam pada masa itu memimpin Gerakan Belia 4B Malaysia serta Presiden pertubuhan belia antarabangsa WYF dan WAMY, tetapi beliau kelihatan lembik.

Tak kenal maka tak cinta, begitulah pepatah Melayu. Namun pendirian saya berubah apabila mengikuti satu program di Melaka, ketika beliau beliau telah pun menjawat Ketua Menteri Melaka barulah saya dapat menilai Ali Rustam sebenarnya.

Dalam penilaian saya pada ketika itu bolehlah disimpulkan bahawa beliau mempunyai sokongan akar umbi yang kuat, jentera dan rangkaian politik yang kuat, tekun bekerja dan mempunyai misi untuk meneruskan kemajuan negeri Melaka yang telah pun diasaskan oleh Tan Sri Rahim Tamby Chik.

Ditambah pula dengan maklumat daripada sepupu saya yang bertugas di Jabatan Kesihatan di Kedah, Ali Rustam sering mendapatkan maklum balas dari pegawai-pegawai bawahannya, ketika beliau menjadi Timbalan Menteri Kesihatan.

Disamping itu, saya perhatikan semenjak Ketua Menteri yang dahulu sehingga dibawah Ali Rustam Melakan kekal bersih, walau pun di bandar-bandar kecil. Sememangnya saya salute diatas kebersihan di Melaka.

Saya masih ingat kata-kata beliau ketika itu. Antaranya beliau menyatakan, kedatangan Islam bermula di Melaka dan bukan di Kelantan. Disamping itu beliau memaklumkan kepada kami Melaka mempunyai kawasan tanaman pelam yang terbesar di Malaysia.

Justeru, satu perkara yang amat sukar bagi Idris Ahmad untuk mematikan karekter Ali Rustam. PRK Merlimau adalah gelanggang Ali Rustam, maka itu sebabnya apabila membaca artikel Idris Ahmad, saya secara automatik tersenyum kambing. Tak semudah itu Ali Rustam pening lalat. INI MELAKA BE!!!!!!!!

Sunday, February 27, 2011

Mujahid "Anai-Anai" Yusof Rawa Wajib Modenkan Pemikiran PAS Sebelum Tuduh UMNO Kuno

"Sistem politik kuno yang diamalkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) adalah bersifat perkauman yang sempit dan menyemarakkan kebencian antara sesama kaum dalam negara ini.

Amalan yang dipraktikkan Umno dan BN ini bukan saja merbahaya untuk diamalkan dalam sebuah negara berbilang kaum, malah ia memberi implikasi negatif yang begitu buruk kepada perpaduan dan hubungan antara etnik dalam negara ini." Dr Mujahid Yusof Rawa

Betulkah politik UMNO politik kuno? Kalau politik UMNO kuno, apakah politik PAS moden?

Kalau dalam PAS sendiri pun menuduhnya sebagai "anai-anai JIM dalam PAS" serta menolak bukunya "Menuju PAS Baru", bermakna PAS lebih kuno dari UMNO.

Laporan penolakan idea Mujahid dalam PAS, boleh dibaca di SINI.