Monday, February 28, 2011

Lawak Gila : Ali Rustam Pening Lalat!

Saya senyum-senyum kambing membaca artikel Idris Ahmad di blognya bertajuk "Datuk Seri Ali Rostam Pening Lalat, Tuduh Pas Seperti Mesir".

Saya mengakui bahawa saya pernah under rate DS Mohd Ali Rustam, ketika orang-orangnya membuat survey untuk mendapatkan maklum balas penerimaan kami terhadap Ali Rustam sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Peristiwa ini berlaku sekitar 1998-1999 dan ketika itu beliau berjawatan Timbalan Menteri Kesihatan.

Terus terang saya katakan bahawa saya reject beliau kerana pada hemat saya, pemuda harus dipimpin dikalangan pemuda, bersuara lantang dan harus dapat memenuhi aspirasi pemuda pada masa itu. Meski pun Ali Rustam pada masa itu memimpin Gerakan Belia 4B Malaysia serta Presiden pertubuhan belia antarabangsa WYF dan WAMY, tetapi beliau kelihatan lembik.

Tak kenal maka tak cinta, begitulah pepatah Melayu. Namun pendirian saya berubah apabila mengikuti satu program di Melaka, ketika beliau beliau telah pun menjawat Ketua Menteri Melaka barulah saya dapat menilai Ali Rustam sebenarnya.

Dalam penilaian saya pada ketika itu bolehlah disimpulkan bahawa beliau mempunyai sokongan akar umbi yang kuat, jentera dan rangkaian politik yang kuat, tekun bekerja dan mempunyai misi untuk meneruskan kemajuan negeri Melaka yang telah pun diasaskan oleh Tan Sri Rahim Tamby Chik.

Ditambah pula dengan maklumat daripada sepupu saya yang bertugas di Jabatan Kesihatan di Kedah, Ali Rustam sering mendapatkan maklum balas dari pegawai-pegawai bawahannya, ketika beliau menjadi Timbalan Menteri Kesihatan.

Disamping itu, saya perhatikan semenjak Ketua Menteri yang dahulu sehingga dibawah Ali Rustam Melakan kekal bersih, walau pun di bandar-bandar kecil. Sememangnya saya salute diatas kebersihan di Melaka.

Saya masih ingat kata-kata beliau ketika itu. Antaranya beliau menyatakan, kedatangan Islam bermula di Melaka dan bukan di Kelantan. Disamping itu beliau memaklumkan kepada kami Melaka mempunyai kawasan tanaman pelam yang terbesar di Malaysia.

Justeru, satu perkara yang amat sukar bagi Idris Ahmad untuk mematikan karekter Ali Rustam. PRK Merlimau adalah gelanggang Ali Rustam, maka itu sebabnya apabila membaca artikel Idris Ahmad, saya secara automatik tersenyum kambing. Tak semudah itu Ali Rustam pening lalat. INI MELAKA BE!!!!!!!!

No comments: