Thursday, March 3, 2011

Khalid Tegakkan Benang Basah Dalam Isu Perlantikan SUK Selangor

MB Selangor, TS Khalid Ibrahim beranggapan bahawa teguran lantang beliau terhadap kaedah perlantikan SUK Selangor adalah atas dasar menegakkan kewibawaan perkhidmatan awam Selangor.

Namun begitu, percubaan Khalid untuk pengenalan satu implimentasi kaedah pemilihan SUK mewujudkan perkara lain untuk dipersoalkan. Khabarnya Khalid telah melantik panel temuduga yang dianggotai oleh Speaker dan 2 orang anggota Exco.

Percubaan Khalid ini merupakan sesuatu yang diluar amalan biasa, bila mana anggota panel terdiri dari anggota pentadbiran Khalid, kecuali Speaker yang boleh dikatakan sebagai berkecuali. Akan tetapi ketiga-tiga panel merupakan orang-orang politik dan disinilah terletaknya kejanggalan dalam kaedah pemilihan SUK oleh Khalid. Dalam bahasa mudah, perlantikan SUK adalah atas perlantikan politik dan bukan atas dasar profesionalisme.

Oleh yang demikian, usaha Khalid ini lebih terarah untuk mematikan sifat neutral dalam perkhidmatan awam itu sendiri.

Inilah bezanya antara CEO dengan MB. Barangkali dalam banyak hal, CEO lebih autokratik dari MB, namun bagi MB fungsinya ialah membawa kesejahteraan kepada rakyat, samada yang menyokong mahupun yang tidak menyokong.

Kesimpulannya, Khalid bukan berusaha untuk menegakkan kewibawaan perkhidmatan awam, sebaliknya beliau ingin merentap dan meruntuhkan moral perkhidmatan awam.

Baca di SINI untuk menilai trick Khalid menegakkan benang basahnya.

No comments: