“Datuk Seri Anwar memberi sumbangan yang sangat positif kepada negeri Selangor, saya anggap yang paling penting bagi saya ialah mempunyai jaringan, perhubungan yang baik (dengan negara-negara luar dalam menjana pertumbuhan ekonomi),” katanya.
Khalid berkata lagi, dengan adanya hubungan baik Anwar bersama pemimpin-pemimpin luar, contohnya negara Indonesia, turut memudahkan Kerajaan Negeri mendapatkan bekalan pekerja terutamanya dalam bidang perindustrian yang memberi banyak sumbangan kepada ekonomi Selangor.
“Tapi melalui jaringan saudara Anwar Ibrahim yang dia kenal pemimpin-pemimpin Indonesia termasuk menteri-menteri dan ahli-ahli penggubal undang-undang Indonesia, dia telah mengaturkan supaya Menteri Besar dapat berjumpa dengan speaker Dewan Negara Indonesia dan membincangkan tentang bagaimana kita boleh selesaikan masalah bersama,” katanya.
Wednesday, March 2, 2011
Anwar Ibrahim Berlaku Sumbang Keatas Pembangunan Ekonomi Selangor
Boleh percayakah dengan kenyataan MB Selangor bahawa Anwar Ibrahim telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan ekonomi Selangor?
Yang peliknya kenyataan Khalid tidak pun menyebut fakta dan angka yang telah disumbangkan oleh Anwar Ibrahim, sebaliknya hanya menyebut;
Kelakar juga bila Khalid Ibrahim menyatakan yang Anwar berperanan membawa masuk TKI (Tenaga Kerja Indonesia) ke Selangor. Terasa ingin tahu juga, majikan mana yang menggunakan khidmat Anwar sebagai konsultan? Atau mungkin Anwar telah melantik Sukma Darmawan sebagai agen di Jakarta untuk membawa TKI ke Malaysia?
Soalan cepumas kepada Khalid, berapa bilion FDI yang Anwar bawa ke Selangor?
Rasanya tidak keterlaluan dikatakan bahawa Anwar Ibrahim bukannya memberi sumbangan besar kepada pembangunan ekonomi, sebaliknya Penasihat Ekonomi RM1 itu telah BERLAKU SUMBANG keatas pembangunan ekonomi Selangor.
Baca temberang Khalid Ibrahim di SINI.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment