Saturday, March 5, 2011

Kalaulah Jawatan MB Kedah Dipertandingkan Mungkin Mazlan Aliman Kalahkan Azizan Yaakob

Mungkinkah prestasi bola sepak boleh membawa kesan kepada politik negeri-negeri di Malaysia?

Utusan Malaysia melaporkan lebih 1,000 peminat berdemontrasi di luar Stadium Darul Aman, Alor Star. Mereka menuntut pengurus dan jurulatih pasukan Kedah berundur, ekoran kekalahan Kedah kepada Felda United 0-1. Baca laporan di SINI.

Sementara itu, KedahLanie pula melahirkan kebimbangan dengan menyiarkan artikel bertajuk "Kedah Boleh Tubang Dek Kerana Kemerosotan 'Sang Kenari'" dan laporannya boleh di baca di SINI.

Faktor kebimbangan, mungkin apabila melihat PRK Galas memberi kelebihan kepada BN gara-gara gelombang merah Kelantan FA yang menyaksikan Kelantan menjulang Piala Malaysia 2010.

Satu soalan yang ingin diajukan, apakah kemenangan Felda United memberikan moral booster kepada Najib atau Mazlan Aliman?

Andainya ia memberi kelebihan kepada Mazlan Aliman, mungkinkah dia boleh mengalahkan Azizan Yaakob sekiranya jawatan MB Kedah dibuka untuk dipertandingkan?

No comments: