Tuesday, March 1, 2011

Tergamakkah Suhaimi Derhaka (ADUN Seri Muda) Nak Robohkan Gerai Rakyat?

Kalau Suhaimi Shafie nak jadi jaguh rakyat inilah masanya.

Tengahari tadi sebuah gerai makan yang menggunakan kanopi, di penghujung Jalan Anggerik Tania berhampiran bulatan dan bersempadan dengan Greenville, Kota Kemuning dan Kg Batu 7 Jalan Kebun, saya lihat ramai orang berkumpul disitu. Saya pun singgah untuk mengetahui apa yang berlaku.

Gambar dipetik dari : Google Maps

Saya lihat ada pegawai-pegawai dari MBSA, Pejabat Tanah Daerah Klang, JKR dan turut berada di situ ialah ADUN derhaka dari Seri Muda, Suhaimi Shafie. Disamping Suhaimi, seorang bekas pemandu forklift yang saya difahamkan telah menjadi Pengerusi JKKK Jalan Kebun.

Dari apa yang saya dengar agensi-agensi kerajaan yang berkenaan termasuk Suhaimi dan Pengerusi JKKK berkenaan memujuk supaya tuan punya gerai memindahkan gerainya.

Dari maklumat yang saya dengar, pemilik gerai berkenaan enggan berpindah. Beliau mempunyai alasan bahawa gerainya terletak di kawasan Rezab Melayu. Beliau mendakwa, kedudukan Jalan Anggerik Tania di kawasan tersebut telah dibina dengan cara yang salah. Pemaju dengan secara khianat tidak menggunakan tanah miliknya untuk membina jalan, sebaliknya "memakan tanah Rezab Melayu".

Seperkara lagi, mengikut seorang penduduk Kg Jalan Kebun yang turut berada di tapak gerai itu, kawasan jalan yang diceroboh oleh pihak pemaju berjumlah beratus lot. Tambah individu tersebut, beliau telah menyertai permohonan secara berkelompok pada tahun 1992.

Saya telah menyemak melalui Google Map dan ternyata kedudukan jalan mengikut pelan adalah berbeza dengan keadaan fizikal seperti imej yang diambil melalui satelit. Jadi dakwaan pemilik gerai tersebut ada asasnya.

Mengikut cerita pelanggan-pelanggan di gerai itu Suhaimi Derhaka memberi masa 2 minggu sebelum sebarang keputusan dibuat.

Apahal ni Suhaimi Derhaka? Selamatkan sahaja pemilik gerai tersebut, kerana mengikut maklumat pemilik gerai merupakan seorang pesara dan khabarnya beliau pengsan 2 kali pada malam sebelumnya, mungkin kerana menahan kemarahan yang amat sangat. Ayuh jadilah ayam jantan!

Seperkara lagi, kalau benar TS Khalid Ibrahim telah memberi kuasa kepada Dato' Khusrin Munawi (SUK) untuk menyelesaikan masalah setinggan, maka SUK semestinya membuat keputusan yang memihak kepada penduduk Kg Jalan Kebun.

No comments: